Sunday, 20 September 2015

7 Pesanan Dr Azizan Osman di Madrasah Tahfiz Durian Tunggal Melaka

Alhamdulillah selepas maghrib tadi dapat beri sepatah dua kata yang mudah-mudahan baik dan bermanfaat buat anak-anak tahfiz di madrasah tahfiz di Durian Tunggal Melaka.

Gambar anak-anak dari Madrasah Tahfiz di Durian Tunggal Melaka
From: FB Dr Azizan Osman 
Insya Allah saya pesan mereka 7 perkara :-
1/ Bila kita beli tv ada manual, bila beli peti ais ada manual, beli kereta ada manual, maka Al-Quran adalah kalam Tuhan manual dari penciptanya buat manusia
2/ Antara bukti Al-Quran adalah kalam Tuhan ialah ia adalah benar dan advanced dibandingkan dengan apa yang sains tahu. Contoh, bila baca surah Al-A'laq (Iqra'), 1400 tahun dahulu Rasulullah saw telah disampaikan dan menyebut mengenai manusia di dalam rahim bermula dari segumpal darah. Sedangkan sains sahkannya kemudian.
3/ Kita telah kenal Tuhan sejak di alam Ruh. Di dalam satu ayat Al-Quran ada menyebut mengenai ruh ditanya tentang siapakah Tuhan kamu (Alas tu birobbikum?) maka menjawab sekalian ruh bahawa Allah swt adalah Tuhan mereka. (Qolu bala syahidna)
4/ Kemudian bila kita lahir ke dunia, Tuhan menguji dengan menghilangkan ingatan kita tentang Allah swt adalah kekasih kita dan Tuhan kita. Maka kita diuji untuk melihat samada kita akan mencariNya dan mengenaliNya semula
5/ Al-Quran adalah GPS atau peta hidup/ manual dariNya yang menunjukkan kita jalan yang benar untuk kita kembali semula kepadaNya di dunia dan di akhirat Insya Allah agar kita datang dariNya dan kembali kepadaNya.
6/ Bila kita mengaji atau hafal Al-Quran, sentiasa buang rasa diri kita hebat kerana kita tidak hebat tetapi Allah swt lah yang memimpin kita dan mempermudahkan kita untuk mengingati sesuatu.
7/ Sentiasa berdoa agar kita, ibu bapa kita dan seluruh keluarga kita sentiasa di dalam pimpinan dan petunjukNya sebagaimana doa kita di dalam bacaan surah Al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam melalui solat 5 waktu kita. Kita memohon agar Allah swt sentiasa tunjukkan kita jalan yang lurus (benar), jalan yang Dia redhai yang Dia tunjukkan kepada orang yang Dia kasihi dan bukannya jalan mereka yang Dia murkai.
Bila kita berkongsi perkara baik2, Insya Allah ia bukannya bermaksud kita pandai tetapi ia adalah sedikit ilmu dari Tuhan yang kita sampaikan dan berkongsi ingatan kepada orang lain. Bukankah sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang lain. (maksud hadis)
Alhamdulillah madrasah tahfiz yang dibangunkan dan diuruskan oleh Ustaz Rohizal Kassim, isterinya dan seluruh warga kerja telah banyak membantu anak anak Kem Tahfiz RichKids SmartKids di setiap musim cuti sekolah untuk mendekati dan mencintai Al-Quran serta menghafal Insya Allah.
Anak-anak saya juga terutamanya Ahmad Amiruddin dididik di dalam hafalan sepenuh masa sehingga 7 juz dalam masa 7 bulan sahaja Alhamdulillah. Saya doakan rahmat dan keberkatan Allah swt buat mereka. Mereka juga perlukan dana untuk membangunkan tapak baru segera kerana tempat sekarang ini bukan milik mereka dan bakal diambil semula oleh pemiliknya. Jika anda ingin hantar anak-anak berumur 7-17 tahun ketika cuti sekolah ini atau ingin menyumbang (dapatkan share) di dalam membangunkan madrasah ini nanti, kami akan maklumkan caranya nanti Insya Allah.
Wallahu A'lam
PS. Jika ia bermanfaat, sebarkanlah.

Sharing dari FB Dr Azizan Osman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...