Saturday, 6 February 2016

Awas! Sahabat Hitam

Musuh terbesar manusia sejak terciptanya manusia yakni Adam ialah Iblis laknatullah. Iblis dgn bala tenteranya yg dikenali dgn nama "sahabat hitam" sentiasa mengelilingi manusia dari mulai lahir sehinggalah manusia itu mati.

Iblis tersangatlah pintar dan cekap dlm semua hal. Ia (jin) bergerak tersangatlah pantas hanya dlm kerlipan mata ia sudah berada di depan Nabi Sulaiman ketika menunjukan kepantasannya utk memindahkan istana Puteri Balqis.

Iblis dan jin adalah dlm satu kelompok. Iblis adalah kumpulan jin yg mendapat laknat Allah sehinggalah kiamat; manakala jin yg lain pula spt manusia kerana ada yg Islam, kristian, yahudi, nasoro.dan athies.

Maka "sahabat hitam" ini bekerja siang mlm tanpa jemu menyesatkan manusia yg berseorangan yakni hidup tanpa pedoman; tanpa pembimbing yakni guru mursyid.  Sahabat hitam ini memburu manusia yg berkeseorangan utk disesatkan dan dijadikan sebagai pengikut mereka ke neraka. Mereka2 ini terlalu arif kerana mereka nampak di mana kelemahan manusia apatah pula manusia yg hidup dlm kebingungan yg mengharapkan satu dua rekaat solatnya dan beberapa kalimah zikirnya utk menjaga dirinya dari serbuan Iblis dan bala tenteranya yg lengkap dgn senjata kesesatan; sptmana serigala yg menyerbu seekor kambing yg terlepas jauh dari kawanan kambing2 yg lain utk dibahamnya.

Demikianlah juga manusia yg keseorangan tanpa guru mursyid akan dengan mudah dan senang dibaham oleh sahabat hitam ini; jarang yg terselamat dari terkaman mereka. Guru mursyid bukanlah spt ustaz2 seleberiti tv kerana mereka ini anugerah dan lantikan Allah dan mereka menjadi waris nabi mengajak dan membawa manusia kembali kpd Allah sptmana kerja2 para nabi dan rasul. Mereka bukan bekerja kerana wang. Mereka tak perlukan hotel five star utk tidur. Merek tak perlukan bayaran ribuan ringgit utk dua atau tiga jam bagi ceramah krn mereka bekerja utk Allah yg bayarannya tidak sepadan langsung dgn nilai ringgit atau Dollar. Penceramah mata duitan tidak layak menjadi waris nabi kerana gilakan duit dan dunia!

Kata pengarang kitab HIKAM iaitu Ibnu Athaillah, "apabila seseorg itu ke tmpt wudhu utk berwudhu akan dtglah Iblis dan tentera2nya menghurungi org yg hendak berwudhu itu sptmana lebah menghurungi sarangnya".

Maka ini menunjukkan apa jua ibadat yg dilakukan oleh manusia maka di situ akan berada ratusan munkin ribuan iblis menghurungnya supaya amal manusia itu binasa. Maka akan dihiaskan amal itu samaada dgn WAS-WAS atau sifat2 keji spt berasa RIA, SOMBONG, TAKABBUR, ANGKUH dan kecelaan supaya binasa amal manusia itu.

Yg pasti berapa kerat sahaja manusia MAMPU menyelamatkan diri mereka dari bisikan2 jahat "sahabat hitam" ini. Nabi Allah Sulaiman sendiri pernah diturunkan oleh angin yg membawanya terbang kerana berasa sombong apatah pula manusia spt kita org awam yg serba kekurangan ini..Dengan sedikit ujian dunia sahaja ramai yg sudah bongkak dan sombong.

Mahfum firman Allah ".......dan tuntutlah olehmu WASILAH (yakni jalan tg mendekatkan / membawa kamu kpd Allah)". Peristiwa wasilah ini spt mana berlakunya Jibril as membawa Nabi saw ke Sidratul Muntaha bertemu Allah pada mlm Lailatul Mikraj.

Demikian juga dgn manusia yg ingin kembali kpd Allah. Kita tidak pernah melalui jalan2 utk balik kpd Allah sdgkan di sana terdapat alam yg tersangat luas yg penuh dgn ranjau2 Iblis dan jin2 penyesat; berlegar siang mlm dgn senjata pemusnah menunggu2 manusia yg berjalan keseorangan tanpa wasilah.....menangkap mereka dan ditunjukkan jalan2 kesesatan yg mereka hias dgn tipudaya keindahan (khayalan dan fantasi); bersekongkol pula dgn DUNIA yg penuh dgn tipu muslihat keasyikan keseronokan dan bertaulan2 pula dgn NAFSU manusia yg sememangnya tersangat sukakan keseronokan. Maka tidak ada manusia yg akan terselamat dgn perjalanannya yg keseorangan. Nabi saw juga diburu oleh sahabat hitam ini pd mlm Mikraj itu tetapi terselamat kerana malaikat Jibril memberitahu dan mengajarnya doa menghancurkan cambuk api jin Ifrit itu.

Itu nabi besar kita Muhammad saw;  bagaimana pula dgn kita org awam ini kalau ingin pergi bertemu Allah bersendirian dgn ilmu dan amal yg entah boleh pakai atau tidak!

Maka sebab itulah Allah perintahkan "...dan tuntutlah olehmu wasilah......" iaitu (wajib) mencari guru mursyid untuk jadi penunjuk dan pembimbing dalam perjalanan menuju Allah kerana ramai yg TIDAK selamat ketika dalam perjalanan menuju ke hadhrat Allah swt kerana terlalu banyak Iblis dan Setan2 yg menunggu utk menyesatkan manusia2.

Cahaya Iman yg pada kita tidak cukup kuat utk menghancurkan Iblis yg rata2 sangat faham kelemahan manusia.  Hayatilah kisah MALAM ISRAK & MIKRAJ. Itulah kisah perjalanan manuska kembali kpd Allah.

Maka wasilah dgn guru mursyid akan menyelamatkan perjalanan kita sampai ke destinasi dgn sempurna. Semua org KENA balik ke sana samaada pulangnya ke sana selamat atau tidak, itu saja.

Tolehlah ke kiri atau ke kanan kamu dan kamu akan melihat beratus atau beribu sahabat2 hitam menunggu kamu utk mengajak kpd kesesatan dan ke neraka. Neraka itu dihiasnya indah dan syurga itu dijauhkan dgn memusnahkan amal soleh dgn amalan2 keji dari sifat2 tercela.

Ayuh kita cari guru mursyid yg 'akla lagi 'akzam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...