Friday, 6 November 2015

Banyakkan Doa Antara Azan dan Iqamah

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

��BANYAKKAN DOA ANTARA AZAN DAN IQAMAH
عن أنس رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الدُّعَاءُ لا يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإقَامَةِ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).

TERJEMAHAN
Dari Anas رضي اللّه عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Doa tidak ditolak antara azan dan iqamah." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan)

PENGAJARAN
1. Selain daripada melaksanakan solat sunat qabliah (sebelum) solat fardhu kita disarankan untuk merebut peluang  memperbanyakkan doa di antara azan dan iqamah kerana ianya adalah antara waktu doa mudah diterima (mustajab),
2. Kita boleh bermohon apa sahaja dalam doa tersebut kecuali perkara yang menyebabkan dosa dan memutuskan silaturahim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...