Tuesday, 6 September 2016

Kerana Burger

Alkisah Sebiji Burger...

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata...“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil mengelapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi. Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.

Wahai anakku,

Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu.

Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat
kedua-dua orang tuamu?

Senyum...

- Ust Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man -

Sunday, 4 September 2016

Susu Halia Hilangkan Angin Dalam Badan

Assalamualaikum
Petua pagi ni..
Cara hilangkan angin dalam badan.

INILAH Cara Sangat MUDAH Keluarkan Angin Dalam Badan.
Petua/Tips "
susu-halia

Kalau korang rasa badan korang lenguh2. sengal2 . nak sendawa tapi tak lepas . kaki rasa tak selesa.

Ibu2 mengandung yang tak sedap badan tu.
Badan berangin tak elok.

Tanda-tanda banyak angin:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

Bahan-bahan :

susu kotak ( brand apa pun boleh )
kalau nak guna susu pekat tin pun blh

halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa2 pun tapi tetap berkesan.

Cara membuatnya
Hiris halia nipis2 reneh dgn susu sampai susu mendidih dgn api pelahan .

Sedia untuk di minum .

Seeloknye minum ketika susu masih suam .
Kesan serta merta .
Tiba-tiba korang sendawa dan kentut non stop .

BOLEH DI MINUM OLEH :

Lelaki dan wanita
Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak . cukup 2-3cm je

Petua ni sgt berkesan .
Boleh minum bila2 masa .
Pagi boleh mlm boleh.
Seminggu 2-3kali pun ok

Penggunaan Hanfon bila berdekatan Ekektrik

Salam semua. Info dari salah seorang pekerja letrik ini boleh memberi peringatan kpd kita dan anak2 kita utk sentiasa beringat sebelum terkena.

"Saya selaku org letrik ingin menyampaikan satu ilmu..

"Boleh ke elektrik masuk ke dlm badan kita melalui flash atau kamera digital?"

Ya betul.. 100% boleh jadi.

Ini kejadian yg benar. Terjadi kepada pelajar Engineering yg berumur 21 tahun dan meninggal dunia di hospital dlm keadaan dia yg terbakar/hangus.

Puncanya time dia menunggu keretapi dgn kawan2 dia. Ramai yg amik gambar cam biasa selfie lah kan. Pakai kamera dgn phone.

Lelaki pun try nak selfie or wefie ramai2. Dari jarak dia berdiri. Dia tak boleh nak selfie dgn semua kawan2 dia. Jadi dia pun ke belakang sikit..

Tempat yg dia berdiri tu ada wayar elektrik yg voltannya 40,000 volt sedang mengalir.

Sebaik je dia tekan button kamera tu, elektrik yg 40,000 volt tu terus masuk ke kamera melalui flash dan terus ke seluruh badannya.

Kejadian ini berlaku dalam beberapa saat. 50% dari badannya terbakar. Dgn keadaan macam tu dia dibawa ke Hospital Keshwani dgn ambulans. Dia tak sedarkan diri utk sehari setengah. Badannya 50% terbakar dan doktor pun rasa dia takde harapan. Tak lama lepas tu dia meninggal dunia.

Benda ni boleh jadi kat semua orang.

❌*elakkan penggunaan phone di pam minyak

❌*elakkan penggunaan phone ketika memandu

❌*jangan angkat call bila phone tgah cas...kalau nak angkat call pun, cas kena bukak baru angkat call

❌*bila phone tgah cas jgn letak kat katil atau perabot kayu

❌*jangan guna flash kamera atau phone kat tmpat kereta api atau tmpat yg ada voltan tinggi

💯ini utk keselamatan. Selepas baca ni tolong sebarkan sebab semua nyawa boleh diselamatkan.

Pesanan yg sangat penting utk semua terutamanya kepada mereka yg rajin selfie.

Cara Memandang Nasib

*CARA MEMANDANG NASIB...!!!!*

Pelajaran tauhid  yg sangat bernilai ...

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi.. Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya.. Teman-temannya menyayangkan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya..

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya..

Maka teman-temannya berkata : "Sungguh jelek nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang.."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa komentar...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama 5 ekor kuda liar lainnya..
Lalu teman-temannya berkata : "Wah..! Beruntung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keberuntungan.."
Si petani  tetap hanya diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah..
Teman-temannya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa sial, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa komentar..

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani karena tidak bisa berjalan..

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Beruntung sekali nasibmu karena anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkomentar :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau jelek..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, *ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...*
Bagian kita adalah, *mengucapkan syukur dalam segala hal*, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..

*Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."*

*Semoga dapat memetik pelajarannya...*

Nasib karena ikhtiar kita dan takdir adalah ketentuan Allah swt.

Wallahua'lam

Selamat Hari Merdeka ke - 59

😉😉😄😄😄😄😄😉
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾         🇲🇾        🇲🇾
🇲🇾         🇲🇾        🇲🇾
🇲🇾         🇲🇾        🇲🇾
🇲🇾         🇲🇾        🇲🇾

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾                      🇲🇾
🇲🇾                      🇲🇾
🇲🇾                       🇲🇾
🇲🇾  🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾                     🇲🇾   🇲🇾
🇲🇾        🇲🇾
🇲🇾            🇲🇾
🇲🇾                  🇲🇾
🇲🇾                       🇲🇾

🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾
🇲🇾                     🇲🇾
🇲🇾                         🇲🇾
🇲🇾                            🇲🇾
🇲🇾                         🇲🇾
🇲🇾                       🇲🇾
🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾

🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

🇲🇾                🇲🇾
🇲🇾            🇲🇾
🇲🇾         🇲🇾
🇲🇾     🇲🇾
🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾
🇲🇾     🇲🇾
🇲🇾        🇲🇾
🇲🇾            🇲🇾

     🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾                    🇲🇾
🇲🇾                    🇲🇾
🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾          
🇲🇾                    🇲🇾
🇲🇾                    🇲🇾
🇲🇾                    🇲🇾               

SAYANGILAH NEGARA KITA,  SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE - 59

Wednesday, 31 August 2016

Resepi Mee Udang

Rasa terpanggil pula nak share resepi hari ni.
Kebetulan semalam saya masak mee udang untuk cik abang dan anak-anak.

Ni kali kedua saya masak mee udang ni.

Waktu first time buat hari tu, cik abang dengan anak-anak memang suka sangat. Bertambah-tambah makan, siap kena beli lagi sebungkus sebab tak cukup. Sambil makan sambil puji lagi masing-masing.

"Hmm.. sedap. Ok sangat ni walaupun first time buat." - Cik abang
"Sedapnya! Sedap sangat-sangat la mama." - Kakak and Irfan

Mestilah sedap, masak pun dengan penuh kasih sayang kan. Hihi
Komen-komen macam ni la yang buat saya makin rajin dan excited nak cuba masak macam-macam resepi untuk cik abang and anak-anak.

Semalam tu, cik abang yang request nak makan mee udang. My cik abang selsema sikit, so takde selera nak makan nasi katanya.

Actually, banyak resepi mee udang yang pernah saya baca. Tapi resepi yang ni nampak macam senang, nampak tak leceh nak masak. Daripada resepi tu pun dah nampak macam sedap, eceh. Lagipun, bahan-bahan yang digunakan pun yang biasa-biasa je, bila-bila nak masak pun boleh.

Resepi Mee Udang Sedap Dan Mudah

Bahan kuah

6 ekor udang besar (nak extra pun boleh)
6-10 ekor udang kecil (dibuang kulit)
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji tomato (saya guna 1 biji je)
1 biji ubi kentang (rebus)
Garam
Gula
Sos cili
Sos tomato
Air
Minyak

Bahan hiasan

Telur (rebus)
Sawi (celur)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Mee (celur)

Cara-cara

1. Blend bawang merah dan bawang putih hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.

2. Sementara itu, rebus ubi kentang dan kisar bersama tomato, udang kecil dan udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu. Kisar sehingga halus.

3. Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.

4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih, sesuaikan kepekatan mengikut citarasa masing-masing. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan udang. Boleh juga dimasukkan sotong dan fish ball, ikut citarasa masing-masing.

6. Siap! Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan-bahan hiasan yang disukai.

Memang senang sangat kan resepi ni.
Rasa pun sangat sedap, ni ikut tekak kami sekeluarga la.

Selamat mencuba ya !

Selamat Hari Merdeka ke59 2016

*Daun kesom,*
*Daun bayam;*
*Assalamualaikum,*
*Selamat malam.*

*Taruna dan Aduka,*
*Bersilat rumah Pak Agos;*
*Esok kita merdeka,*
*Tanggal 31 Ogos.*

*Salam merdeka dari saya,*
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾🇲🇾
🇲🇾🇲🇾
🇲🇾
*M E R D E K A !*
*M E R D E K A ! !*
*M E R D E K A ! ! !*
*M E R D E K A ! ! ! !*
*M E R D E K A ! ! ! ! !*
*M E R D E K A ! ! ! ! ! !*
*M E R D E K A ! ! ! ! ! ! !*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...