Tuesday, 6 September 2016

Dah Janda 18 Tahun

Ni citer JANDA 18 tahun.

(Takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.. kesah teladan semata mata)
.
.
Ambo ringkaskan citer la.. penat la nak menaip panjang panjang ni. Abang abang yang dah putih uban tu pon dah tak sabo bebenor nak dengo citer ni. Iya dak.. Elehhh malu malu pulak...

Al kisah seorang duda 36 tahun (Al Bana Kangkong namanya) yang kematian isteri 3 tahun lepas termenung panjang di anjung rumah.

Satu hari Ahmad Darwisy lalu didepan rumah Bana.

Tegur Ahmad Darwisy "Naper ko ni.. Bana? Macam orang tak terurus dah aku tengok".

"Biasa la Pak Darwisy.. Hidup bujang ni takde sapa nak uruskan makan minum.." kata Bana.

"Kesian pulak aku tengok ko ni.. ko ada hajat nak kawen lagi ke Bana?" Tanya Ahmad Darwisy.

"Ada ke orang nakkan saya Pak Darwisy.. Kalau ada boleh jugak...." ujarnya dengan nada miang tak berapa jadi.

"Kalau kau setuju ada sorang janda 18 tahun sedara dengan bini aku.. sian aku tengok dia sunyi sorang diri.." kata Ahmad Darwisy.

Serta merta wajah Bana terus ceria gelojoh sambil menjawab.. "Boleh gak Pak Darwisy eerrr..😬😬."

"Kalau macam tu.. esok kita pegi tengok sambil merisik.. amacam?"

"Tak payah risik risik la Pak Darwisy.. kira jadik jer la.. Pak Darwisy uruskan jer.. berapa kos saya bayar." Nada gelojoh Bana.

"Sabor.. sabor.. Bana.. issskk!! ko ni.. tak menyesal ke tak tengok dulu..atau ko buat laa istikhorah dulu"

"Saya percayakan Pak Darwisy 200%".. Kira jadik je.. Yang penting dalam bulan ni juga nikah...ujar Bana.

"Err.. sapa nama dia Pak Darwisy?"

"Midah.." jawab Pak Darwiay ringkas.

"Fuhhh.. JANDA 18 tahun.. mana nak dapat weeii.." jerit Bana dengan gumbiranya.
.
.
.
.
Dua minggu kemudian..
.
.
Majlis akad nikah diuruskan oleh Ahmad Darwisy dengan sederhana sahaja maklum lah nikah janda dengan duda je.

Bana Kangkong melafazkan nikah dengan sekali lafaz dan senafas sahaja. Memang hebat.

Selesai sahaja akad nikah.. Bana pon masuk bilik untuk berjumpa dengan Midah "isteri" barunya untuk solat sunat nikah bersama sama.

Tiba tiba hadirin dimajlis itu terdengar Bana  menjerit bagai orang kesurupan jin rumah tinggal  sambil menerpa Ahmad Darwisy yang sedang minum kopi herba keluaran wakchai..

"Pakk Darwisyyyy... ko tipu aku".

"Nanti Bana.. sabo.. sabo.. naper marah aku pulak ni.."

"Pak Darwisy tipu saya.. Dulu Pak Darwisy kata Midah ni JANDA umur 18 tahun.. Kenapa Midah yang ni dah macam NENEK saya?"..

"Bana.. aku tak pernah cakap midah ni JANDA umur 18 tahun.. Yang aku cakap Midah ni JANDA 18 tahun, masa laki dia mati dulu umur dia dah 63 tahun.. dah 18 tahun dia menjanda.. kesian kat dia Bana oooo.."

"Huaarrrrrr... ."

Bana terus pengsan....

Hangpa yang baca ni gelak gelak juga cuba ambik bebarapa Pelajaran penting kisah diatas tu:

1. Fahamkan SOALAN sebelum menjawab..

2. Jangan jawap soalan ketika tengah "Excited".. nanti kita buat "silly mistake"..

3. Penyakit gedikss sentiasa ada dimana mana..

4. Solat istikhorah dulu sebelum buat apa apa keputusan..

5. Boleh la hangpa ngenakan orang lain pulak dengan idea ni... Kihkih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...