Thursday, 8 September 2016

Siapakah Anda?

Sekadar renungan

*SIAPAKAH ANDA?*

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?*
Orang yang sibuk adalah orang yang lalai dpd mengingati Allah dan tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

*SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA DAN MENDAPAT REDHA ALLAH?*
Orang yang mempunyai senyuman yang manis dan mendapat keredhaan Allah adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata:   "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Allah Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?*
Orang yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur kpd Allah dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini, serta menginfaq sebahagian hartanya utk mendapatkan keredhaan Allah.

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?*
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg Allah  anugerahkan dan sentiasa mengumpul2 harta utk maksud keduniaan.

*SIAPAKAH ORANG PALING RUGI?*
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan  namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan yg diperintahkan Allah dan RasuNya.

*SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?*
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang terbaik dan hati yg ikhlas semata2 kerana Allah dalam segala ibadah dan amalannya

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?*
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan yg diredhai Allah di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?*
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan dan mendapat kemurkaan Allah, lalu kuburnya menghimpitnya...

*SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?*
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga  kelak kerana bijak menggunakan akal sewaktu di dunia dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan RasulNya, serta memohon perlindungan Allah dari siksa neraka

*SIAPAKAH ORANG YANG KEDEKUT?*
Orang yg kedekut ialah orang yg jarang2 bersedekah walaupun sedikit jumlahnya dan ianya tidak dijadikan amalan hariannya.
Juga membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Wallahhu'alam.

#islam_iman_ihsan#

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...