Thursday, 12 November 2015

Sistem Ekonomi Bertunjangkan 2 Kalimah Syahadah

MEMBINA SISTEM EKONOMI YG BERTUNJANGKAN KALIMAH TAUHID IAITU DUA KALIMAH SYAHADAH.

Apa kaitan antara sistem perniagaan dgn dua kalimah syahadah?

Perniagaan itu adalah menjual beli dan tertakluk dlm hukum muamalat islamiah. Perniagaan adalah suatu bidang kerja yg dilakukan oleh mana2 individu atau institusi bagi menjana pendapatan kewangan utk kelangsungan hidup.

Sekarang persolannya ialah adakah PERNIAGAAN itu hanya satu kerja routin semata2 utk cari duit atau kerja yg diNIATkan sebagai sebahagian drpd IBADAT (Ubudiah) kpd Allah azzawajalla?

1. Kalau sekadar dilakukan perniagaan itu utk cari duit semata2 siang mlm pagi dan ptg maka kerja itu dinamakan "ADAT". Setiap langkahan dan gerak setiap 360 sendi2 yg ada dlm tubuh badan itu tidak mendapat apa2 ganjaran dari Allah.

Hanya dua ganjaran dari TUHAN samaada DOSA atau PAHALA.

Bila langakahan atau gerak itu dalam "adat" maka tiada pahala; jadi ganjarannya dosa dan bila berdosa kerja2 itu walaupun dpt duit tp sia2 disisi Allah-"tapi lepaslah nak makan minum" kata orang! Rugilah serugi2nya. Dah la tak pahala, dpt dosa pula.

Mana2 manusia harus ingat setiap saat malaikat menilai waktu2 yg digunakannya itu samada dlm kebajikan atau maksiat atau yg bersifat harus (x dpt apa2).

Pekerjaan yg dilakukan secara ADAT tanpa niat UBUDIAH kpd Allah pasti mengundang kesiksaan serta "ISTIDRAJ" (kurniaan Tuhan tanpa restu) dari Allah. Allah akan biarkan mereka ini hanyut dalam lautan dunia yg menipu dan Allah akan hantar ahli2 dunia bersama2 mereka.....menipu......tertipu dan ditipu....itulah laluan kehidupannya saban hari.

Maka yg zahir dlm kehidupannya suatu kehidupan tanpa arah tuju HANYA mencari duit semata2 utk hidup.....tak kira apa caranya.....inilah kehidupan "jahiliah moden". Darah daging yg tumbuh adalah dari harta yg samaada haram atau syubhat.....jauh dari rahmat Allah. Masa nak solat pun x de apatah pula masa nak pergi mengaji (quran dan ilmu); kerana sibuk siang mlm di restoran2 mamak, Kopitiam, Old Town Cafe dok sembang pasal duit berjuta2 (yg sekadar angan2 nafsu) siang mlm. Bila nak kawin cari bini yg ada kerja senang boleh tanggung budget suami setiap hari. Inilah waktu dan pekerjaan yg sia sia sebab adat. Kerja ADAT ini ialah perbuatan yg dilakukan menurut NAFSU dan INSTINCT (naluri) sptmana haiwan2 yg hidup mempunyai instinct secara fitrah....lembu makan rumput (lembu x makan daging) crhnya.

Manusia bukan begitu.  Maka dibezakan dgn AQAL.  Dengan aqal manusia terbeza dari haiwan tetapi apabila manusia tidak mengambil SYARAK sebagai pedoman dan pembimbing maka manusia itu juga jadilah spt haiwan krn tidak tahu apa yg harus dibuat atau ditaatinya.

Akhirnya dgn sifat2 ADAT itu maka lahirlah pemikiran, perasaan,  jiwa dan akhlak yg songsang dari syariat Islam-menjadikannya jauh dari petunjuk dan rahmat Allah.

Maka apa2 pekerjaan adat yg terlazim dlm kehidupan selagi tidak bercanggah dgn SYARAK silakan.

ADAT juga ada rukun2nya.

2. Melakukan pekerjaan dgn meniatkan ibadat ini berbeza dari kerja2 ADAT. Apa2 pekerjaan yg diniatkan sebagai ibadat pekerjaan itu haruslah memenuhi kehendak2 syariat Islam dan mempunyai ETIKA perniagaan atau pekerjaan itu. Cuma ramai yg berniaga tidak tahu atau tidak mahu tahu etika2 perniagaan dlm Islam.....mana yg halalnya....mana yg haramnya....mana yg mubahnya....

Maka di sinilah bermulanya pekerjaan sebagai ibadat. Dgn mempelajari dan memahami ilmu2 berkaitan dgn perniagaan umpamanya seseorg itu akan terlepas dari membuat kerja2 yg sia2 kerana setiap waktu atau masa itu berharga supaya Allah mengiranya sebagai ibadat dan diberi ganjaran pahala atau kebajikan!

Pekerjaan yg diniatkan sebagai ibadat "mengundang" pendapatan yg HALAL yg akan menjadikan darah daging halal dan akan menzahirkan kebahagiaan hidup pada lidah angguta dan hati dgn mendapat pangkat "MARDHATILLAH" (redho Allah).

Hasil dari kerja IBADAT tak sama dgn hasil dari kerja2 ADAT. Pekerjaan dgn niat ibadat mendatangkan kebaikan serta didatangi RAHMAT & BAROKAH dlm kehidupan. Manakala kerja2 ADAT sebaliknya. ....istidraj...tipu menipu....maksiat....kufur.....berjudi.....engkar pada Allah dsbnya.

Maka bagi mengawal semua itu manusia harus kembali berpegang kpd mentauhidkan zat Allah swt.  Memulakan kehidupan atau pekerjaan dgn beriman kpd Allah. Tanpa Iman bererti tanpa panduan.
Maka bermulanya IMAN & ISLAM apabila seseorang itu menerima dan mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH dgn rela hati (mesti dgn niat) mengambil Islam sebagai "deen"nya, Allah sebagai Tuhannya dan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan RasulNya serta menghidupkan amalan islamnya maka Allah akan memelihara dan menjaganya sepanjang hidupnya di atas muka bumi ini.

Org beriman akan dipandu dgn cahaya iman itu sendiri (spt berjalan mlm dgn torchlight) dlm perjalanan kehidupannya. Pastilah yg memandunya adalah Allah swt. Manakala yg tidak beriman akan dipandu oleh cahaya "ZULMAH" yakni cahaya kegelapan; yg di dlm cahaya itu terdapat kesesatan dan kekufuran kerana "relung2 cahaya zulmah itu adalah suatu lubang yg teramat gelap kerana di situlah adanya setiap kejahatan "bangsa dunia" dan didokongi oleh sifat2 jahat yg di kepalai Iblis dan DAJJAL.

Hanya nafsu jahat manusia "bangsa mazmumah" sahaja akan menuju ke sana; kerana cahaya iman (bagi org beriman) jln itu gelap bagi mereka tetapi terang bagi org yg degil, durhaka dan engkar dgn Allah.

Justeru,  manusia perlukan "cahaya" kerana cahaya Iman adalah pertunjuk jalan2 kehidupan yg direstui Allah swt. Kehidupan mesti diteruskan tetapi mestilah mengikuti jalan2 yg telah berkati oleh Allah swt kerana jalan selain dari jalan para nabi2 dan para  rasul maka jalan2 itu adalah JALAN KESESATAN.

Wahai bangsa Melayu! Kembalilah kpd hakikat jalan yg sebenarnya (siratal mustaqim); jalan yg teramat indah lagi bercahaya; yg di dalamnya penuh dengan kemuliaan dunia dan akhirat.

Jgn biarkan diri kamu disesat dan dilencongkan ke relung2 yg GELAP GELITA (nurul zulmah) itu kerana tidak apa2 disitu kerana semuanya KHAYALAN,  FATAMORGANA & KEBINGUNGAN- KOSONG SEKOSONG KOSONGNYA. Disitu hanyalah terdapat tipu muslihat nafsu jahatmu yg bangsa dunia & MAZMUMAH; dan disitulah terhimpunnya "setiap" kesesatan bikinan Iblis2 dan Syaitan dan Dajjal laknatullahi 'alaih.

Jalan keimanan ada di hapadan mu. Ayuh! bersegeralah!

Wallahuaklam.

Tazkirah dari
Ustaz Ahmad Tajuddin
SIDRATUL CORPORATION SDN BHD (IMP)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...