Friday, 4 March 2016

Soalan di Padang Mahsyar

Sabda Rasulullah SAW :

لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَع : عَن عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ، ، وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاَه ،وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَه، وَفِيمَا أَنْفَقَه  وَعَنْ عِلْمِهِ فِيماَ فَعَلَ

Maksudnya :

“ Tidak akan terlepas kedua kaki seorang hamba itu semasa (berada di Padang Mahsyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan ;

Pertama: Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan

Kedua : Tentang zaman mudanya, bagaimana digunakan

Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan

Keempat : Tentang ilmunya ,apakah diamalkan dengannya .

[Hadith riwayat Imam al-Tirmizi]

Perbincangan :

Kenapakah perkara yang ketiga akan ditanya dua soalan iaitu tentang bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan ?

"Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan"

Ia adalah berbeza tetang umur, zaman muda dan ilmu yang hanya disoal sekali sahaja ?

# Pada hakikatnya, ia menunjukkan betapa berat tanggungjawab seseorang individu Muslim terhadap harta. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya harta untuk diteliti dan diamati tentang apa sahaja keputusan dan tindakan yang dibuat bagi mendapatkan dan membelanjakannya agar ia selari dengan kehendak Syarak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...