Thursday 12 November 2015

Pelancaran Sumbangan Kit Banjir

Mesej daripada
Raja Shamri

Salam semua ... saya ingin melancarkan KIT BANJIR untuk kita sama-sama sumbangkan. Kita ad masa 2 MINGGU JE LAGI !
Semua NGO / organisasi / syarikat / individu yang berminat untuk menyumbang bolehlah sediakan kit seperti di bawah dan hantar kepada kami di bilik operasi. Packing siap2 macam tuan2 packing pack hari raya utk askar kita di medan perang tu. Boleh jadikan aktiviti bersama di NGO / Persatuan / syarikat masing-masing.

Dengan cara ini kita dapat bantu mempercepatkan bantuan yang lebih efektif bila berlaku banjir nanti dan seterusnya dapat membantu agensi terbabit dan meringankan beban kerajaan pastinya.
Packing siap dan hantarkan kepada kami. Ambil gambar dan whatsapp saya di 017-3872232 masa proses packing tu supaya kita dapat inspires ramai lagi orang buat baik ya ...
Tak perlulah sediakan semua senarai di bawah ni baru nak hantar ... sediakan salah satu pun takpe sekadar kemampuan masing2 ... kita bantu sikit2 sorang. Itulah lambang ukhuwah sebenar kita sebagai saudara ya ...

1 KIT UNTUK 1 ORANG
KIT 1 (Penjagaan Kebersihan Dewasa)
1. Sabun Mandi
2. Berus gigi
3. Ubat gigi
4. Pisau cukur
5. Tuala Mandi
6. Tuala Wanita

KIT 2 (Penjagaan Kanak-Kanak)
1. Sabun mandi
2. Berus gigi kanak2
3. Ubat gigi kanak-kanak
4. Bedak
5. Losyen Calamine
6. Tuala Mandi
7. Lampin pakai buang (Ikut saiz) 1 pack

KIT 3 (Penjagaan Bayi)
1. Bedak johnson
2. Sabun mandi baby
3. Minyak telon/ yuyi
4. Tisu basah
5. Tuala Kecik
6. Putik Kapas
7. Losyen Calamine
8. Lampin pakai buang ikut saiz

KIT PENGINAPAN KELUARGA (2 dewasa dan 2 kanak)
1. Tikar = 2 keping
2. Selimut = 2 helai
3. Kain pelikat 2 helai
4. Kain batik = 2 helai
5. Selipar 2 pasang
6. Kopiah

KIT PERTOLONGAN CEMAS
1. Handyplast = 5 keping
2. Minyak angin 1 botol
3. Panadol = 1 strip
4. Pil Chi Kit Teck Aun 2 kotak
5. Ubat luka
6. Ubat gatal2 kulit

Kit makanan:
3 tin sardin
5 bungkus maggi
Kopi.2 in 1 (10 sachets )
Milo 3 in 1 (10 sachets)

Lilin Kit:
1. Lilin IKEA / Lilin biasa (1 Pack)
2. Mancis / pemetik api

Kumpulkan dan hantarkan ke Bilik Operasi Thirdforce.
Bangunan Warna Oren
Roundabout Petronas Bypass
16800 Pasir Puteh Kelantan.
Kalau nak post / courier hantarkan ke :-
Golden Minds Consultant
PT 587 Tingkat 1 Wakaf Lanas
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu
16800 Pasir Puteh Kelantan.

TERIMA KASIH.
SEBARKAN MESEJ INI SEJAUH MUNGKIN.
WE ARE THE THIRD FORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...