Thursday 5 November 2015

Kerana Wahhabi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Info yg menarik:

Murid : Assalamualaikum ustaz

Guru : Waalaikumussalam

Murid : Ada satu soalan. Ada yg memfitnah bahawa Tahlil itu berasal dari Hindu.

Guru : �� hehehe..
Pertama, tidak ada dalil yg mengatakan Tahlil dari Hindu.
Kedua, sekalipun kita tak setuju dgn ajaran Hindu, jgn smua hal kita tuduh kpd Hindu.
Ketiga, kalau seorang Hindu bertahlil, bererti dia telah memeluk agama Islam.

Murid : Ada fitnah kedua mengatakan bahawa Maulid Nabi berasal dari Nasrani.

Ustaz : Hehehe ��
Pertama, tidak ada dalil bahawa org Nasrani memulakan Maulid Nabi.
Kedua, sekalipun kita x setuju dgn Nasrani, jgnlah semua benda kita tuduh mereka.
Ketiga, kalau Nasrani sudah mahu berMaulid, mungkin dia semakin jinak hatinya utk menerima kenabian Nabi Muhammad. Jom kita islamkan Nasrani itu. Jangan pula meNasranikan org Islam.

Murid : Ada org menuduh dan memfitnah bahawa sifat 20 berasal dari ahli falsafah Yunani. Bagaimana ?

Ustaz : hehehehe ��
Pertama, tidak ada dalil yg ahli falsafah Yunani beriman dgn sifat 20.
Kedua, sekalipun kita x setuju dgn anutan ahli falsafah yg sesat, janganlah semua benda dituduh kpd mereka. Itu adab kita.
Ketiga, jika ada ahli falsafah mereka yg beriman dgn sifat 20, bermakna mereka sudah beriman.

Murid : Ustaz, ada yg memfitnah bahawa bubur Asyura itu dari Syiah.

Ustaz : hehe ��
Pertama, tidak ada dalilnya.
Kedua, kita mmg x setuju dgn Syiah, tapi bukan bermakna semua benda kita syiahkan.
Ketiga, orang tidak akan jd kristian hanya kerana makan sandwich dan burger. Itukan makanan. Bukan akidah.

Murid : Kenapa ada fitnah-fitnah seperti ini ?

Ustaz : Kerana wahhabi.

Murid : Kenapa kita asik sebut wahhabi, wahhabi, wahhabi. Adakah kita label begitu begini.

Ustaz : Sebenarnya, selama ini, Ahli Sunnah hidup dlm harmoni. Kita tidak langsung melabel. Setelah itu, wahhabi dtg. Mereka menSyiahkan kita, meNasranikan kita, meYunanikan kita, mengHindukan kita. Mereka label kita dgn agama di luar Islam tanpa asas. Tanpa dalil. Puas kita bagikan dalil. Tetap mereka nak kafirkan kita. Lalu, sebagai ustaz, kita wajib dan sgt wajib menerangkan. Dan penerangan itu, perlu menyebut pelakunya. Iaitu, wahhabi. Kerana mereka memberi mudharat secara terbuka kpd akidah umat Islam, maka harus diterangkan dgn jelas. Jom Islamkan org kafir. Jangan jadi seperti wahhabi, sibuk mengkafirkan org Islam dan amalannya!!

Murid : Terima kasih.

Guru : Semoga Allah berkati kamu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...