Monday, 30 November 2015

Finnish Education Good?

An expose by someone about Finnish education:-

" Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A.

Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:

1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.

2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu. Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tp tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?

3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa. Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place?  Siapa yang buat sistem kasta ni?  Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.

4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress. 
Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia? 

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting."

C&P dari email sahabat, moga ada manfaatnya, iA... 👍

Mahsyar

Baca ni serious rasa nak nangis. Attention ! Pls Read This ! Tlg bce smpi habes wlupn pnjg..

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.

Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.

Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.

Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.

Tiada satu pun yg tertinggal.
Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.

Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.    
Hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.       

Terdapat dua jenis manusia,
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg baik, dia akan sampaikan ilmu ini kepada orang lain..

Sunday, 29 November 2015

20 Tahun dan Sebuku Roti

Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.
Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.
“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu.
Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.
“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”
Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”
Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”
Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.
Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”
Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”
Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”
Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.
Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.
Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.
Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.
Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku.
Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”
Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.
"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊

Aku berdoa.. Ya اَللّهُ : 

Muliakanlah yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah hatinya;
Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;
Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah,  keji, berkata kasar, dan mungkar;
Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.

آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
📝Kirim ke semua orang dalam contact. Doakan mereka, dan mudah²an doa kita dikabulkan.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
👍📝 kirimkan semula  doa ini agar kita sentiasa saling mendoakan.
👍👍

Tuesday, 24 November 2015

Promosi Air Asia 23 - 29 November 2015

Air Asia Promotion
Booking Period: 23 November 2015 - 29 November 2015
Travel Period: 1 May 2016 - 5 February 2017

Travel Notes
- Advanced booking required.
- Fares are not available during embargo period.

Fly from Kuala Lumpur International Airport 2 (klia2), Kuala Lumpur to:

Domestic - All-in-fare from
Kuala Terengganu - RM 10.00
Penang - RM 10.00
Johor Bahru - 10.00
Alor Setar - RM 10.00
Kota Bharu - RM 10.00
Langkawi - RM 39.00
Sibu - RM 69.00
Kuching - RM 89.00
Labuan - RM 99.00
Bintulu - RM 99.00
Miri - RM 99.00
Kota Kinabalu - RM 99.00
Sandakan - RM 109.00
Tawau - RM 109.00

**International**

Bangladesh
Dhaka - RM 339.00

Brunei
Brunei - RM 79.00

China
Changsha - RM 179.00
Guangzhou - RM 179.00
Guilin - RM 159.00
Kunming - RM 179.00
Nanning - RM 179.00
Shenzhen - RM 179.00

Hong Kong
Hong Kong - RM 149.00

Indonesia
Bali - RM 149.00
Balikpapan - RM 129.00
Banda Aceh - RM 37.00
Bandung - RM 79.00
Jakarta - RM 37.00
Lombok - RM 99.00
Makassar - RM 149.00
Padang - RM 59.00
Palembang - RM 37.00
Pekanbaru - RM 37.00
Pontianak - RM 79.00
Semarang - RM 129.00
Solo - RM 99.00
Surabaya - RM 37.00
Yogyakarta - RM79.00
Medan  Kualanamu - RM 37.00

India

Bengaluru - RM 219.00
Chennai - RM 199.00
Goa - RM 199.00
Hyderabad - RM 199.00
Kochi – RM 169.00
Kolkata - RM 219.00
Tiruchirappalli - RM169.00
Visakhapatnam - RM 169.00
Cambodia
Phnom Penh - RM 37.00
Siem Reap - RM 59.00

Laos
Vientiane - RM 129.00

Myanmar
Yangon - RM 99.00

Macau - RM 129.00

Maldives - RM 299.00

Philippines
Cebu - RM 159.00
Clark - RM 139.00
Kalibo - RM 189.00
Manila - RM 219.00

Singapore - RM 37.00

Thailand
Bangkok - Don Mueang - RM 41.00
Chiang Mai - RM 129.00
Hat Yai - RM 41.00
Krabi - RM79.00
Pattaya - RM 37.00
Phuket - RM 79.00
Surat Thani - RM 37.00


Taiwan
Kaohsiung - RM 199.00

Vietnam
Da Nang - RM 129.00
Hanoi - RM 139.00
Ho Chi Minh City - RM37.00

Operated By AirAsia X

Australia
Gold Coast - RM 299.00
Melbourne - RM 299.00
Perth - RM 199.00
Sydney - RM 299.00

China
Beijing - RM 249.00
Chengdu - 229.00
Hangzhou - 199.00
Shanghai - RM 229.00
Xi'an - RM 199.00
Chongqing -  RM 179.00


Japan
Osaka Kansai - RM 299.00
Sapporo - Shin-Chitose - 329.00
Tokyo  Haneda - RM 299.00

South Korea
Busan - RM 199.00
Seoul - RM269.00

Sri Lanka
Colombo - RM 219.00

Nepal
Kathmandu - RM 229.00

Taiwan
Taipei - RM 229.00
                                             
                                                  -Nakshatra Holidays Travels and Tours

For More Details:
71-B, JALAN WELMAN, 48000 RAWANG, SELANGOR D.E.
TEL: 03-60935525 / FAX 03-60936525
EMAIL:info@nakshatra-holidays.com
WEB: www.nakshatra-holidays.com
https://www.facebook.com/pages/Nakshatra-Holidays WhatsApp no: +60122575525.

Cara Merawat Menggunakan Tapak Tangan

Sunday, 22 November 2015

Jack Ma On Change and Action

Jack Ma says:

"Please tell your children that the world is changing every day and no one is going to wait for you in the past."

When lighter was invented, matches slowly disappeared.

When calculator was created, abacus was to fade away.

When digital camera was designed, the market of negative film no longer existed.

When direct market selling/internet-based selling arises, traditional marketing declines.

When smartphone with 4G (wireless internet access) was introduced to the world, you no longer need to turn on your computer at home.

When WeChat and WhatsApp (mobile text/voice/video messaging) are developed, traditional text messaging is no longer as popular as before.

Let's not to blame "Who took over Whose business." 

It's only because people are more adjustable and adaptable to new ideas and changes in the world.

Someone asks Jack Ma,

"What is your secret for success?" 

He says, "Really simple...I am doing (action) while you're only watching."

Please remember that the world keeps changing every day. If you don't change, you'll be left behind.

You reap what you sow with your time.

If you spend time to drink, you may become an alcoholic. 

If you spend time to complain, you may become a blamer. 

If you spend time to beautify yourself, you may become a pretty girl/handsome guy.

If you spend time to stay healthy, you may enjoy a healthy good life. 

If you spend time to be picky, you may become a 'mean' person.

If you spend time to learn, you may gain wisdom.

If you spend time with your family, you may foster a warm and loving relationship with your loved ones.

Pass this message on to those you care!

Saturday, 21 November 2015

Cara Khusyuk Dalam Solat

WAKTU TAK SOLAT, TAKDE INGAT APA-APA.. TIME SOLAT JE , MACAM-MACAM BENDA MASUK KAT KEPALA ::

ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala.. Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa.. Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??

Meh sini nak habaq sat... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni? Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!

Cara nak lawan si Khanzab ni ..

[1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)

[2] Baca Ayatul Kursi 1x

[3] Baca Surah an-Nas 1x

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku', i'tidal, sujud dan lain2.. Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?

In shaa Allah ..
p/s: share lah biar semua tahu.

Dialog Prestasi Kehidupan

DIALOG PRESTASI KEHIDUPAN

Tempat : AKAL & HATI
Objektif : TAQWA

Waktu sedang "DI PUNCAK" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "BERKUASA" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "TAK BERDAYA" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

Waktu sedang "JATUHNYA" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "SAKITNYA" kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita "MISKIN" baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit & saling membantu saudara kita..

Masuk "USIA TUA" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah  yang belum dikerjakan / banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid...

Saat di "AMBANG AJAL" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat

HIDUP LEBIH BERHARGA:

👍🏻Saling menghargai,
👍🏻Saling membantu,
👍🏻Saling memberi,
👍🏻Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat...

Jangan saling memotong & menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yg tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yg ditabur itulah yang akan dituai.

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat & berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Saudaraku,
Indahnya hidup bukan kerena banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang bahagia mengenal kita.

Semoga bermanfaat utk diriku dan saudaraku yg lain.

Perkara yang lepas terlalu jauh untuk digapai...

Kerana....................

Hari ini, esok dan hari-hari seterusnya belum pasti untuk kita yang sentiasa lupa...

Yang pasti Izrael yang tak pernah lupa akan menemui kita bila tiba masanya.

Semoga Allah swt kurniakan kita semua kefahaman dan Hidayah...

Aamiin...

Sebuah Cebok Bekal Mati

Pakat baca sat...

Insyaallah, kita mampu lakukan..

SEBUAH CEBOK AIR BEKAL UNTUK MATI

Semasa saya singgah di satu masjid untuk bersolat zohor,sebuah kereta Proton Saga  tua juga masuk ke kawasan masjid,saya agak mungkin juga singgah nak bersolat zohor.Jam sudah menunjukkan pukul dua lebih.Pemandunya seorang tua berserban turun dan ditangannya saya lihat memegang sebuah pencebok air atau gayung.Mungkin dia nak tumpang mandi di masjid,tekaan hati saya.Ketika saya berwuduk di kolah masjid,dia pun berwuduk sama dan mencedok air dengan cobok air yg dibawanya untuk menbasuh kaki.Saya menggunakan cebok yang telah tersedia.Cebok yg dibawanya diletak ditebing kolah dan dia naik ke masjid,lalu kami solat bersama.

Ketika menuruni tangga masjid,saya lihat dia terus ke keretanya.Saya segera memperingatnya ceboknya yg tertinggal.Dia beralih senyum kepada saya dan berkata,"Saya sengaja bawa cebok yang baru dibeli dan ditinggalkan di masjid yg ada kolah,sebagai satu wakaf yang kecil yang saya mampu,moga ia memanfaatkan."Subhanallah!Saya pula yang terasa malu,tidak terfikir untuk berbuat baik hingga sedemikian.Dia menyambung,"Dimana masjid saya singgah,yang ada kolah saya tinggalkan sebuah cebok,bekal untuk mati,tak mampu nak sedekah yang lain."

Nak ajak pembaca semua mengambil iktibar dari apa yang dibuat oleh orang tua ini.Sebuah cebok yang ditinggal di kolah masjid akan dimanfaatkan oleh ramai orang yang berwuduk,bayangkan ganjarannya.Berapa ringgit sangat sebuah cebok air.Bukan nanti ada duit beribu baru boleh berbuat baik,yang pentingnya ialah keinginan untuk berbuat kebajikan,maka Allah dorongkan.Bagi orang tua ini sebuah cebok air untuk masjid takkan sama dg ribuan ringgit yg disumbang oleh mereka yang berada pada mata manusia,tetapi pada sisi Allah ianya mungkin lebih besar dari itu.Rebutlah kesempatan berbuat kebajikan walau kecil pada mata nanusia.

Masjid dan surau memerlukan berbagai peralatan kecil yg diguna selalu dan mudah rosak.Saya nak ajak anda semua,jom kita tiru orang tua ini dg meninggalkan sebuah cebok air dikolah masjid yg kita singgah sebagai wakaf.Mungkin kita rasa kita mampu beri 10 cebok, jangan cakap saja,tapi tak buat.Maka biarlah bermula dg sebuah cebok,di mana saja masjid yang disinggahi,atau sebiji span yg dipasang dikepala paip untuk mengelak percikan air,atau sepasang selipar untuk ditinggal di tandas masjid,atau se potong getah paip untuk tandas masjid yang tiada getah paip untuk kemudahan bersuci, atau sebatang penyapu,sebuah penyodok sampah,atau sebotol minyak wangi ditinggalkan ditempat minyak wangi,atau...... apa lagi yang boleh difikirkan.Jangan tunggu hingga diminta,dirayu,kerana pemberian ketika itu mungkin berkongsi sebab, bukan semata kerana Allah,mungkin kerana terpaksa.

Orang lain begitu kreatif mencari jalan berbuat kebajikan meski pun hidup dalam serba kurang,membeli saham kesyurga sedikit demi sedikit,apakah kita merasa berpada dengan ibadat kita,atau merasa dah cukup layak ke syurga,atau malas nak fikir.Jom kita mulakan,beberapa alatan kecil dibawa bersama dlm kereta untuk ditinggal sebagai wakaf kpd masjid,suaru atau musolla,walapun mungkin hanya beberapa pin mata lalat atau paku payung untuk melekat dokumen dipapan kenyataan...

#betul2 menyentuh hati #

Friday, 20 November 2015

Jering Ubat Kanser

Tak lama lagi jering naik harga,Skrg RM30/kg
Ubat Kanser yang 10.000X Lebih Kuat dari KemoTerapi

ANDA SUKA MAKAN JERING?

(saya share supaya lebih banyak yang suka jering hehe )

• Ternyata JERING merupakan buah ajaib untuk membunuh sel KANSER & 10.000X lebih kuat dari KemoTerapi.
• Spt diketahui, pohon jering dikenal varietas jering.
• Kita bisa menfaatkan buah Jering dgn cara memakannya langsung sebagai ulam, di buat jus, minuman sorbets, kueh, emping jering dll.
• Hal ini menghasilkan banyak kebaikan, tapi yang paling menarik adalah efek yang dihasilkan pada kanser dan tumor.
• Buah ini adalah obat yang terbukti melawan SEMUA JENIS KANSER.
• Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap infeksi bakteria dan kuman terbukti dari baunya yg adikuat. Efektif terhadap parasit internal dan cacing, dpt mengatur tekanan darah yang terlalu tinggi & berguna sebagai anti stress, memerangi stres dan gugup.
• Sumber informasi menarik ini berasal dari salah satu produksi obat terbesar dî dunia yg mengatakan bahwa setelah lebih dari 20 ujian laboratorium yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahwa :
Jering bisa MENGHANCURKAN SEL² GANAS dî 12 jenis kanser, termasuk usus, payudara, prostat, paru² dan pankreas.
• Kekuatan buah ini menunjukkan 10.000 kali lebih baik dari produk adriamycin, obat kemoterapi, biasanya digunakan dî dunia, memperlambat pertumbuhan sel kanser.
• Dan bahkan yg lebih memeranjatkan : jenis terapi dengan ekstrak Jering hanya menghancurkan sel² kanser ganas & tdk mempengaruhi sel² sehat.

Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street.

Sebarkan berita baik ini, demi kesehatan kita semua.
Bersyukurlah bagi yg memang suka makan Jering 😀👍

Thursday, 19 November 2015

Alquran 1441 years

✅ Today, d qur'an completes 1441 yrs in its Existence. We are going to give our prophet Nabi Muhammad pصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
A gift of 15 billion salawats. Please recite 5 salawats or more...
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

👍Forward to at least 10 people !

Some people don't like to broadcasts but this one u definetly can't ignore...

Berapa Jam Tidur Yang Cukup?

TIDUR

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

kredit : Cypreme-HQ

Monday, 16 November 2015

Siri Jelajah Fazakkir Usahawan Akhirat

Bantu Roti Paratha Tisha

Maaf, tumpang lalu:       [ PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERUSAHA ]

Assalamualaikum. ..
Saya mohon jasa baik daripada semua untuk membantu seorang lagi usahawan yang sedang dirundung masalah cukup besar..
Beliau ditipu melibatkan modal ratusan ribu ringgit.

Disebabkan kerugian yg tak tertanggung dek kerana ditipu sebuah koperasi melayu....perniagaan beliau hampir lumpuh dan operasi dikilang terpaksa diberhentikan sementara.

Longgokkan stock roti Paratha tisha's ada 850 carton lagi..
Disebabkan produk sejuk beku, beliau terpaksa menyewa cool room yang besar..dengan kos yang amat tinggi.
Beliau akan melelong roti Paratha tisha's pada harga modal sahaja..
Harap sesiapa yang berminat
Boleh hubungi saya..

Roti Paratha Tisha's
cuma

RM 3.50 SAHAJA 1 pek

RM10.00 SAHAJA 3 pek

RM72.00 SAHAJA 1 carton

Untuk tempahan boleh
pm/whatasapp
Pn Qaseh
+60126373389

Atau

Tuan/Puan juga boleh walk in ke alamat berikut
Tisha's IKS Food Village,
Lot 20 Medan Selera Anjung Melawati,taman melawati,Bersebelahan bangunan Telekom TM

Call/Whatsapp
Hajjah Atika 0133877311
Haji Shamsul 0193555818

#KUBB
#RoadToSyurga

# ini juga adalah rakan seperjuangan sy yg turut ditipu oleh koperasi...

# jika ada yg sudi beli samada utk makan sendiri, sedekah, buah tangan utk keluarga/ kawan2, kenduri dll....

# pun sama juga dgn post sy sebelum ni, kilang dh tak beroperasi, stok bertimbun

# bantulah bangsa kita yg dh tentu2 pengusaha makanan yg Halal supaya tidak berkubur... Mudah-mudahan bantuan anda sekalian dpt selamatkan perniagaannya...jihad ekonomi Islam...
cf
# paratha dia mmg meletopp :)... Rugi kalau dibuang bila dh ct expired.... Membazir itu kan amalan syaitan...

# mohon viralkan supaya usahawan dapat terus berjuang #cnp dari grup lain

Sunday, 15 November 2015

Tengok Gambar Masa Sekolah

sapa2 nak tgok gambar masa dia skolah dulu buleh tgok di sini. semua skolah seluruh dunia ada dlm ni. cuma masukkan detail sekolah, nama kita dan tahun kita skolah situ. cer try tgok......heran jgk camna dia org ni bleh dpt gambar2 lama kita semasa d zaman persekolahan dulu.....

Pengumuman Pembukaan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak

Saturday, 14 November 2015

Lelaki Tua Berkain Pelikat

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN
PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم                                                                                 MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…

Ust. Sihabuddin Muhaemin.

Bila Ada Cahaya

Friday, 13 November 2015

Semak Tarikh Luput Tong Gas Untuk Elak Meletup & Bocor

Program Masjid Negara Nov & Dis 2015

SEBARKAN!
Masjid Negara ingin menjemput anda ke program-program yang dianjurkan oleh Masjid Negara seperti berikut:

1) Kuliah Maghrib dan Dhuha | Tempat: Dewan Syarahan Utama Masjid Negara

-BICARA MUFTI  | SS. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri |  Tarikh: 13 Nov 2015 (Jumaat)  |  9.00 pagi-10.00 pagi

-KULIAH MAGHRIB (TAFSIR)  |  Us. Dr. Azahar bin Yaakob | Tarikh: 13 Nov 2015 (Jumaat)  |  Selepas Solat Maghrib

-KULIAH DHUHA (Kitab Mastika Hadith)  |  Us. Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman | Tarikh: 14 Nov 2015 (Sabtu)  |  8.30pagi-10.30pagi

-KULIAH DHUHA (40 Teknik Rasulullah Mengajar)  |  Us. Dr. Shuhadak Mahmud | Tarikh: 14 Nov 2015 (Sabtu)  |  11.00pagi-1.00ptg

2) Daurah Kitab ‘Ittihaful Ikhwatil Muttaqin’ (Harta Berharga Buat Orang-Orang Bertaqwa)- membincangkan kesempurnaan dan keperibadian Rasulullah S.AW.

Tarikh: 17-18 Nov 2015 (Selasa-Rabu)  |  8.30 pagi-4.30 petang  | Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara  |  Yuran: PERCUMA

3) Bedah Buku Pengubatan Islam/Ruqyah Syariyyah bersama DARUSSHIFA’. Kitab ‘Menjawab Persoalan Makluk Halus dan Kaitannya dengan Penyakit dan Perubatan)

Tarikh: 19 Nov 2015 (Khamis)  |  8.30 pagi-4.30 petang  | Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara  |  Yuran: PERCUMA  |  Daftar WALK-IN atau secara ONLINE di http://goo.gl/forms/7W77dXgEWj

4) Tawaran Pengambilan Pelajar Baru Kelas Pengajian Masjid Negara
(Al-Quran Asas, Bahasa Arab, Pengajian Wanita dan Kelas Tahfiz Kanak-Kanak/Remaja)
Bermula: 16 Nov – 18 Dis 2015  |  Isnin hingga Jumaat | 9.00 pagi-5.00 petang  | Pejabat Masjid Negara

5) Program BERKHATAN Beramai-Ramai (Kaedah SmartKlamp)
Tarikh: 21 Nov 2015 (Sabtu)  |  8.30 pagi-4.30 petang  | Yuran: RM150

6) Kem TAHFIZ AL-QURAN Cuti Sekolah
Tarikh: 14-17 Dis 2015 (Isnin-Khamis)  |  Yuran: RM150

7) Kempen DERMA DARAH & PAMERAN KESIHATAN
Tarikh: 18 Disember 2015 (Jumaat)  |  Anjung Makam Pahlawan Masjid Negara

---
Layari laman www.facebook.com/masjidnegarakualalumpur untuk dapatkan maklumat program terkini Masjid Negara.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia Masjid Negara melalui telefon di talian 03-26937784 atau emel di alamat webmaster@masjidnegara.gov.my atau boleh datang terus ke pejabat pentadbiran Masjid Negara.

Sekian, terima kasih.

7 Sunnah Nabi Perlu Buat Setiap Hari

Very nicely written 😊
By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

---------------
From another Group, to share🐯

Laluan Alternatif Karak - Kuala Lumpur



Laluan alternatif untuk mengelakkan tanah runtuh lebuhraya karak - Kuala Lumpur.

Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur dari Plaza Tol Karak
Keluar Plaza tol Karak dan guna laluan Karak > Pelangai > Bahau > Seremban > Kuala Lumpur

Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur dari Bentong
Bentong > Karak > Pelangai > Bahau > Seremban > Kuala Lumpur

Pengguna Yang Sudah Hampir ke Plaza Tol Bentong
Buat pusingan U di Plaza Tol Bentong dan masuk ke Karak > Pelangai > Bahau > Seremban > Kuala Lumpur

Pengguna Dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur
Pengguna yang sampai ke Lentang boleh membuat pusingan U di Hentian Rihat Lentang. > Kuala Lumpur > Seremban > Bahau > Pelangai > Karak > LPT1

Mati Tiba Tak Kira Masa

Wanita 
20an : mengancam
30an : macam-macam
40an : terancam
50an : semacam
60an : susah dah nak cam
70an : Bau eh pun dah masam.

Lelaki
20an : bergayer
30an : bercahayer
40an : macam buayerr
50an : tak boleh percayerr
60an : dah tak bermayerr
70an : dah susah nak jumperr

Sahabat2ku:

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        karena syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       karena syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

3 Pusaka

Betulkah YaPEIM xMenjalankan Tanggung Jawab?

ISU HANGAT
KENYATAAN MEDIA:
PEGANG 26 JAWATAN BERGAJI, JUMLAH PENDAPATAN PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI (PEMIMPIN WANITA UMNO) LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YaPEIM BERSAMA KELUARGANYA CECAH RM 154,700 SEBULAN

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan satu yayasan yang dipertanggungjawabkan mengurus sumbangan derma orang ramai, pinjaman Kerajaan Persekutuan serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam dan kemudiannya sumbangan ini sepatutnya diagihkan kepada kumpulan sasaran dan mereka yang memerlukan.

Mengikut struktur kumpulan organisasi YaPEIM (rujuk lampiran), terdapat 6 institusi milik penuh YaPEIM beserta 2 anak syarikat  dan 6 institusi di bawah kawalan YaPEIM beserta 3 anak syarikat iaitu seperti berikut:

Institusi Milik Penuh YaPEIM

1.      Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM

2.      Permodalan YaPEIM

a.       Darul Sasaran

b.      PJ Perdana Management & Service

3.      Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM

4.      Akademi Pengurusan YaPEIM

5.      Perbadanan INFAQ YaPEIM

6.      YaPEIM Smart Venture

Institusi di Bawah Kawalan YaPEIM

1.      Koperasi YaPEIM Berhad

a.       Ar Rahnu YaPEIM

b.      YaPEIM Hospitality International

2.      Koperasi Ibadah KorbanYaPEIM Berhad

a.       YaPEIM SMART

3.      Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad

4.      Koperasi Santun Berhad

5.      Koperasi Kebajikan Pasca Perkhidmatan YaPEIM Berhad

6.      Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)

Kewujudan begitu banyak institusi dan anak syarikat di bawah YaPEIM menimbulkan tanda tanya mengenai keperluan tersebut sedangkan matlamat kewujudan YaPEIM adalah berteraskan amal jariah.   

Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), beberapa individu terutamanya Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil  iaitu Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bersama keluarganya (rujuk lampiran) merupakan mereka yang menerima manfaat terbesar dengan kewujudan institusi dan jawatan-jawatan tersebut. 

Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-

1.      Presiden Lembaga Pemegang Amanah                                                                        RM 15,000.00

2.      Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                                                          RM 15,000.00

3.      Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM                                                         RM 5,000.00

4.      Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam                                 RM 5,000.00

5.      Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit                             RM 5,000.00

6.      Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai                                      RM 5,000.00

7.      Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM                         RM 5,000.00

8.      Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM                          RM 4,500.00

9.      Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM                                   RM 4,500.00

10.  Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin                                 RM 4,500.00

11.  Pengerusi, PJ Perdana Management & Services                                              RM 4,500.00

12.  Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd                      *tiada maklumat

Jumlah pendapatan bulanan Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 73,000.00 sebulan.

Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

1.      Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah                                            RM 15,000.00

2.      Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                                          RM 15,000.00

3.      Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM                                                         RM 5,000.00

4.      Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM                                           RM 1,000.00

5.      Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd                                              RM 4,500.00

6.      Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN                                         RM 2,500.00

7.      Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture                                           RM 2,500.00

Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 45,500.00 sebulan.

Selain daripada itu, anak kepada pemimpin Wanita UMNO Kelantan tersebut iaitu Wan Johan Bin Wan Ismail turut terlibat secara langsung dalam YaPEIM dan berikut adalah senarai jawatan yang disandangnya beserta gaji dan elaun bulanan:-

1.      Pengarah Kanan, Perancangan, Kesetiausahaan dan Corporate Intelligence  RM 18,800.00

a.       Elaun rumah                                                                                        RM 1,200.00

b.      Elaun Keraian                                                                                     RM 1,200.00

2.      Ketua Pegawai Eksekutif, YaPEIM Smart Venture                                        RM 2,500.00

3.      Pengarah Eksekutif, Darul Sasaran Sdn Bhd                                                   RM 1,000.00

4.      Lembaga Pengarah, Darul Sasaran Sdn Bhd                                                    RM 2,500.00

5.      Ketua Pegawai Operasi, Permodalan YaPEIM                                                           RM 1,500.00

6.      Lembaga Pengarah, PJ Perdana Management & Services                                RM 2,500.00

Manakala suami kepada Datuk Hajjah Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan RM 5,000 sebulan bagi ‘melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan YaPEIM bersama YBagia Datuk Zaleha’.

Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin bersama keluarga beliau melalui YaPEIM adalah RM 81,700.00 sebulan.

Sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.

Namun sebaliknya, mereka ini menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar apabila mereka bersama keluarga memegang 26 jawatan dalam YaPEIM dengan pendapatan mencecah RM 154,700.00 sebulan dan jumlah tersebut tidak termasuk manfaat-manfaat yang lain.

Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan agensi YaPEIM diletakkan dibawah pemantauan khas Perdana Menteri Malaysia?

Adakah Dato’ Seri Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Agama Islam sedar berkenaan perkara ini?

Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada YaPEIM apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan tetapi gagal menjalankan tanggungjawab mereka? 

11 NOVEMBER 2015

AKMAL NASIR

Pengarah

National Oversight and Whistleblowers (NOW)

New Android Application

I recommend you this application - I am sending you this application that you may be interested.
saya tengah buat android app utk perniagaan saya, mohon sesiapa guna android hp, download dan review design approach,iklan etc..
5 org pertama beri komen, saya bg suprise
Kontek no ni: 019-463 8805

Lengkapkan Kekurangan Mu Dengan Bersyukur

Thursday, 12 November 2015

Kebaikan Bunyi Purr Kucing

Cara Mencari Mukasurat Dalam Alquran

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah. kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Bagi yg belum menerima nya, dipanjangkan info ini..semoga dipanjangkan pahala (insyaAllah)  bagi yg menulisnya.......hanya berkongsi ilmu.

Jangan Angkat Nombor Ni

+265882615012 & +265882615017. tlg jgn angkat no ni...sb dia charge kreadit usd150..teknik trbaru penyamun...tolong hebahkn
copy dr group lain.

Pelancaran Sumbangan Kit Banjir

Mesej daripada
Raja Shamri

Salam semua ... saya ingin melancarkan KIT BANJIR untuk kita sama-sama sumbangkan. Kita ad masa 2 MINGGU JE LAGI !
Semua NGO / organisasi / syarikat / individu yang berminat untuk menyumbang bolehlah sediakan kit seperti di bawah dan hantar kepada kami di bilik operasi. Packing siap2 macam tuan2 packing pack hari raya utk askar kita di medan perang tu. Boleh jadikan aktiviti bersama di NGO / Persatuan / syarikat masing-masing.

Dengan cara ini kita dapat bantu mempercepatkan bantuan yang lebih efektif bila berlaku banjir nanti dan seterusnya dapat membantu agensi terbabit dan meringankan beban kerajaan pastinya.
Packing siap dan hantarkan kepada kami. Ambil gambar dan whatsapp saya di 017-3872232 masa proses packing tu supaya kita dapat inspires ramai lagi orang buat baik ya ...
Tak perlulah sediakan semua senarai di bawah ni baru nak hantar ... sediakan salah satu pun takpe sekadar kemampuan masing2 ... kita bantu sikit2 sorang. Itulah lambang ukhuwah sebenar kita sebagai saudara ya ...

1 KIT UNTUK 1 ORANG
KIT 1 (Penjagaan Kebersihan Dewasa)
1. Sabun Mandi
2. Berus gigi
3. Ubat gigi
4. Pisau cukur
5. Tuala Mandi
6. Tuala Wanita

KIT 2 (Penjagaan Kanak-Kanak)
1. Sabun mandi
2. Berus gigi kanak2
3. Ubat gigi kanak-kanak
4. Bedak
5. Losyen Calamine
6. Tuala Mandi
7. Lampin pakai buang (Ikut saiz) 1 pack

KIT 3 (Penjagaan Bayi)
1. Bedak johnson
2. Sabun mandi baby
3. Minyak telon/ yuyi
4. Tisu basah
5. Tuala Kecik
6. Putik Kapas
7. Losyen Calamine
8. Lampin pakai buang ikut saiz

KIT PENGINAPAN KELUARGA (2 dewasa dan 2 kanak)
1. Tikar = 2 keping
2. Selimut = 2 helai
3. Kain pelikat 2 helai
4. Kain batik = 2 helai
5. Selipar 2 pasang
6. Kopiah

KIT PERTOLONGAN CEMAS
1. Handyplast = 5 keping
2. Minyak angin 1 botol
3. Panadol = 1 strip
4. Pil Chi Kit Teck Aun 2 kotak
5. Ubat luka
6. Ubat gatal2 kulit

Kit makanan:
3 tin sardin
5 bungkus maggi
Kopi.2 in 1 (10 sachets )
Milo 3 in 1 (10 sachets)

Lilin Kit:
1. Lilin IKEA / Lilin biasa (1 Pack)
2. Mancis / pemetik api

Kumpulkan dan hantarkan ke Bilik Operasi Thirdforce.
Bangunan Warna Oren
Roundabout Petronas Bypass
16800 Pasir Puteh Kelantan.
Kalau nak post / courier hantarkan ke :-
Golden Minds Consultant
PT 587 Tingkat 1 Wakaf Lanas
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu
16800 Pasir Puteh Kelantan.

TERIMA KASIH.
SEBARKAN MESEJ INI SEJAUH MUNGKIN.
WE ARE THE THIRD FORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER !

Sistem Ekonomi Bertunjangkan 2 Kalimah Syahadah

MEMBINA SISTEM EKONOMI YG BERTUNJANGKAN KALIMAH TAUHID IAITU DUA KALIMAH SYAHADAH.

Apa kaitan antara sistem perniagaan dgn dua kalimah syahadah?

Perniagaan itu adalah menjual beli dan tertakluk dlm hukum muamalat islamiah. Perniagaan adalah suatu bidang kerja yg dilakukan oleh mana2 individu atau institusi bagi menjana pendapatan kewangan utk kelangsungan hidup.

Sekarang persolannya ialah adakah PERNIAGAAN itu hanya satu kerja routin semata2 utk cari duit atau kerja yg diNIATkan sebagai sebahagian drpd IBADAT (Ubudiah) kpd Allah azzawajalla?

1. Kalau sekadar dilakukan perniagaan itu utk cari duit semata2 siang mlm pagi dan ptg maka kerja itu dinamakan "ADAT". Setiap langkahan dan gerak setiap 360 sendi2 yg ada dlm tubuh badan itu tidak mendapat apa2 ganjaran dari Allah.

Hanya dua ganjaran dari TUHAN samaada DOSA atau PAHALA.

Bila langakahan atau gerak itu dalam "adat" maka tiada pahala; jadi ganjarannya dosa dan bila berdosa kerja2 itu walaupun dpt duit tp sia2 disisi Allah-"tapi lepaslah nak makan minum" kata orang! Rugilah serugi2nya. Dah la tak pahala, dpt dosa pula.

Mana2 manusia harus ingat setiap saat malaikat menilai waktu2 yg digunakannya itu samada dlm kebajikan atau maksiat atau yg bersifat harus (x dpt apa2).

Pekerjaan yg dilakukan secara ADAT tanpa niat UBUDIAH kpd Allah pasti mengundang kesiksaan serta "ISTIDRAJ" (kurniaan Tuhan tanpa restu) dari Allah. Allah akan biarkan mereka ini hanyut dalam lautan dunia yg menipu dan Allah akan hantar ahli2 dunia bersama2 mereka.....menipu......tertipu dan ditipu....itulah laluan kehidupannya saban hari.

Maka yg zahir dlm kehidupannya suatu kehidupan tanpa arah tuju HANYA mencari duit semata2 utk hidup.....tak kira apa caranya.....inilah kehidupan "jahiliah moden". Darah daging yg tumbuh adalah dari harta yg samaada haram atau syubhat.....jauh dari rahmat Allah. Masa nak solat pun x de apatah pula masa nak pergi mengaji (quran dan ilmu); kerana sibuk siang mlm di restoran2 mamak, Kopitiam, Old Town Cafe dok sembang pasal duit berjuta2 (yg sekadar angan2 nafsu) siang mlm. Bila nak kawin cari bini yg ada kerja senang boleh tanggung budget suami setiap hari. Inilah waktu dan pekerjaan yg sia sia sebab adat. Kerja ADAT ini ialah perbuatan yg dilakukan menurut NAFSU dan INSTINCT (naluri) sptmana haiwan2 yg hidup mempunyai instinct secara fitrah....lembu makan rumput (lembu x makan daging) crhnya.

Manusia bukan begitu.  Maka dibezakan dgn AQAL.  Dengan aqal manusia terbeza dari haiwan tetapi apabila manusia tidak mengambil SYARAK sebagai pedoman dan pembimbing maka manusia itu juga jadilah spt haiwan krn tidak tahu apa yg harus dibuat atau ditaatinya.

Akhirnya dgn sifat2 ADAT itu maka lahirlah pemikiran, perasaan,  jiwa dan akhlak yg songsang dari syariat Islam-menjadikannya jauh dari petunjuk dan rahmat Allah.

Maka apa2 pekerjaan adat yg terlazim dlm kehidupan selagi tidak bercanggah dgn SYARAK silakan.

ADAT juga ada rukun2nya.

2. Melakukan pekerjaan dgn meniatkan ibadat ini berbeza dari kerja2 ADAT. Apa2 pekerjaan yg diniatkan sebagai ibadat pekerjaan itu haruslah memenuhi kehendak2 syariat Islam dan mempunyai ETIKA perniagaan atau pekerjaan itu. Cuma ramai yg berniaga tidak tahu atau tidak mahu tahu etika2 perniagaan dlm Islam.....mana yg halalnya....mana yg haramnya....mana yg mubahnya....

Maka di sinilah bermulanya pekerjaan sebagai ibadat. Dgn mempelajari dan memahami ilmu2 berkaitan dgn perniagaan umpamanya seseorg itu akan terlepas dari membuat kerja2 yg sia2 kerana setiap waktu atau masa itu berharga supaya Allah mengiranya sebagai ibadat dan diberi ganjaran pahala atau kebajikan!

Pekerjaan yg diniatkan sebagai ibadat "mengundang" pendapatan yg HALAL yg akan menjadikan darah daging halal dan akan menzahirkan kebahagiaan hidup pada lidah angguta dan hati dgn mendapat pangkat "MARDHATILLAH" (redho Allah).

Hasil dari kerja IBADAT tak sama dgn hasil dari kerja2 ADAT. Pekerjaan dgn niat ibadat mendatangkan kebaikan serta didatangi RAHMAT & BAROKAH dlm kehidupan. Manakala kerja2 ADAT sebaliknya. ....istidraj...tipu menipu....maksiat....kufur.....berjudi.....engkar pada Allah dsbnya.

Maka bagi mengawal semua itu manusia harus kembali berpegang kpd mentauhidkan zat Allah swt.  Memulakan kehidupan atau pekerjaan dgn beriman kpd Allah. Tanpa Iman bererti tanpa panduan.
Maka bermulanya IMAN & ISLAM apabila seseorang itu menerima dan mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH dgn rela hati (mesti dgn niat) mengambil Islam sebagai "deen"nya, Allah sebagai Tuhannya dan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan RasulNya serta menghidupkan amalan islamnya maka Allah akan memelihara dan menjaganya sepanjang hidupnya di atas muka bumi ini.

Org beriman akan dipandu dgn cahaya iman itu sendiri (spt berjalan mlm dgn torchlight) dlm perjalanan kehidupannya. Pastilah yg memandunya adalah Allah swt. Manakala yg tidak beriman akan dipandu oleh cahaya "ZULMAH" yakni cahaya kegelapan; yg di dlm cahaya itu terdapat kesesatan dan kekufuran kerana "relung2 cahaya zulmah itu adalah suatu lubang yg teramat gelap kerana di situlah adanya setiap kejahatan "bangsa dunia" dan didokongi oleh sifat2 jahat yg di kepalai Iblis dan DAJJAL.

Hanya nafsu jahat manusia "bangsa mazmumah" sahaja akan menuju ke sana; kerana cahaya iman (bagi org beriman) jln itu gelap bagi mereka tetapi terang bagi org yg degil, durhaka dan engkar dgn Allah.

Justeru,  manusia perlukan "cahaya" kerana cahaya Iman adalah pertunjuk jalan2 kehidupan yg direstui Allah swt. Kehidupan mesti diteruskan tetapi mestilah mengikuti jalan2 yg telah berkati oleh Allah swt kerana jalan selain dari jalan para nabi2 dan para  rasul maka jalan2 itu adalah JALAN KESESATAN.

Wahai bangsa Melayu! Kembalilah kpd hakikat jalan yg sebenarnya (siratal mustaqim); jalan yg teramat indah lagi bercahaya; yg di dalamnya penuh dengan kemuliaan dunia dan akhirat.

Jgn biarkan diri kamu disesat dan dilencongkan ke relung2 yg GELAP GELITA (nurul zulmah) itu kerana tidak apa2 disitu kerana semuanya KHAYALAN,  FATAMORGANA & KEBINGUNGAN- KOSONG SEKOSONG KOSONGNYA. Disitu hanyalah terdapat tipu muslihat nafsu jahatmu yg bangsa dunia & MAZMUMAH; dan disitulah terhimpunnya "setiap" kesesatan bikinan Iblis2 dan Syaitan dan Dajjal laknatullahi 'alaih.

Jalan keimanan ada di hapadan mu. Ayuh! bersegeralah!

Wallahuaklam.

Tazkirah dari
Ustaz Ahmad Tajuddin
SIDRATUL CORPORATION SDN BHD (IMP)

Wednesday, 11 November 2015

Cara Mengatasi Rasa Down

Assalamualaikum & Good Morning Lovelies,

Bangun pagi senyum dan ucapkan syukur. Pagi ni AA nak kongsikan mengenai "Down". Ye down....murung, stress, depression terutama dalam business.

Ramai org sgt tgh rasa down x tau nk buat apa? X tau nk buat cam ne..... Kan Kan Kan??? Tengok org lain senang je berjaya. Napa aku x?
Apa perlu kita buat?
1) Dekatkan diri dgn Yang Maha Esa ( kadang2 ini caraNya utk mengingatkan kita utk kembali sujud kpdNya) ;

2) Be surrounded by positive people. Bergaullah dgn kawan2 yg positif yg boleh membantu memberi semangat kpd kita;
3) Ambik tindakan: jika business anda down, x menjadi , x berhasil, jgn tunggu lama utk bertindak. Kena bertindak cepat! Buat keputusan dan trial & adjust..! Time is money! Jgn Tunggu lama.; dan

4) Bersedekah: cer try sedekah kalau x de banyak sikit pun jadi. Kalau tak de gak, sedekah senyum atau berkhidmat pun bagus.

Dalam perniagaan jatuh bangun adalah lumrah. Seorang usahawan yg Berjaya sentiasa akan Cari alternatif jika sesuatu benda berlaku di luar jangkaan. It's all about trial & adjust. Tapi must act fast to minimise losses!

Sedikit perkongsian dari AA utk sahabat2 semua.  Semoga memberi manfaat dan dapat see a sedikit membantu. AA doakan semua urusan kita dipermudahkan dan berjalan dgn baik. Aminnn

Apa2 pun sangka baik dgn Allah.

Love,
AA

#azreenazmi #malaysianblogger #share #muslimah #ootd #followus #success #hugesuccess #jilbabilaljannah #jilbabazreenazmi #tudungstylo #beautiful

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...