Sunday, 27 March 2016

Kisah Orang Terkentut

Tazkirah maghrib

KISAH ORANG YG TERKENTUT

Dikisahkan bahawa suatu hari para sahabat sedang berkumpul di masjid. Lalu terciumlah bau kentut di antara mereka, sehingga membuat para sahabat tidak tahan dengan bau tersebut, salah seorang dpd mereka berdiri dan berkata, “Barangsiapa yang kentut, silakan bangun.”

Hening, tak seorang pun berdiri. Ketika datang waktu ‘Ishak mereka berkata, “Orang yang kentut pasti akan berwudhu setelah ini.

Orang itulah yang kentut.”
Setelah itu, para sahabat menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang keluar. Masih seperti tadi, tak seorang pun yang beranjak dari tempat duduknya, mungkin malu. Lalu Bilal pun bangun untuk mengumandangkan adzan.

Akan tetapi Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Tunggu dulu, aku belum batal, tapi aku hendak berwudhu' lagi. Lalu seluruh sahabat pun ikut berwudhu' dan tidak diketahui siapa yang kentut waktu itu. Subhanallah.

Sungguh, dalam diri Rasulullah S.A.W. terdapat teladan yang baik bagi kita semua.

Dalam kisah yang lain, suatu hari setelah solat 'Asar di Masjid Quba', seorang sahabat mengundang Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam beserta jamaah untuk meni'mati hidangan daging unta di rumahnya.

Ketika sedang makan, ada tercium aroma tidak sedap.
Rupa²nya di antara yang hadir ada yang buang angin. Para sahabat saling menoleh. Wajah Rasulullah S.A.W. sedikit berubah tanda tidak senang.

Maka tatkala waktu solat Maghrib hampir masuk, sebelum bersurai, Rasulullah S.A.W. berkata: "Barangsiapa yang makan daging unta, hendaklah ia berwudhu'!"
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W. tersebut, maka seluruh jamaah mengambil air wudhu'. Maka terhindarlah aib orang yang buang angin tadi.

Kisah tentang menjaga perasaan saudara seiman pun terjadi pada seorang 'ulamak, iaitu Shaikh 'Abdurrahman Hatim bin Alwan.

Beliau merupakan salah satu 'ulamak besar di Khurasan pada zamannya. Dikenal dengan HATIM AL-A’SAM, yang ertinya Hatim si pekak. Suatu ketika ada seorang wanita yang datang menemui beliau.

Namun, tanpa sengaja dia terkentut dengan suara yang cukup keras. Wanita itu tersalah tingkah, menahan malu. Lalu shaikh ini pura-pura pekak, dan meminta wanita mengulangi pertanyaannya.

Dengan sikap sang shaikh, wanita itu pun berasa lega. Dia mengira shaikh benar-benar pekak. Lalu mereka berbicara dengan saling meninggikan suara.

Wanita itu hidup selama lima belas tahun setelah kejadian tersebut. Selama itu pula Shaikh Hatim berpura-pura pekak sehingga wanita itu meninggal, ia tak pernah tahu akan kepura-puraan beliau.

Tiga kisah di atas menceritakan bagaimana seharusnya seorang Muslim untuk menjaga kehormatan saudaranya. Bukannya dgn mentertawakannya atau menyebarkan aibnya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كاَنَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ.

Sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan tutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba-Nya menolong saudaranya.
(Muttafaq 'alaih)

Ustadz Iqbal Zain

Smile Uncle Tony

Tony Fernandes and his beer

Arriving in a hotel in KL Sentral he went to the bar and asked for a pint of draught Guinness.

The barman nodded and said, "That will be one Ringgit please, Uncle Tony."

Somewhat taken aback, Uncle Tony replied, "That's very cheap," and handed over his money.

"Well, we try to stay ahead of the competition", said the barman.
"And we are serving free pints every Wednesday evening from 6 until 8.

We have the cheapest draught in Asia"

"That is remarkable value" Uncle Tony comments

"I see you don't seem to have a glass, so you'll probably need one of ours.

That will be 3 Ringgit please."

Uncle Tony scowled, but paid up. He took his drink and walked towards a seat.

"Ah, you want to sit down?" said the barman. "That'll be an extra 2 Ringgit.

You could have pre-book the seat, and it would have only cost you a Ringgit"

"I think you may to be too big for the seat sir, can I ask you to sit in this frame please"

Uncle Tony attempts to sit down but the frame is too small and when he can't squeeze in he complains "Nobody would fit in that little frame".

"I'm afraid if you can't fit in the frame you'll have to pay an extra surcharge of RM 4 for your seat sir"

Tony swore to himself, but paid up. "I see that you have brought your laptop with you" added the barman.

"And since that wasn't pre-booked either, that will be another 3 Ringgit"

Uncle Tony was so annoyed that he walked back to the bar, slammed his drink on the counter, and yelled,

"This is ridiculous, I want to speak to the manager".

"Ah, I see you want to use the counter," says the barman, "that will be 2 Ringgit please."

Uncle's face was red with rage.

"Do you know who I am?"

"Of course I do Mr Fernandes"

"I've had enough, What sort of Hotel is this? I come in for a quiet drink and you treat me like this.

I insist on speaking to a manager!"

"Here is his Email address, or if you wish, you can contact him between 9 and 9.10 every morning, Monday to Tuesday at this free phone number.

Calls are free, until they are answered, then there is a talking charge of only 10 sen per second provided you use Tune Talk
using other mobile carriers would incur our normal charges of 30 Sen per second."

"I will never use this bar again"

"OK Uncle , but remember, we are the only bar in Asia selling pints for one Ringgit... so that "Now everyone can drink"

Like✔--->
https://www.facebook.com/MalaysianIndiansMustUnite

Thursday, 24 March 2016

Buku-buku Inggeris Untuk Diedarkan

Mohon hebahkan..
Assalamu'alaikum, saya Norhidayah binti Khamsan dari INPUMA, Universiti Malaya. Sekarang kami sedang menjalankan program Books for Asia, iaitu program pengagihan buku-buku Bahasa Inggeris secara percuma untuk pusat sumber sekolah. Jika pihak tuan/puan berminat boleh hantar surat permohonan kepada saya.
Dr Khadijah Md. Khalid
Pengarah Eksekutif
Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Aras 3, Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, 50603 Universiti Malaya, Kuala Lumpur
No.Tel : 03-7967 7976/7974/7970
No.Fax: 03-7967 7971
Emel: nazira@um.edu.my/ hidayah_ 879@um.edu.my/ uzainol@um.edu.my
Maklumat yg diperlukan adalah jumlah murid.. Jenis buku: fiksyen/ rujukan..no.contact person..

: Tolong hebahkan kpd kenalan cikgu-cikgu
👆ada info utk pusat sumber.

Wednesday, 23 March 2016

Coca-Cola dan Pepsi Adalah Arak?

Sedikit perkongsian, pernah seorang SB Malaysia Islam bersembang dgn kami yg dia pernah ditugaskan menjadi spy menyamar seolah olah dia Melayu kristian, masuk ke vatican. Menjadi satu kegembiraan Paderi Kristian jika ada Melayu masuk Kristian dari bangsa lain masuk Kristian. Jadi disebabkan itu dia diambil sebagai anak angkat seorang ketua Paderi di Vatican. Hampir 6 bulan di Vatican. Masuk ke geraja setiap hari bersama Father tersebut untuk belajar dan kaji agama kristian. Dia kata setiap kali dia masuk ke Gereja hati dia menangis dan merayu pada Tuhan jangan cabut nyawa dia dlm Gereja dan di Vatican. Nanti orang akan kebumikan dia dgn cara Kristian. Jadi sewaktu bersama mereka banyak rahsia2 yg terbongkar. Antaranya pendeta2 kristian mengkaji bahawa yang bolih merosakkan roh orang Islam ialah dari makanan. Mengikut hadis Rasulullah (saw), hati ditempa oleh makanan. Maka mereka kaji makanan apa yg bolih merosakkan hati orang Islam. Jadi pendeta mereka dapatkan dari hadis itulah arak. Mereka memangil para saintis mereka utk buatkan arak jadi minuman yg membolehkan orang Islam minum dan menjadikan minuman harian. Maka mereka telah berjaya dan jadikah dari arak itu air coca cola dan pepsi cola. Baru2 ini viral dlm wassap orang luar, seorang paderi kristian yg sudah masuk Islam. Berceramah beritahu hentikan minum Pepsi kerana sebenarnya arak. Kalau siapa tak tahu tidak berdosa. Setelah tahu berdosa jika meminumnya. Apa yg aku cakapkan ini maka jangan lah minum lagi kerana sesungguhnya kamu sedang minum arak. Sungguh licik strategi musuh2 Allah.
Ya ALLAH ampunkan kami.
Kawan2 kongsikan pada semua group supaya kita faham kerja2 musuh2 Islam ini..
Sapa lagi yg boleh menyedarkan kita.....

Iman itu Kuat

★BESI itu kuat, tapi API mampu meleburkan'nya
☆API itu kuat, tapi AIR mampu memadamkan'nya
★AIR itu kuat, tapi AWAN
mampu menyerap'nya
☆AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya
★ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu
menghalangi'nya
☆BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu
menghancurkan'nya
★MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu
menundukan'nya
☆NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu
mengalahkan'nya
Tapi bila IMAN KUAT tak ada yang mampu
mengalahkannya.
Ya Tuhan,
Kuatkanlah Iman kami dimana saja kami
berada...

Tuesday, 22 March 2016

Israel Terima Bantuan dari Malaysia

FAKTA:

ISRAEL menerima bantuan daripada rakyat malaysia sebanyak RM230,000.00 setiap hari melalui pembelian set rm5.90 di McD MALAYSIA. McD MALAYSIA menghantar sebanyak RM 80.4 juta setahun ke PUSAT McD di USA,dan wang itu telah disalurkan ke tabung ISRAEL. Masyarakat M'sia kalau ada keperikemanusiaan, TOLONG COPY PASTE & Jom Boikot Berterusan!!!

Amanat Perdana Menteri Palestin:
"Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam, tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir .
Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia.
"Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?".
Sila sebarkan jika anda peduli .
Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin
Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat . Inshaa Allah..
Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja .
★Untuk peringatan sbb kita kdg2 lupa
★Sebarkan . Demi Islam..

Quran untuk Dividen Pahala

BACALAH AL QURAN, DIVIDEN PAHALA

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Quran), maka baginya kebaikan, dan kebaikan sepuluh (kali ganda) sepertinya. Aku tidak katakan "Alif Lam Mim" itu sebagai satu huruf, akan tetapi "Alif" adalah satu huruf, "Lam" adalah satu huruf dan "Mim" adalah satu huruf.
(Hadis imam al-Tirmizi).

Maka bacalah al Quran untuk bekalan amalan kita di akhirat, Allah swt telah begitu pemurah sehingga memberikan balasan pahala mengikut huruf yang dibaca dan bukan mengikut satu ayat satu pahala.

Pastinya lebih lagi gandaan bagi mereka yang berusaha ikhlas memahaminya pula. Apatah yang yang amalkannya dan jadikannya benar-benar sebuah panduan bagi dalam segala aspek kehidupan.

Saturday, 19 March 2016

Penjual Produk Muslim Halal

G-HALAL MART
Wholly owned by Muslim Hub Resources
Opening soon @ WISMA HJ JACOB
Lot 3435-5 Jalan Kota Raja
Kampong Jawa - Klang
41000 Selangor
( papan tanda masih atas nama ZAMER Kami mengadap Masjid Dato Dagang

Menjual dan mengedar Produk Muslim yang dijamin Halal.

Jom kita guna dan makan tanpa was was.

Pengeluar2 dijemput untuk memasarkan produk2nya di G-HALAL MART... kami akan membuka cawangan kami diseluruh negara.

Kepada semua pengeluar produk Muslim HALAL  yang di rahmati Allah...
Untuk makluman....
G-HALAL MART .... telah bersedia untuk memulakan operasinya mulai 1st April..

Untuk tempoh bulan Mac ini kami akan menjalankan operasi pengumpulan produk dan jualan percubaan.

Producer2 adalah dijemput untuk memasarkan produk2 tuan disini..

Syarat2 kami adalah seperti berikut:-

Sewa Rak:-

1.RM10 sebulan RM100 setahun untuk barangan kering.

2 RM15 sebulan RM150 setahun untuk barangan sejuk beku.

Tempoh kontrak untuk 18 bulan (setahun setengah)
% keuntungan boleh dirundingkan

Hubungi saya ... Hassan Juremi
@ 0194060606.

Untuk Cawangan berikutnya akan dibuka di Ipoh.
Hubungi Rosli Assharif untuk keterangan lanjut
012 507 4916

PENGUMUMAN:
Assalamualaikum kepada pengusaha2 produk halal zon utara, Pusat pengumpulan GHalal Mart (zon utara) akan melakukan penghantaran produk2 ke GHalal Mart Klang pada 26/3/2016 (Sabtu)
Jika ada yg ingin menghantar produk ke GHalam Mart Klang, boleh menghubungi kami di alamat adalah spt berikut
G Halal Mart (Zon Utara)
No 11, (Tingkat atas)
Jln Shahbandar 2,
Bertam Perdana 3,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang
Tel: 04-5741980
Azilla: 012-4445140
Ammar: 011-28749443

Senarai Ahli Lembaga Pengarah MUSLIM HUB RESOURCES

1. Prof Shaya'a Othman - Penasihat Ekonomi dan Kewangan MHR
2. Hassan Jureme - Pengurus
3. Dr Tajul Ariff
4. Azhar Hashim
5. Rosli Assharif
6. Pn Suraya
7. Hj Basir Wagiman
8. Rahim Mustafa
9. Mokhtee Kimi
10.Raja Umar
11.Faizal
12.Baharunsa
13. Dato Dr Hj Mat Yasir

Friday, 18 March 2016

Dunia Sudah Hampir Kiamat

Cuaca panas sekarang termasuk dalam hadis Rasulullah SAW

Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak ditimpa bala:
Apabila harta rampasan bertukar tangan.
Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
Apabila zakat dianggap sebagai denda.
Apabila suami mentaati kata isteri (suami yang dayus).
Apabila Ibu diderhakai.
Apabila kawan lebih diutamakan.
Apabila bapa diabaikan.
Apabila masjid tidak lagi dihormati,  suara-suara sumbang kedengaran di masjid.
Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
Melantik orang bodoh sebagai pemimpin bangsa.
Apabila  orang jahat dimuliakan kerana takut kepadanya.
Apabila lelaki memakai sutera.
Apabila lelaki meminum arak.
Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.
Maka tunggulah angin panas atau gempa bumi atau wajah-wajah akan diubah.
Hadis Riwayat At-Tirmizi

Nasi Lemak Rendang Babi?

Kat KL juga kena berhati hati. Di kawasan elite Damansara ramai yang dah terkena makan rendang daging babi. Ada penjual nasi lemak orang seberang menjual nasi lemak rendang daging babi.  Nasib baik ada saorang Cina yang baik hati. Tiap tiap hari gerai tersebut penuh orang beratur untuk membeli nasi lemak. Oleh kerana tak tahu bagaimana nak bagintahu yang gerai tersebut menjual rendang babi, beliau memesan " nasi lemak 5 taruk rendang babi ". Semua berpaling kepada beliau. Dan bertanya " are you joking ". Dia menjawab " no, Im not joking. She is selling. You ask her ". Semua bertanya kepada penjual perempuan dari seberang tersebut. " Betul awak jual rendang babi ". Penjual menjawab " betul saya memang jual ". Pembeli bertanya lagi ” habis awak pakai macam ni ". Penjual perempuan tersebut berpakaian lengkap seperti wanita Islam. Lengkap bertudung. Perempuan penjual menjawab " Ini pakaian saja, saya bukan Islam ". Semua yang telah lama membeli, terus termuntah muntah di situ juga. Tak tahu entah berapa kali dah makan nasi lemak tersebut termasuk anak kawan yang menceritakan hal ni pada mak cik. Sejak dari hari tu ila mak cik nak beli makanan, mak cik dengar dulu loghat percakapan penjual. Kalau bukan orang sini, mak cik tak akan beli. Jangan lah terpedaya dari segi pakaian yang dipakai penjual. Tambahan lagi bila bulan Ramadhan. Mereka ni yang banyak berjual. Mana pergi nya orang kita entah lah

Thursday, 17 March 2016

Tiada Stress Lagi

Ramai yang 'stress' dalam proses mencari kejayaan di dunia. Namun ada sebahagian yang LANGSUNG TIDAK 'STRESS' memikirkan persediaan untuk kematian & akhirat yang pasti.

Ramai yang tertekan dengan kerjaya & duit kurang di dunia, namun mereka tiada tertekan dengan kurangnya amalan soleh & pahala untuk membantu di akhirat dan tidak juga kelihatan BIMBANG akan dosa-dosa mereka terhadap orang lain dan Allah swt khususnya.

Dunia dan segala urusannya akan tidak lagi menyebabkan tekanan perasaan berlebihan apabila akhirat menjadi FOKUS dalam kerja2 di dunia. Itulah janji Allah "La khawfun 'alahim wa la hum yahzanun" (mereka tidak takut atau dukacita)

- Untuk muhasabah diri -

Wednesday, 16 March 2016

Bacalah Quran

SEMASA Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan. Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun.
TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus, "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca.    Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni...
(Di mana letaknya Al-Quran di hati kita?😔😔)

Jangan Minum Kopi Ini

KOPI YANG TERLARANG

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-

1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya

Keturunan Melayu

[11:44, 10/03/2016] Azri Penang: Alhamdulillah ustaz dgn sharing maklumat ini. Sy juga tertarik dgn cerita mengatakan Melayu asal dari keturunan nabi Ibrahim melalui isteri bernama keturah. Nabi sulaiman dan puteri balqis melahirkan keturunan raja bugis di bwh rumpun Melayu. Doa2 wali Allah yg memohon agar keturunan dipelihara oleh Allah. Dan dgn itu 'cara2' yg Allah guna utk menjaga keturunan tersebut melalui jalan2 rahsia. 😊 Sy juga pernah sampai seorg diri di makam Sultan Muzaffar Shah pertama di merbok. Begitu juga bukit jugra dan bukit chandan. Kerana mencari diri Melayu yg cuba disembunyikan. Byk tempat sejarah di tutup dgn estet dan tanaman kelapa sawit. Dulu Guthrie lah yg byk mengawal ladang2 di Malaysia sebelum berlaku nya agenda "Guthrie Dawn Raid 1981".😊

Reply: Guthrie adalah syarikat British Yahudi yg bekerja dgn Dajjal utk kawal tanah2 dan tmpt bersejarah di Tanah Melayu utk tutup dan lindungi sejarah bangsa paling mereka takuti di dunia akhir zaman ini iaitu Melayu.

Disatu kwsn di Pahang sdg dijaga ada satu kwsn sejarah pelik org Melayu iaitu PIRAMID.

Begitu juga di Kuala Kangsar ke Sayung hingga ke Belum (Grik) dan sepanjang perjalanan ke sana termasuklah di kwsn Lenggung (mereka namakan The Perak Man) di mana ramai ahli bait keturunan Rasulullah berada spt Tok Temong berada; dan kebangkitan ini sudahpun di mulai yg hanya Allah saja yg memeliharanya.

Ini bukan sejarah tulisan pengganas British dan kuncu2nya.  Sebab itu sekarang ini terlalu banyak armada perang USA berada di Laut China Selatan dan Selat Melaka memantau perkembangan mutakhir; begitu Yahudi zionis telah membina pengkalan tentera mereka di luar Israel iaitu di S'pore ..... utk apa....? (Punya ler jauh dari Israel)... sbb mereka tahu rahsia ini.

Semua utk memantau perkembangan yg sdg berlaku di dunia alam melayu......cuma org2 Melayu shj sibuk dgn politik sempit ciptaan amerika....dok layan kisah Najib dgn labu2nya dan Umnu .....bergaduh PKR PaS ....dgn PAN serta melayan karenah DAP.....semua ini agenda ciptaan yahudi melayan nafsu gila2 sebahagian besar org Melayu supaya LUPA, TERLUPA (LALAI & LEKA) & DILUPAKAN ......sdgkan pada hakikatnya tidak ada sejarah dalam dunia Islam perang jihad dgn politik ...dok pergi PANGKAH (X) sana sini tak tentu hala ramai musim mengundi .....akhirnya kena tipu dgn suruhangagal Msia....kononnya nak ikut sangat DEMOKRASI TERPIMPIN ciptaan Barat bernama John Reid hinggakan tok lebai, tok ustaz tok guru turun gelanggang mempertahankan sunnah Yahudi Laknatullah; .....  sdgkan semua itu bukan sunnah nabi saw ttp sekadar bagi mengasyikkan dan melayan pemikiran serta ANGAN2 org Melayu yg nak jadi pemimpin politik moden Melayu supaya terperangkap dan masuk ke LUBANG BIAWAK ciptaan Dajjal dan kuncu2nya.

Manakala sunnah nabi Muhammad saw ditinggalkan berterabur kononnya semua nak ikut peredaran zaman.

Apelah salahnya jika org2 Melayu buat sedikit kajian ttg kehebatan dan kemuliaan bangsa AL Mala U ini....korek sejarah betul2 dgn matahati......buang jauh2 sejarah Melayu dlm buku2 sekolah tu kerana semua itu ditipu oleh British dan kuncu2nya. .....jgn percaya dgn nama2 Tun Seri Lanang atau Munsyi Abdullah kerena mereka ini pengkhianat Melayu......begitu juga yg menjadi kuncu2nya;  maka anda akan lihat sendiri siapakah pencipta SENAPANG (istinggar), MERIAM BESAR penghancur dan pemusnah kapal perang....Pelayar dan hulubalang terhebat, masyaallah semuanya dari tok nenek anda yakni al Mala U iaitu bangsa yg Allah muliakan. Org Putih marahkan sangat bangsa Melayu ini hinggakan Jack Sparrow itu diputar belitkan sebagai lanun kerana beliau asalnya muslim (ikut sejarah) dan cth pakaiannya itu adalah pakaian hulubalang Melayu ketika zaman Parameswara Melaka; begitu juga dgn ZOOMBIE yg dikatunkan sebagai HANTU oleh kuffar Yahudi utk game kanak2 sdgkan Zombie adalah seorg pahlawan terbilang Islam dari Afrika yg melawan British dan Dajjal laknatullah.

Mereka racunkan fikiran anak2 anda melalui gadget letronik agar anak2 bakal pejuang ini bila besar nanti sudah tertanam bawahasanya nama2 besar ini adalah pengganas dan Dajjal amerika, british, russia, eropah adalah penyelamat (Superman) dunia....cuba anda fikirkan baik2. ..... bagaimana sekarang ini mereka bersama WAHABI SALAFI Saudi telah dgn selamatnya menghancur dan membinasakan Iraq, Syria dan kini Yaman. Dan gerakan Wahabi ciptaan Yahudi bersama penciptanya Mr Hempler seorg perisik British sdg memasuki pasaran India, Pakistan, Indonesia dan M'sia utk MENGWAHABIKAN org Melayu pulak.

Di kwsn Asia ini pelannya bukan spt menghancurkan negara2 Arab melalui perang kerana bangsa2 Pashtun dan AL Mala U ini bangsa yg pelik dan sukar dihancurkan melalui peperangan tetapi perlu dihancurkan dgn PERBEDAAN MAZHAB dan mengkucar kacirkan mereka dan dikalangan mereka.

Lihatlah mereka telah mengupah membawa masuk SYIAH IRAN sahabat dajjal mereka; mengupah puak yg gilakan ajaran Wahhabi salafi saudi yg difatwa sesat oleh Ulama2 dunia (belajar la sikit pasal Wahabi ini).....semua tak boleh buat....tahlil, qunut, talqin, baca doa lps solat, ziarah maqam dan pelbagai benda pelik ajaran sesat mereka ajarkan..... buang terus IJMA & QIAS ..... semua benda nak nas hadis dan quran shj........sdgkan ajaran ketuhanan ikut Wahabi ini sama sebiji dgn SYIAH & YAHUDI serta agama kafir lain iaitu MENJISIMKAN yakni "membadankan" tuhan.....maksudnya tuhan ada mata, ade tangan dsbnya.

Kerja & aktiviti ajaran mereka berperang dan menjahannamkan fahaman Islam lain spt ISIS (ciptaan mereka & yahudi)....itulah puak2 salafi wahhabi keturunan arab saudi, dikepalai oleh pengasasnya yg sangat diagungkan.... abdullah bin abdul wahhab yg lahir di NAJD, skrg dah tukar nama kpd Riyyad (bukan semua sbb masih ramai di mekah madinah itu adalah ahli sunnah wal jemaah). Mereka menjelajah dgn mudah kerana dibelakang mereka amerika Dajjal yg serba kelengkapan moden. Bagaimana mereka memancung org di Jeddah begitulah juga mereka menyembelih org lain yg tidak sealiran dgn mereka kerana fatwa mereka aliran lain selain wahhabi salafi saudi adalah sesat dan bid'ah dan halal darah mereka; spt yg IS sdg lakukan itu sekarang ini.

Mana yg balik ngaji kat mekah dan medinah ramai yg bertukar fahaman dan ajaran dari ahli sunnah menjadi ahli wahabi.....tuhan sampai tiga iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Asma wa sifat dan Tauhid Uluhiyyah. Kini ramai kalangan mereka menjadi askar upahan saudi yg ditaja oleh amerika dgn gaji lumayan bulanan utk merobekkan fahaman ahli sunnah wal jemaah di Asia ini termasuklah M'sia.

Bila mulakan kuliah ramailah ust2 wahabi ini akan mulakan dgn HADIS TTG BIDAAH.... dan setiap bid'ah tu masuk neraka.... tu lah dia puak2 wahabi walaupun nampak ahli sunnah......yg  tuan mereka salafi saudi runtuhkan dan hancurkan rumah Khadijah sebelah Bkt Maruah tu, kesan2 sejarah peninggalan Rasulullah di medinah dan mekah,  memelihara Mada'in Saleh tempat berhala terbesar di Saudi tu tak bid'ah?......dan sekarang mereka berjaya atas nama memerangi perbuatan Syirik. .....mereka telah berjaya menukarkan kota Mekah menjadi kota Yahudi. ....apa jadi pada ZAM-ZAM TOWER ..... milik siapa? Pastilah milik Zionis......hancur lebur dibuatnya kota Mekah itu.  Sikit hari lagi bila anda tawaf baitullah anda akan di payungi pula oleh 3 payung besar ciptaan Dajjal (kononnya utk keselesaan org buat haji dan umrah; dan jika anda juga setuju rancangan itu anda juga samalah dgn mereka) dan akhir sekali KAABAH akan hilang dan ditenggelami serta ditutupi oleh bangunan2 yg dibina disekelilingnya atas nama pembangunan dan pemujaan; dan yg jelas kelihatan adalah LAMBANG TANDUK atas ZAM ZAM TOWER!

Itulah hasrat mereka.....raja saudi King Saud itu sebenarnya adalah keturunan Yahudi; sbb itulah tak heran kalau apa yg dia buat semua itu mirip dan arahan yahudi. Persahabatan mereka terlalu akrab.

Lihatlah TANDUK SYAITAN atas menara ZAM ZAM TOWER.

Pengaruh wahabi berjaya diperluas melalui ahli2 DEOBANDI (pusat pengajian wahhabi terbesar di india pakistan di mana tmpt penyebaran terbesar fahaman wahabi......

Anda jgn terkejut di dalam fahaman WAHABI juga ada kawin MUT'AHnya, sebab itu ari ni ramai org Melayu bertukar aliran (bukan mazhab) krn aliran wahabi ini lebih MUDAH segala2nya......dan telah difatwakan oleh Imam2 nya di saudi jika "MELIWAT" isteri di bulan puasa tidak membatalkan puasa dan puasa itu sah ttp jika di"jima"kan isterinya maka puasa itu batal...... dan anda JGN terkejut perbuatan LIWAT ini dah biasa di kalangan mereka ttp terlindung dgn cara perwatakkan mereka yg berdolak daleh itu.

Terlalu banyak ajaran pelik puak2 wahabi ini......dan anda jgn cuba mendekati fahaman mereka.

Sekarang dipasaran sudah ada buku PUTIH iaitu utk buku utk MEMUTIHKAN fahaman ahli sunnah wal jamaah (yg salah kata mereka) terhadap 3 Ulama besar iaitu buku putih Imam Syafie,  Imam Ghazali dan Syeh Abdul Qadir Jilani yg di tulis oleh bekas mufti Perlis yg juga pengamal TEGAR SALAFI WAHABI iaitu Dr Juanda dan beberapa org lagi wahabi yg lain (munkin mufti Perlis yg skrg ini join sekali). Mereka dah mula berani menghuru harakan fahaman ASWJ di M'sia ini kerana ada funder2 wahabi saudi dibelakang mereka.

Justeru bangsa Melayu yg berpegang kpd fahaman ASWJ jgn leka dan dok sibuk sangat siang mlm dgn berniaga dan dunia mu itu, berhati2. .....kerana JERAT & PERANGKAP BESAR sdg menanti anda di hadapan anda.

[12:03, 10/03/2016] Azri Penang: Kedah Tua atau Kalaha yg merupakan pengeskport terbesar dan terbaik dunia utk besi. Pedang Rasulullah juga berasal dari besi Kedah. Kalaha juga byk menyimpan rahsia Melayu. Betul x ustaz? 😊

Response: Perkara ini memang berlaku dan sangat2 diketahui oleh Yahudi akan semangat dan kekuatan bangsa al Mala U. Walaupun bangsa Melayu nampak lemah lembut dan baik sangat hinggakan bumi Melayu S'pore (dulu di perintah oleh org islam kini kafirbyg jaga) pun dihadiahkan percuma kpd kaffir cina (dgn senang2 shj oleh tunku Abd Rahman dan jemaahnya (agenda dan arahan british dlm perjanjian mereka); dan kini Pulau Pinang pula telah dihadiahkan kpd Cina Gengster keturunan mafia tanah besar China Gee Hin dan Hai San ...... maka itupun org Melayu masih dok rilek lagi kononnya dulu ckp org PAS Lim Guan Eng tu mcm khalifah Umar Abd Aziz.......skrg apa dah jadi.....; tapi orang putih itu cukup takut dgn perkataan "AMUK" yg ada pada bangsa al Mala U ini. Sebab itu mereka hati2 dgn peperangan lalu mereka menyelinap masuk melalui aliran2 wahabi dan Syiah dgn cara lebih lembut dan selamat dari peperangan.

Khazanah bumi Alam Melayu ini terlalu banyak dan sangat berkualiti sbb itu menjadi buruan bangsa kafir Yahudi dan Cina tanah besar. Kini nusantara mcm GULA dihurungi oleh SEMUT2 besar Dajjal dan Yahudi laknatullah. Mereka terus memburu bangsa Al Mala ini dan bangsa ini perlu dimusnahkan sejarah mereka. 

Mereka, Yahudi perlukan bangsa Melayu "baru" yg bernama Bangsa Malaysia" yg sudah melalui proses PENJENAMAAN, Melayu yg telah di "REBRANDING" yg boleh ikut dan taat kpd pimpinan Dajjal dan wakilnya America & sekutu2nya. Dan sebahagian dari perancangan mereka nampaknya mcm sudah berjaya tetapi mereka sendiri masih belum yakin akan  kejayaan itu dan masih mencari2 kerana ahli2 keruhanian keturunan junjungan agung nabi Muhammad saw yg memegang akan  pusaka khalifahnya (semoga dipelihara Allah) tidak akan tunduk dan tidak pernah tunduk kpd kehendak mereka melainkan tunduk dan sujud mereka itu hanya kpd zat Allah azzawajalla semata2.

Sesiapa yg dlm dirinya ada semangat berjuang dan jihad utk agama Allah, bangkitlah dan carilah ilmu2 dan rungkaikan sejarah bangsa MALA ini.......kerana ini perjuangan jihad agama Allah. Kalau bukan kita yg pertahankan agama Allah ini......siapa lagi?

Jgn leka sangat dgn dunia awak tu, drp menghabiskan banyak waktu berwhasapp atau berchating dgn suka hati dan bergembira tak tentu arah mulakan dgn pencarian maklumat sejarah bangsa anda yg hebat itu mudah2an anda juga berjaya menjadi Melayu yg hebat lagi beriman kpd Allah azzawajalla.

(Dari mesin ke mesin).

Tuesday, 15 March 2016

Alquran Untuk Sembuhkan Kanser

Cancer & surah Al Fil

Assalamualaikum...
 
Rasanya setiap orang tahu "setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati". Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ

Maksudnya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) 
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) 
Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3) 
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)
Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5) 

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran.Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan
Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. 

Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.
Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut.Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.
Dr.H: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.

Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat di menafaatkan. Amin.
......by..Hj.Maza.....

Monday, 14 March 2016

Ziarah Kerana Allah

Perkongsian ....

GANJARAN BERZIARAH BUKAN KERANA DIJEMPUT

Seorang rakan sekolah dulu yg kini tinggal di Rawang, menziarahi saya kelmarin sekeluarga awal pagi, katanya saja berziarah mencari rakan lama. Kagum saya melihat dia dgn 4 isteri dan 24 orang anak. Tetapi yg lebih mengkagumkan saya ialah usahanya mencari rakan2 lama untuk berziarah. Teringat saya suatu hadis nabi yg saya kongsi disini untuk iktibar.

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya” (HR Muslim)

Berziarah dengan niat ikhlas kerana menyayangi, kerana Allah akan dibalas dengan kasih sayang Allah kepada yg berziarah. Apakah kita tidak mahu disayangi oleh Allah dgn melakukan sedikit perjalanan untuk berziarah. Sedangkan setiap hari kita berulang-alik ke tempat kerja yg mungkin lebih jauh, mungkin seminggu sekali menjelajah ke pusat perniagaan, ke peranginan dll. Saya mengajak anda menambah agenda dlm kalender hidup jika tidak sekali dlm seminggu, mungkin sekali dlm sebulan untuk berziarah kawan rakan, sanak saudara bagi merebut kasih Allah. Carilah rakan yg lama tak ditemui, pupu lamai yg semakin jauh atau jiran yg telah berpindah, orang pernah berjasa kpd kita dsbnya utk diziarahi, selain berziarah ibubapa dan mentua. Lihat pula hadis berikutnya.

Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat (berdoa memohon ampun) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)

Berziarah ibarat memetik buah di syurga, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!!. Besarnya nilai ziarah. Duduk sebentar ketika berziarah menyebabkan malaikat berselawat dan memohon ampun kepada kita. Ya Allah. Besarnya ganjaran dari ziarah. Marilah kita merebut ganjaran ini dengan meletakkan satu aktiviti dlm hidup kita dengan berziarah. Jangan jumud dgn memahami ziarah tanah haram sahaja yg sangat jauh dan banyak belanjanya. Hadis ini tidak menyebut jarak jauh, tetapi menyebut menziarah saudara seagamanya, maka ziarahkan mereka yg dekat, yg setaman, sekampung, jika tidak yg lebih jauh, walau sekadar bertenggek di kerusi laman, duduk sekejap dipangkin bawah pokok, bersila bersimpuh sekejap di muka pintu, utk mendapat permohonan ampun makaikat. Hentikanlah tabiat berkurung dlm rumah, tabiat duduk sampai berakar depan tv yg tiada faedah bahkan menuai dosa, tetapi ambillah sedikit usaha untuk berkunjung kerana Allah meskipun utk beberapa minit. Tambahkan dlm kelendar agenda hidup untuk berziarah, berkunjung walau tidak sakit atau mati untuk mengharap kasih Allah dan doa malaikat.

Kemajuan hidup telah menelan kebiasaan. berkunjung dlm masyarakat melayu dulu yg jelas menepati sunnah, tetapi hari ini kita menunggu ada yg mati, ada yg jemput kenduri baru nak berkunjung. Orang dahulu berkunjung bukan kerana ada majlis, ada jemputan sahaja. Ingatlah jika dijemput baru berkunjung, tidak menyamai kedua hadis ini kerana memenuhi jemputan itu wajib, berbanding kita berziarah sukarela tanpa jemputan, adalah ikhlas kerana berziarah. Jangan makanan saja nak ikut sunnah, acara hidup juga sepatutnya menurut sunnah. Berziarahlah bukan sahaja kerana ada majlis, ada keperluan, ada jemputan. Singgahlah ke rumah kenalan bila berjalan ke suatu tempat, mungkin untuk suatu masa yg singkat.

Bila berdiri di depan Allah kelak, janganlah harap solat, puasa sebagai tukaran syurga, kerana mungkin tidak memada. Nabi sebut kita akan masuk syurga dgn kasih sayang Allah, maka satu cara mendapat kasih Allah adalah berziarah seperti disebut dlm hadis diatas. Dosa yg bertimbun yg kita bawa mungkin tidak dapat dipadam dgn amalan dan mohon ampunan kita, maka moga malaikat dapat membantu dlm memohon ampun bagi kita kerana kita berziarah rakan taulan. Banyakkan dan pelbagaikan amal soleh utk dibawa kedepan Allah, dengan mempelbagaikan amal kebajikan.

Jom lah kita berziarah!Wallahu a'lam.
abdghaniharon

Copy & Paste.
Kongsikan bersama.

Wednesday, 9 March 2016

Cara Untuk Tinggikan Getaran Aura Diri

Setiap bulan dalam kalender islam 13,14 dan 15 hb islam sila mandi ais .paling elok jam 12 malam.untk buang radiasi

Ramuan mandi ais (ais batu+ garam+limau+kapur makan)
Pastu jgn lupa istiqfar setiap hari 100kali
Selawat 100 kali Sedekah Al fatihah utk ibu bapa
Sedekah Al fatihah utk diri sendiri
Nak kacau makanan atau minuman kacau lawan jam
Cuba buat smua ni utk cari getaran aura diri
Ada getaran tu inshaaAllah x bocor duit
Jgn lupa lepas mghrib bc surah Al waqiah.surah jempt rezeki

😁✌🏻

Produk Haram ada Tanda Halal

Baru-baru ini saya berpeluang mendengar ceramah produk halal dan haram oleh Tn Hj Shaharudin Hj Nordin pengasas Syarikat JISHAH CORPORATION (M) SDN. BHD. sebuah syarikat yang ditubuhkan atas dorongan dan permintaan untuk menerapkan konsep perniagaan dan pengilangan yang memenuhi landas-landas Islam.

Ceramah yang diberikan secara bersahaja ini meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri saya. Saya akan pastikan selepas ini produk-produk HARAM tidak akan masuk ke dalam tubuh saya, suami , anak-anak dan rumah saya.

Subhanallah, rupa-rupanya begitu banyak sekali produk bercop HALAL yang sebenarnya TIDAK HALAL berada di pasaran. Sebelum ini, saya ada juga mendengar terdapat produk yang HALAL tetapi TIDAK HALAL. Namun saya tidak begitu mengendahkan perkara ini kerana selagi produk berkenaan ada logo HALAL saya yakin ia HALAL. Rupa-rupanya saya silap besar. Selepas mendengar ceramah, baru saya disedarkan. BARU PADAN MUKA SAYA!!!

Mengapa boleh terjadi begini? Saya tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak. Cuma saya sebagai seorang Islam perlu LEBIH BERHATI-HATI agar tidak tertipu lagi. Di sini saya ingin berkongsi produk-produk yang kononnya HALAL. Jika saya tidak berkongsi dengan sesiapa, ramai umat Islam yang akan termakan atau terguna produk-produk HARAM ini.

Pernah makan 'jejari ketam' atau 'crab stick'? Bentuk macam jari-jari putih dan atas berwarna merah jingga. Hendak tahu warna merah jingga tu apa? Itu sebenarnya darah BABI (Maaf. Saya tidak mahu gunakan perkataan KHINZIR, sopan sangat. Binatangnya tetap sama, tetap HARAM). Jangan risau, saya pun dah kenyang makan crab stick ini. Antara benda lain yang tidak boleh dimakan yang mengandungi ekstrek atau lemak BABI ialah sumi jeli, cumi kiki, sugus, fruittella, karamel, maggi, ajinomoto, keju, laici dalam tin, cendawan butang dalam tin, kacang pis dalam tin (Rujuk buku HALAL HARAM- Panduan Persatuan Pengguna Pulai Pinang.) Kalau fakta-fakta dalam buku ini tidak betul, sudah lama syarikat-syarikat terlibat menyaman Persatuan ini!

Pernah makan gula-gula macam gula-gula getah yang anjal itu (ada dijual di Giant, ditimbang ikut gram? Gula-gula yang berwarna warni dan disalut gula putih. Itu sebenarnya kulit BABI! Subhanallah...Saya selalu makan gula-gula ini.

Barangan rumah yang tidak boleh digunakan pula ialah Breeze, Fab, Colgate (walaupun, sehingga kini masih mengaku HALAL), Axion, Febreeze, keluaran Lever Brothers, Unilever, dsb. Sabun-sabun kain atau mesin basuh ini serta sabun cuci pinggan mengandungi lemak babi. Itu sebabnya banyak buih-buih terhasil. Berkilat pinggan mangkuk kita....SSSYYIIUUTT..bunyinya.

Milo pun tidak boleh diminum kerana ada lemak babi. Anak-anak saya selalu memesan milo ais setiap kali kami makan di luar. Ya Allah, sedihnya....

Untuk pengetahuan semua, cop HALAL di Thailand sebenarnya dikeluarkan oleh Persatuan Buddha Thailand dan bukannya orang Islam. Jadi berhati-hatilah. Kalau hendak senang lagi, jangan beli langsung (Di sini saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Syarikat JISHAH) kerana saya kini sudah ada pilihan dalam membeli produk-produk makanan dan kegunaan dapur.

Coke dan Pepsi pun jangan minum. HARAM kerana mengandungi kandungan ALKOHOL yang tinggi.

Sebenarnya saya sudah lama tidak minum Coke dan Pepsi kerana pada awalnya hendak memboikot produk Israel. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik kempen boikot produk Israel...

Sebaik tiba di rumah selepas mendengar ceramah, saya terus buang sabun Breeze dan sabun basuh pinggan ke dalam tong sampah. Taubat! Saya tidak sanggup memakai pakaian dan pinggan mangkuk yang disalut dengan binatang yang terkenal kerana H1N1 (sebutan saintifiknya bukan main canggih! Babi tetap Babi).

Atau mungkin, wabak Selesema Babi ini musibah dari Allah Taala kerana terlalu ramai umat Islam yang telah terguna produk yang terkandung BABI di dalamnya. Wallahu'alam.

Sunday, 6 March 2016

Allah Mercy & Power

❤        This touched
               my heart ♥ :

• Never underestimate
Allahs mercy and power:

A young man' mother was hospitalized.
وأدخلت للعناية المركزه
She was put in intensive care.
وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
A few days later, the doctors told him the truth.
بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق الحياة
Her condition was hopeless, she could expire at any moment.
وخرج من عند أمه هائما على وجهه
He left from the hospital distraught about his mother
وفي طريق عودته لزيارة والدته
On his way, returning to visit his mother
وقف في محطة البنزين
He stopped at a gas station
وهو ينتظر العامل ليضع البنزين في سيارته
As he was waiting for the attendant to fill up his tank
رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغاراً
He noticed that a cat had a new litter under a cardboard box
وهم لا يستطيعون المشي
They could barely walk
فتساءل!!!!!
He pondered!!!!
من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
Who would feed them under these circumstances, and went in to the store
واشترى تونة
He bought tuna,
وفتح العلبة ووضعها للقطة وانصرف للمستشفى
opened the can for them and continued on his way to the hospital.
وعندما قدم للعناية مكان تنويم أمه
When he entered the intensive care unit
لم يجدها على سريرها فوقع ما في يده
His mother wasn't there anymore, he dropped what was in his hands,
فاسترجع وسأل الممرضة
and rushed to ask the nurse
أين فلانة؟
Where is she?
فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
She said: she got better, so we moved her to the next room
فذهب لها
He went to his mother
فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
Whom he found fully alert
فسلم عليها وسألها
He greeted her and asked what happened
فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
She said that she saw while she was unconscious
قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
A cat and her kittens with their hands extended towards the heavens praying for her
فتعجب الشاب
The young man stood there in amazement
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
Praise to the one who's compassion is all encompassing
سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
Praise to Allah, alms giving repels calamities, by Allah's permission
(داووا مرضاكم بالصدقه)
(Heal your sick through alms giving)
هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال:
This is just a can of tuna the Prophet (PABUH) says: (protect yourselves from the hell fire even with a half a date).
( إتقوا النار ولو بشق تمره)
سبحان الله                 
Suhbana Allah  
Make this your first act of generosity
حتى لو مشغول إرسلها"
Even if you are busy, forward it to as many people as you can
(لاإله إلا الله)
Lailahaillaallah
? "يارب فرج هم من ينشره"
Oh! Allah! Ease the burdens of whoever forward this message. ♻

20 Faedah Bersedekah

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap org yg "copy paste" msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in sha Allah..

Apa itu Aib?

"AIB"

Apa itu aib?

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

🌹🌹🌹

Masha Allah. Masha Allah. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

Ibubapa dan Anak

Rumah ibubapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak adalah rumah ibubapa..
Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa, makan apa sahaja, tengok siaran tv ikut suka dan guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak.Tak boleh masak sesuka hati, makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka dan buat apa sahaja ikut suka. Anak tetap akan berkecil hati dengan ibubapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibubapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibubapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apa tah lagi dengan sesuka hati. Takut rosak la, takut langgar la, takut calar la. Kalau guna pun... Pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak.

Itulah bezanya ibubapa dengan anak-anak..
Ibubapa sntiasa mengasihi anak-anak,
Tapi anak-anak... Belum tentu mengasihi ibubapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa.
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada..

Tapi...
Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta..
Inilah diantara isi kandungan kuliah
Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan & realistik dalam keadaan dunia yang akhir zaman.

Mudah2an kita tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti..

Friday, 4 March 2016

Surat for Doc Azizan Guru Kami

Tengoklah surat ni yg dihtr ketika imkk 4-6 Mac 2016 yg sedang berlangsung di idcc sekarang. Uisshh.... No komen.

Assalammualaikum En. Azizan.
Saya pengerusi  persatuaan penduduk DO.sek 15 shah Alam . Disini saya ingin memberitahu kepada En. Azizan Dan peserta² yg dtg ke IDCC untuk programe nak jadi usahawan yg berjaya.
IDCC ada menyediakan parking bertingkat (5tingkat) amat sesuai untuk seminar/ programme seperti awak anjurkan. Kami penduduk disini terpaksa mencari, pusing beberapa blok untuk park kerera malang nya semua dah penuh oleh peserta² programe awak. Saya dapati IDCC masih ada ruang parking sebanyak tiga tingkat.satu tingkat ada +- 450 petak parking. Dah la parking  kawasan berpenduduk Dari pukul 7 pagi hingga tengah mlam , tiga hari berturut² . penduduk sini nak park kat mana?  Dan la tu pemilik Kedai pun susah juga .
Jangan tau cari penyerta / ada kan programs Dan peserta menyusahan kan orang lain khususnya penduduk Dataran Otomobil . Kami x larang ada kan programme tapi En. Azizan / peserta kena peka situasi sekeliling IDCC.
Akhir kata tolong arahkan peserta awak guna parking IDCC , jgn menyusahakan penduduk DO.
#copypaste dr #Pengerusi_Penduduk_Dataran_Otomobil
Richworks blast sms suh student jgn park sukahati

Lelaki Tua, Anak dan Ibu Bapa

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN
PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agak besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم                                                                                 MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…

Kirim Ke-9 Teman Yg Kmu Sayangi Dalam Waktu 9 Minit‥
Hidupmu Akan Bahagia Kerana 9 Orang Itu Juga akan Mendoakanmu…
Wassalam

Ust. Sihabuddin Muhaemin.

Sah Ke Solat Kita?

SAH ke SOLAT ?????
.
Nak bagi tau .. sebelum SOLAT .. pastikan WUDHU' tu SAH .. terutama nya MUSLIMAT !!!!!
.
Hari ni pun masa amik WUDHU' .. ade perasan sorg MUSLIMAT ni .. dia pakai BEDAK .. bila amik WUDHU' .. dia x basuh dulu muka dia .. terus amik WUDHU' je .. lepas amik WUDHU' .. nampak sgt BEDAK masih ade kat muka dia.
.
USTAZ SALIM penah bagi tau masa kelas FIQH IBADAH semester lepas .. PEREMPUAN .. kene cakna sebab .. ini berkaitan IBADAH SOLAT kita.
.
AIR WUDHU' yg bercampur dgn BEDAK .. akan menjadi AIR MUSTA'MAL .. & AIR MUSTA'MAL tu x boleh buat WUDHU' .. jadi .. WUDHU' TAK SAH !!!!!
.
Sebab lain jugak .. bila x basuh muka dulu sebelum berWUDHU' .. yg pakai KRIM MUKA @ BEDAK .. air tu TAK SAMPAI ke KULIT MUKA sebab dah TERTUTUP dgn lapisan krim @ bedak .. jadi .. ia TAK SAH.
.
JANGAN pandang ringan sayang² ku .. jangan dek kerana sayang nak cuci muka sebelum berWUDHU' .. sayang nak tanggalkan make up .. WUDHU' kita TAK SAH !!!!!
SOLAT kita TAK DI TERIMA !!!!!
Tu .. baru sehari ..
Kalau seminggu ???
Sebulan ???
Setahun ???
Bertahun² pun kita x ubah .. x cakna .. x ke SIA² je SOLAT kita tu ?????
.
TOLONGlah sampaikn isu ni pada semua .. kalau bole VIRAL .. VIRALkanlah .. sebab saya yakin .. ramai MUSLIMAT yg kurang peka tentang isu ni.
.
Tugas kita sebagai DA'IE .. menyampaikan apa yg kita tau.
.
FORWARD laa .. hari² kita tengok .. nampak benda yg sama .. betulkanlah apa yg tak betul .. mudah²an kita sama² beroleh manfaat nya inshaa ALLAH .. wallah hu 'alam.

Utk muslimin, ayah, abah, papa, dady, walid, abi dan... Suami, hubby, ingatlah, anda sume sleeping partner yg turut share saham dosa ank pmpuan @ istri kerna anda pemimpin mereka yg gagal mengajar ilmu fiqh pd tnggungn anda..
Dari group usrah👆👆👆👆 Sebarkan lah kebaikan walau pun satu ayat..

Cara Elakkan Pecah Rumah

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

👳 DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3⃣ Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)

Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...

Soalan di Padang Mahsyar

Sabda Rasulullah SAW :

لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَع : عَن عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَه ،وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه، وَفِيمَا أَنْفَقَه  وَعَنْ عِلْمِهِ فِيماَ فَعَلَ

Maksudnya :

“ Tidak akan terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di Padang Mahsyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan ;

Pertama: Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan

Kedua : Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan

Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan

Keempat : Tentang ilmunya ,apakah diamalkan dengannya .

[Hadith riwayat Imam al-Tirmizi]

Perbincangan :

Kenapakah perkara yang ketiga akan ditanya dua soalan iaitu tentang bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan ?

"Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan"

Ia adalah berbeza tetang umur, zaman muda dan ilmu yang hanya disoal sekali sahaja ?

# Pada hakikatnya, ia menunjukkan betapa berat tanggungjawab seseorang individu Muslim terhadap harta. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya harta untuk diteliti dan diamati tentang apa sahaja keputusan dan tindakan yang dibuat bagi mendapatkan dan membelanjakannya agar ia selari dengan kehendak Syarak.

Thursday, 3 March 2016

GPS Ikut Dialek

BAYANGKAN KALAU GPS IKUT DIALEK! haru jadinyeee...

Waze

Sabah:-
Pigi dapan siiikit... Lepas 200m pigi siring sblah kanan aa...nah kann telimpas sudahh!...

Sarawak:-
Kitak maju jak kat dapan yaa... Gik 200m ke kanan... Nang paloi na! Aku limpas jak simpang ya tek!...

Johor:-
Ko tegak je lagi doh... Dalam 200m masok kanan ekk... Siot ahh ape seyh dah terlpeas bodoh sial kau!...

N9:-
Ekau torus jo... Lagi 200m ekau masok kanan... Kot bangang bonar! Talopeh simpang!...

Melaka:-
Ok hawau gi depan je... Lagi 200m kau belok kanan... Amende kau gi kiri lak lahabau!...

Tganu:-
Mung gi depang sket... 200m pahni mung kona kkanang... Ohhh bodoh nnatang ni tlajok!...

Kedah:-
Teruih lagi bak ang... Dalam 200m hangpa masok kanan... Buto pak ang kan dah telepaih!...

Peghok:-
Kome teghoih ke dpn, dlm due ghatuih miter kome kona kanan, iss ate ngape kome telajak pulok.. aje ngan ye kome ni pon...

Kelantan:-
Demo gi depey lagi... Daley 200m demo masok kkaney... Alhamdulillah... Mujo ado pamoga!!!...😂😂😂

Perubatan Ayat Alquran

Perubatan Syifa' Al-Hidayah:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...