Thursday, 25 February 2016

Allah Aku Berdoa Kepadamu

🌾Mari Berdoa🌾

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

Alloohumma innii 'abduka, wabnu 'abdika, wabnu amatika, naashiyatii biyadika, maadhin fiyya hukmuka, 'adlun fiyya qodhoo-uka, as-aluka bikullismin huwa laka, sammaita bihi nafsaka, au anzaltahu fii kitaabika, au 'allamtahu ahadan min kholqika, awista'tsarta bihi fii 'ilmil ghoibi 'indaka, an taj'alal qur-aana robii'a qolbii, wa nuuro shodrii, wa jalaa-a huznii, wa dzahaaba hammii.

Ya Alloh, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu (Adam), dan anak hamba perempuan-Mu (Hawa), ubun-ubunku berada di tangan-Mu, hukum-Mu berlaku terhadap diriku, dan ketetapan-Mu adil pada diriku.

Aku memohon kepada-Mu dengan segala Nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namai diriMu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, maka aku mohon dengan itu agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku, pelipur kesedihanku, dan penghilang bagi kesusahanku.
(HR. Ahmad 1/391)

Aamiinnn...

3 Rahsia Allah kepada Manusia

3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah:

1. Jodoh

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. Rezeki

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. Ajal maut.

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.

Santapan rohani hari ini👆👆
Nota ini diambil  dari FB Jakim
😊😊😊

Wednesday, 24 February 2016

Belajar Mengaji Walaupun Dah Lewat Sikit

" Adik ofis dekat kawasan ni ke?,"
tiba-tiba seorang kakak usianya kira2 hujung 40 an menegur aku seusai solat zohor tadi.

" Ha'ah kak... Kenapa yer?," jawaku sambil bingkas bangun setelah siap memakai kasut.

" Ermmm.... Akak nak mintak tolong sikit sebenarnya, tapi akak seganlah."

"Akak selalu nampak adik lalu2 kat sini. Sebab tu akak tegur adik ni. Tak tahu dah nak cakap pada siapa. Ofis akak sebelah tu. Staf semua bukan melayu. ,"

jelas akak tu pada aku sambil matanya memandang lantai.

" Ehhh... Tolong? Tolong apa kak? Kalau boleh saya tolong, saya cuba.," jelas aku ringkas.

" Semak bacaan Al fatihah dengan tahiyyat akak boleh?,"
jawabnya pendek.

" Allah.... Boleh sgt kak. Boleh... Kita diri sana sikit. Sini org lalu lalang.," jawabku sambil menunjukkan arah.

Akak itu mula membaca. Perlahan-lahan. Satu persatu.

Sayu suaranya. Suara ini rupanya yg waktu zohor, semua sibuk berkejaran ke kedai makan, tapi dia akan mengaji.

Dalam bacaan yg merangkak-rangkak. Namun usahanya boleh dipuji.

Aku perasan beberapa kesalahan pada bacaan tahiyyatnya. Tapi aku minta dia untuk teruskan.

Terus terang, aku sebak.

Sebabnya, suara akak ni semakin bergetar. Nadanya semakin hambar. Dia sedang menahan sedih yg sudah lama dipendam mungkin.

Dia juga sedang menahan pedih, segan pada aku.

" Ada beberapa kesalahan yg perlu akak betulkan. Akak bawa buku panduan solat, nanti sy tunjukkan. Kita boleh bincang di kedai makan atau lobi ofis saya.", jelasku sedikit senyum.

" Akak malu dik. Dah lama akak tunggu nak tanya sesiapa. Sampailah aritu ada org tegur akak mengaji, sebab salah katanya. Seganlah akak dik, dah berumur mengaji pun tak pandai.

Biarlah akak terus terang, suami akak tak pernah ajar akak semua ni. Dia sibuk kerja. Sampaikan anak akak 4 org langsung tak diajar agama.

Harapkan sekolah jer. Akak siang kerja. Petang balik ambil anak, malam masak siapkan anak2. Tengok kerja sekolah. Basuh baju.

Teringin nak belajar macam orang lain. Tapi masa takde dik.

Sabtu ahad kena hantar anak tuisyen. Yang kecik tu takde org jaga. Akak pun tak tahu mcm mana kalau mati dik.

Berdosa akak..berdosa..berdosa... Selalu dengar orang cakap macam tu.

Bacaan solat salah. Dosa. Akak takut dik. Mati tu bila2...," ujar akak tu panjang lebar.

" Allah....," itu sahaja aku mampu luah dalam hati.

" Akak, dosa, pahala,syurga, neraka... itu semua Allah punya kak.

Akak baca terjemahan surah mula2 sekali, surah Al fatihah, semua cerita tentang kasih sayang Tuhan.

Tuhan itu sangat penyayang. Macam mana akak sayangkan anak akak tu, sanggup bergadai nyawa, Tuhan itu lebih lagi sayang pada akak.

Allah bukan melihat alasan, tetapi Allah ingin melihat kesungguhan. Pasal suami akak tu kita tolak tepi dulu.

Sekurang-kurangnya dia tak pernah larang akak solat kan? :)

So lepas ni, ada masa kita bincang lagi. ,"
jelasku sedikit memujuk bagi mematikan tajuk.

---

Kes ini banyak aku lihat dan dengar. Dalam inbox FB aku juga berpuluh kes begini malahan ada yg dahsyat lagi.

Bila kau jadi suami, jangan sibuk nak nerakakan isteri, seakan kau pemegang kunci syurga dan neraka.

Isteri dan anak ni saham. Samada untung atau rugi. Kalau untung, insyaallah suami juga untung. Andai sebaliknya, suami juga sebaliknya.

Tak payah sembang dosa pahala. Kau laksanakan tugas kau sebagai suami, sudah lah.

Dah kau lambakkan kerja dalam rumahtangga pada isteri, lepas tu isteri tolong lagi cari nafkah buat suami, tiba2 bila isteri tersilap, terus kau nerakakan isteri sendiri.

Jangan jadi bachul!! Jangan jadi bapuk!!

Ego yg Tuhan cipta dalam diri tu supaya kau tadbir keluarga. Disitulah gunanya. Bukan bermakna kau ada kuasa mutlak.

Tatkala kau gelar isteri kau derhaka!! Disebabkan perbuatan kau yg zalim pada keluarga, tatkala itulah kau telah menderhaka pada Tuhan!!!

Isteri dan anak adalah cerminan suami. Isteri dan anak adalah ' result ' untyk suami.

Jika baik resultnya, maka baiklah kita. Jika sebaliknya, kau faham2 sudah.

Sentap? Biarkan kita sentap harini. Biarkan kita nangis hari ni.

Jangan esok mati, malaikat maut sentap ruh kita dari jasad tanpa rasa simpati.

Disaat itu, kau menangislah air mata darah. Semuanya sudah jadi sejarah.
Bukan setakat kasihankan anak isteri. Kasihankan diri kau sendiri.

TOLONG Like, Komen dan Share kisah ini supaya terus memberi inspirasi.
---

Serius untuk belajar mengaji dari Asas?
Malu sebab dah tua-tua pun masih belum pandai mengaii?

Picit sini >> http://celik.onpay.my/order/form/kch

Prof Syed Naquib Al Attas di Sulu

PROF SYED NAQUIB AL ATTAS DI SULU

Ketika saya berada di Jolo, Kepulauan Sulu yang terletak di Selatan Filiphina. Saya berkenalan dengan Mr. Sheradz Said, guru di Hadji Elementary School Laud, Jolo.  Kami dipertemukan ketika rakaman pendidikan di Sulu sempena Dokumentari Majalah Islam – Islam di Sulu terbitan TvAlHijrah dengan kerjasama NgO yang saya wakili iaitu Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM).

Pada mulanya kami hanya berbual biasa sehingga saya melihat suatu buku menarik di tangan beliau, Sign Of The Unseen – The Discourses of Jalaluddin A Rumi. saya bertanya kepada beliau, “kamu peminat sufi?”, dia menjawab, ‘ya, sangat minat’..

Maka, disitu perbualan kami terus rancak hingga membawa pertemuan beberapa kali. Dia suka mendengar ilmu ini yang menurut beliau sudah sebati dalam masyarakat suluk, ya kesufian. Menurut beliau, ulama-ulama’ yang datang membawa Islam kepada kami adalah Ulama Sufi. Antara Ulama yang datang berdakwah di Sulu ialah  Sayyid Abu Bakar yang datang dari Johor. Bersama Sayyid Abu Bakar (keturunan Sayyiduna Husein) ialah kitab Ad Duur al Manzum (Untaian Mutiara). Pada tahun 1450M, Sayyid Abu Bakar diangkat sebagai Sultan Sulu pertama oleh masyarakat tempatan setelah kewafatan Rajah Baginda (pemimpin adat sebelum) dengan gelar Paduka Maulana Sultan Shariful Hashim. [Keturunan pemerintah (al husaini) ini masih kekal disana.]

Kitab Ad Duur al Manzum ialah kitab yang membicarakan hal-hal ketuhanan, zat, sifat dan afaal menurut kupasan tauhid tasauf.  Ia dikarang oleh seorang Ulama’ besar iaitu Syaikh Abu Ishak As Syirazi.

Tambah beliau lagi, sejak akhir2 ini, ilmu ini teruk ditentang oleh suatu kumpulan yang membawa slogan kembali ke Quran dan Sunnah. Bukan itu sahaja, mereka turut menentang amalan warisan kami seperti tahlilan, sambutan maulid Nabi dan seumpama. Saya rasa para pembaca boleh meneka siapa yang Mr. Sheradz (M.A Social Science) maksudkan. Saya tidak mahu melabel kumpulan itu yang sudah maklum ‘style’ mereka di mana-mana termasuk Negara kita sendiri.

Sedih saya mendengarnya, sudahlah konflik berlaku antara orang Sulu sendiri, perpecahan beberapa kumpulan bersenjata ex MIlF, Abu Sayyaf, Sulus yang pro Filiphina, tekanan dari Kerajaan Filiphina sendiri, umat Islam di Jolo (98%) dipecahkan lagi dengan konflik perbalahan perkara khilafiah. Soalnya sekarang siapa yang tidak berlapang dada?

Modus operani yang sama berlaku di Selatan Thailand. Menurut Baba Wan Abdul Qadir al Fathani, Kami di Fathani dulu tak pernah gaduh2 walaupun terdapat tekanan dari Bangkok, sehinggala datang golongan baharu yang menyesatkan kami hanya kerna kami mengadakan maulid Nabi. Akhirnya umat Islam lupa perjuangan asal menuntut hak mereka. Walaupun golongan baru itu menafikan, namun buktinya jelas dan maklum. Walaupun mereka mengajak berlapang dada, hakikatnya mereka yang cetuskan dahulu.

Saya ingis tegaskan, golongan baru ini ditentang bukan sebab mereka tidak membaca qunut, usolli, tidak mengadakan perayaan maulid, menolak sufi dsb tetapi mereka  ditentang oleh ulama2 tua kerana mereka berkeras dan hanya mereka betul yang lain dari mereka adalah pelaku bidaah, ahlul hawa dsb. Pada kita, itu hal khilafiah, pada mereka sebenarnya tidak. Walaupun saya tidak bersetuju dengan puak baru ini, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat2 semua agar tidak terikut pendekatan mereka. Pendekatan keras jangan sampai hilang adab.

Baik, itu hanya sampingan dalam perbualan kami. Terus kami berbual lebih panjang tentang tauhid, tasauf, kesufian dan sejarah. Perbualan kami 100% dalam English kerana saya tidak pandai bercakap bahasa suluk dan beliau pula tidak boleh bercakap bahasa melayu. Benar, penguasaan banyak bahasa membantu dakwah lebih luas ( act saya budak lepasan pondok jer).

Sebelum bersurai, beliau meminta tolong kepada saya jika datang lagi ke Jolo, tolong bawakan Buku baru Prof Syed Naquib al Attas yang berjudul ‘On Justice and the Nature Of Man’ dan karya Prof yang lain. Terkejut saya mendengarnya, yelah di Sulu..line internet sangat slow dan akses mendapat info luar sangat terbatas tetapi beliau kenal, kagum dengan Prof Naquib yang anak bangsa melayu di tanah air saya pun tidak tahu hatta pelajar di UTM, Jalan Semarak pun ada yang tidak kenal Prof Naquib yang biasa bagi syarahan di CASIS, UTM. Sempat Saya bertanya, bagaimana kamu kenali Prof? Beliau hanya tersenyum dan masa pula mencemburui kami ketika itu untuk saya bertanya lanjut.

Saya telah berjanji akan bawa kepada beliau jika saya ke sana kembali. Bila? Saya masih ingat katanya, Malaysia beruntung kerana masih aman, dan miliki Prof Syed Naquib al Attas. Do we know him?   

====================================================

Ingin saksikan kelibat Mr Sheradz, saya dan rakan2 NgO HaRUM? Jom saksikan Dokumentari Islam di Sulu malam ini di saluran Tv Al Hijrah 10.30malam ini.

Bangunlah Waktu Malam dan Awal Pagi

Sekadar berkongsi...

🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺

Dialog TUHAN dan manusia
.
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
.
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
.
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
.
Hamba: "Ilahi, hari letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
.
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
.
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."
.
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
.
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
.
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dpd dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."
.
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun...
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."
.
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
.
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."
.
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
.
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."
.
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"
.
Tuhan: "Hambaku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. HambaKu, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.
.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGONG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini"
....

...Sila pos kepada sahabat2 lain semoga mampu mengejutkan hati yang sedang tidur, jiwa yang sakit. Semoga kita Istiqomah. In Shaa Allah...

🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺

Tanda Ukhwah Layu

....................

"Tanda sesebuah ukhuwwah itu sudah mulai layu apabila tiada lagi sapaan mesra antara sesama. Tiada lagi senda gurau malahan mungkin tiada lagi tembakan doa?

Walau tidak serapat dulu, Moga masih wujud cinta dan doa.

Moga Allah pertautkan kembali hati-hati kita yg mungkin makin jauh antara sesama.

Yang penting  , Moga Allah redha dengan setiap hal yg telah kita lakukan di dunia ini.

Jangan cari redha manusia,
Kerana kelak pasti kau menderita,
Carilah redha Dia,
In shaa Allah akan tetap bahagia,
Walau tidak disukai sesiapa ."

............

Puasa Hari Putih

Disunnahkan puasa tiga hari setiap bulan, yaitu setiap tanggal 13, 14, dan 15 bulan-bulan Hijriyyah. Namanya puasa Ayyamul Bidh atau hari-hari terang ketika Bulan Purnama, kerana pada malam ke-13, 14, dan 15 bersinar putih disebabkan bulan purnama yang muncul pada saat itu. Bulan ini (Jamadil awwal) insya Allah bertepatan dengan hari Isnin, Selasa, dan Rabu tanggal 22, 23, dan 24 Februari 2016.

Diantara Dalil-Dalilnya:

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada Sahabat ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu ‘Anhuma,

"Dan berpuasalah tiga hari pada setiap bulan. Kerana sesungguhnya kebaikan itu akan (dilipatkan) dengan sepuluh (kali) lipat. Oleh kerananya engkau seolah-olah berpuasa selama sebulan penuh.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda kepada Sahabat Abu Dzar Radhiyallahu ‘Anhu tentang pelaksanaannya:

“Wahai Abu Dzar, jika engkau berpuasa tiga hari dalam setiap bulannya maka berpuasalah pada (tanggal) 13, 14 dan 15 (maksudnya bulan hijriyyah).”

(HR. Tirmidzi dengan sanad hasan)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan,"... Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.”

(HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)

Ayuh bantu sebarkan info ini, semoga mendapat redha dan pahala dari Allah.☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...