Thursday, 8 September 2016

Mesej CEO Iksim

jaaffar sanusi:
Ustazah Salbiah:
Mesej Ringkas CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) kepada semua umat Islam Malaysia.

*Halangan Kepada Usaha Memperkasa Undang-Undang Islam di Malaysia*
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Rang Undang-Undang untuk *memperkasakan undang-undang Islam* di Malaysia (Akta 355) bakal dibentangkan  di Parlimen mulai esok.

Malang sekali, terdapat  tentangan dari pihak-pihak tertentu yang boleh menggagalkan usaha memperkasakan Undang-Undang Islam di Malaysia ini.

*Apa Yang Boleh Kita Buat?*
Saya dengan rendah hati ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama kami warga kerja IKSIM dan Alumni peserta-peserta TRAPI & KPD IKSIM, untuk mendirikan solat hajat pada malam ini untuk doa berikut dan menjalankan perkara berikut:

1) Memohon supaya Allah mempermudahkan serta membuka laluan mudah bagi pembentangan Rang Undang2 ini.

2) Memohon Allah membukakan hati mana2 pihak berkuasa termasuk Ahli2 Parlimen Islam yang menentang, untuk kembali menyokong undang-undang ini di Parlimen.

3) Mohon supaya tuan-tuan dan puan-puan memanjangkan mesej ini kepada ketua-ketua bahagian, ADUN2 dan Ahli-Ahli Parlimen di kawasan Tuan2/Puan2.

4) Memviralkan seluas mungkin mesej ini supaya kita semua bersama2 bangkit berdiri menunaikan solat hajat pada malam ini untuk membantu usaha ini.

Semoga doa kita dimakbulkan Allah.

DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA!

Dato' Prof Mahamad Naser Bin Disa
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...