Thursday, 8 September 2016

Tangguh Solat dan Segalanya Tertangguh

Barangsiapa membiasakan dirinya dalam melewatkan atau menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya sama ada perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan taufiq daripada Allah.

Hasan al-Basri berkata: Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya.

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat tepat pada waktunya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...