PROF SYED NAQUIB AL ATTAS DI SULU
Ketika saya berada di Jolo, Kepulauan Sulu yang terletak di Selatan Filiphina. Saya berkenalan dengan Mr. Sheradz Said, guru di Hadji Elementary School Laud, Jolo. Kami dipertemukan ketika rakaman pendidikan di Sulu sempena Dokumentari Majalah Islam – Islam di Sulu terbitan TvAlHijrah dengan kerjasama NgO yang saya wakili iaitu Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM).
Pada mulanya kami hanya berbual biasa sehingga saya melihat suatu buku menarik di tangan beliau, Sign Of The Unseen – The Discourses of Jalaluddin A Rumi. saya bertanya kepada beliau, “kamu peminat sufi?”, dia menjawab, ‘ya, sangat minat’..
Maka, disitu perbualan kami terus rancak hingga membawa pertemuan beberapa kali. Dia suka mendengar ilmu ini yang menurut beliau sudah sebati dalam masyarakat suluk, ya kesufian. Menurut beliau, ulama-ulama’ yang datang membawa Islam kepada kami adalah Ulama Sufi. Antara Ulama yang datang berdakwah di Sulu ialah Sayyid Abu Bakar yang datang dari Johor. Bersama Sayyid Abu Bakar (keturunan Sayyiduna Husein) ialah kitab Ad Duur al Manzum (Untaian Mutiara). Pada tahun 1450M, Sayyid Abu Bakar diangkat sebagai Sultan Sulu pertama oleh masyarakat tempatan setelah kewafatan Rajah Baginda (pemimpin adat sebelum) dengan gelar Paduka Maulana Sultan Shariful Hashim. [Keturunan pemerintah (al husaini) ini masih kekal disana.]
Kitab Ad Duur al Manzum ialah kitab yang membicarakan hal-hal ketuhanan, zat, sifat dan afaal menurut kupasan tauhid tasauf. Ia dikarang oleh seorang Ulama’ besar iaitu Syaikh Abu Ishak As Syirazi.
Tambah beliau lagi, sejak akhir2 ini, ilmu ini teruk ditentang oleh suatu kumpulan yang membawa slogan kembali ke Quran dan Sunnah. Bukan itu sahaja, mereka turut menentang amalan warisan kami seperti tahlilan, sambutan maulid Nabi dan seumpama. Saya rasa para pembaca boleh meneka siapa yang Mr. Sheradz (M.A Social Science) maksudkan. Saya tidak mahu melabel kumpulan itu yang sudah maklum ‘style’ mereka di mana-mana termasuk Negara kita sendiri.
Sedih saya mendengarnya, sudahlah konflik berlaku antara orang Sulu sendiri, perpecahan beberapa kumpulan bersenjata ex MIlF, Abu Sayyaf, Sulus yang pro Filiphina, tekanan dari Kerajaan Filiphina sendiri, umat Islam di Jolo (98%) dipecahkan lagi dengan konflik perbalahan perkara khilafiah. Soalnya sekarang siapa yang tidak berlapang dada?
Modus operani yang sama berlaku di Selatan Thailand. Menurut Baba Wan Abdul Qadir al Fathani, Kami di Fathani dulu tak pernah gaduh2 walaupun terdapat tekanan dari Bangkok, sehinggala datang golongan baharu yang menyesatkan kami hanya kerna kami mengadakan maulid Nabi. Akhirnya umat Islam lupa perjuangan asal menuntut hak mereka. Walaupun golongan baru itu menafikan, namun buktinya jelas dan maklum. Walaupun mereka mengajak berlapang dada, hakikatnya mereka yang cetuskan dahulu.
Saya ingis tegaskan, golongan baru ini ditentang bukan sebab mereka tidak membaca qunut, usolli, tidak mengadakan perayaan maulid, menolak sufi dsb tetapi mereka ditentang oleh ulama2 tua kerana mereka berkeras dan hanya mereka betul yang lain dari mereka adalah pelaku bidaah, ahlul hawa dsb. Pada kita, itu hal khilafiah, pada mereka sebenarnya tidak. Walaupun saya tidak bersetuju dengan puak baru ini, saya berpesan kepada diri saya dan sahabat2 semua agar tidak terikut pendekatan mereka. Pendekatan keras jangan sampai hilang adab.
Baik, itu hanya sampingan dalam perbualan kami. Terus kami berbual lebih panjang tentang tauhid, tasauf, kesufian dan sejarah. Perbualan kami 100% dalam English kerana saya tidak pandai bercakap bahasa suluk dan beliau pula tidak boleh bercakap bahasa melayu. Benar, penguasaan banyak bahasa membantu dakwah lebih luas ( act saya budak lepasan pondok jer).
Sebelum bersurai, beliau meminta tolong kepada saya jika datang lagi ke Jolo, tolong bawakan Buku baru Prof Syed Naquib al Attas yang berjudul ‘On Justice and the Nature Of Man’ dan karya Prof yang lain. Terkejut saya mendengarnya, yelah di Sulu..line internet sangat slow dan akses mendapat info luar sangat terbatas tetapi beliau kenal, kagum dengan Prof Naquib yang anak bangsa melayu di tanah air saya pun tidak tahu hatta pelajar di UTM, Jalan Semarak pun ada yang tidak kenal Prof Naquib yang biasa bagi syarahan di CASIS, UTM. Sempat Saya bertanya, bagaimana kamu kenali Prof? Beliau hanya tersenyum dan masa pula mencemburui kami ketika itu untuk saya bertanya lanjut.
Saya telah berjanji akan bawa kepada beliau jika saya ke sana kembali. Bila? Saya masih ingat katanya, Malaysia beruntung kerana masih aman, dan miliki Prof Syed Naquib al Attas. Do we know him?
====================================================
Ingin saksikan kelibat Mr Sheradz, saya dan rakan2 NgO HaRUM? Jom saksikan Dokumentari Islam di Sulu malam ini di saluran Tv Al Hijrah 10.30malam ini.
No comments:
Post a Comment