Monday, 1 August 2016

Demo Tahu Ko Dok?

DEMO TAHU KO DOK?
Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu. Orang Kelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (comes from the word “lingkar”). Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula
diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus. Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali juga sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”.
Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.

DEMO TAHU KO DOK?
Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya mereka menggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan matahari). Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya,
anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulu naik” dan seterusnya.
Kalau di tengah laut macamana pula yer?

DEMO TAHU KO DOK?
Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali. Mengikut sejarah, Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat. Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja dan Sungai Budor. Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak
selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah
sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan
air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh
menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasan Padang Bank dan Dalam Kota).
Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum
melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai Raja Gali”.

DEMO TAHU KO DOK?
Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota
Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat.
Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota
Bharu untuk ke stesyen kereta api ini. Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan bersebelahan stesyen kereta api ini.
Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara
berperingkat- peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu.
Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan. Yang ada
hanyalah tapak.

DEMO TAHU KO DOK?
Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan
(dipercayai 9 buah kesemuanya). Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan
Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan.
Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan
penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh
pembangunan. Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda
tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek
salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.

DEMO TAHU KO DOK?
Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang ini adalah tapak Hotel River View). Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka. Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai.
Selepas bangunan pasar baru dibina (dikenali sebagai Pasar MPKB – juga telah dirobohkan) , Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapa waktu. Kini pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di Buluh Kubu.
Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan di sini.
Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe.. .

DEMO TAHU KO DOK?
Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang
Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan. Ketakutan kali ini bukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam. Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini
mereka sempat bersembang sehingga larut malam. Ramai juga yang maut kerana wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik. Keadaan
ini berlarutan untuk beberapa tahun.
Macam mana rupa hantu Jepun tu yer? Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.

DEMO TAHU KO DOK?
Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku. Semasa zaman Tok Kenali dulu, diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut. Lantas dia bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajar di Masjid
Muhammadi). Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburai dan terkena ke atas
salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepi sungai masa tu. Tiang layar
tersebut milik perahu yang sering ke laut menangkap ikan.
Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambil berkat “milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiang tersebut sebaliknya
mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut. Mungkin atas keberkatan ini,
pemilik perahu layar tersebut dalam waktu yang singkat telah dapat membawa pulang hasil laut yg banyak. Wallahua’lam.

DEMO TAHU KO DOK?
Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan dibahagikan kpd tiga. Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd
bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember.
Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg
sekitarnya seperti Palekbang dan Sg Pinang. Kenapa? Sebabnya adalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan
mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa malam. Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir
dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri.
Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah.
Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan. Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.

DEMO TAHU KO DOK?
Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh). Puting Beliung yg melanda Kelantan
pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan
pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun. Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati.
Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke
Terengganu, Pahang termasuk juga Johor (Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini). Bagi keluarga yg mempunyai anak
perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan keluarga.
Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri.

DEMO TAHU KO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...