Saya baru selesai berusan di KWSP...
Membantu pewaris mendapatkan bantuan kematian sebanyak RM2500.
Kesnya pelabur amanah saham saya ni meninggal, dan pewaris tak tahu mereka boleh dapatkan bantuan sebanyak RM2500 daripada pihak KWSP.
Sebenarnya, dulu saya dah inform kepada pewaris, tapi mereka tidak yakin samada mereka layak atau tidak untuk mendapat bantuan ini...
Alasan, aruah dah lama tak mencarum duit dalam EPF...
Kerana dah lebih 10 tahun, aruah bekerja sendiri...
Bila saya berjumpa dengan pegawai, mereka kata...
Pencarum tetap layak, selagi masih ada lagi baki lagi dalam account....
Lagipun, aruah meninggal sebelum berumur 55 tahun,,,
Dan memang tertulis rezeki, ketika saya bawa pewaris untuk buat tuntutan, masuk bulan ke 5 dari tarikh kematian.
Jika dah lebih 6 bulan, pihak pewaris tidak lagi boleh membuat tuntutan lagi dah....
Jika kita ada account dengan KWSP, tak kisah berapa pun amount yang kita ada...
Dan meninggal dunia sebelum 55 tahun, pewaris akan dapat bantuan sebanyak RM2500..
Dan pastikan tuntutan dibuat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian.
Bawa sijil kematian, dan boleh dapatkan borang 9KM di website atau dicawangan berdekatan.
Cerita pegawai yang kami berurusan tadi,
Kes yang tak dituntut banyak sangat, pasal ramai ahli keluarga yang tak tahu,,,,
Dan lagi satu, yang layak untuk dapatkan bantuan ini, tapi tuntutan dibuat selepas 6 bulan, pun ramai..,,
Tapi memang dah tak boleh lagi dah, ingat kena buat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian...
Sambung beliau sambil meminta saya hebahkan kepada orang ramai...
Sila share ye, sekurang kurangnya dapat meringankan beban pewaris yang layak disaat saat mereka kehilangan tempat mereka bergantung.. Jika pencarum meninggal dunia sebelum umur 55 pun layak utk memohon..😊
No comments:
Post a Comment