Sunday, 14 February 2016

Azab atau Nikmat Kubur

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JOHOR DT HARI INI
Tajuk: Azab Kubur

1) Setiap manusia akn melalui alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzah dan alam akhirat.

2) Firman Allah surah Al-mukminun/100 adalah bukti adanya alam barzah iaitu perantara antara alam dunia dan alam akhirat.

3) Alam barzah merupakn taman dari taman2 Syurga bg orng yg beramal soleh ttapi bg orng zalim barzah adalah lembah diantara lembah2 Neraka.

4) Nikmat atau azab kubur  pasti ditempuhi setiap manusia sesuai dgn amal semasa di dunia spt firman Allah surah As-sajadah/21.

5) Nabi SAW pernah maklum ttng mayat yg sedang diazab ketika melalui dua buah kubur kerana tidak bersuci dpd kencing dan seorang lagi suka mengumpat.

6) Persediaan menghadapi azab kubur;

6.1- sentiasa mengingati Mati...Sabda Nabi SAW bermaksud "orng yg paling banyak mengingati kematian adalah orng yg paling baik persiapannya setelah kematian. Mereka itulah orng2 yg bijak"

6.2- mohon perlindungan kpd Allah dari azab kubur, fitnah dajjal, fitnah kehidupan dan kematian, dari melakukan dosa dan perlindungan dari belenggu hutang.

6.3- segerakan bertaubat dari dosa yg dilakukan samada secara sengaja atau x sengaja, tersembunyi atau terang2an dgn beristigfar kpd Allah.

6.4- berpegang teguh dgn ajaran islam berlandaskn Ahlussunnah wal jamaah, berakhlak islamiyah dan berpandukan Mazhab yg muktabar.

6.5- perbanyakan amalan baik spt berzikir, berselawat, bersedekah, baca Al-qur'an, bantu orng susah dll.

7) Kesimpulan qutbah;
7.1- tiada sesiapa yg dapat menolong kita selepas kematian kecuali amal2 baik kita, doa anak2 soleh serta doa dpd sdara seislam.

7.2- di alam barzah perkara yg pasti ialah nikmat atau azab kubur.

7.3- tingkatkn amal soleh sbg bekalan menuju alam barzah.

8) Bertaqwalah kpd Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa jua yg kita kerjakan spt firmanNya surah Al-hasr/18.

Barakallahuliwalakum...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...