Maqasid Syariah pada diri setiap mukmin
1. Memelihara agama
2. Memelihara nyawa
3. Memelihara aqal
4. Memelihara keturunan
5. Memelihara harta
Maqasid atau tujuan-tujuan Syariah ini tersembunyi di sebaliknya "Rahsia-rahsia" Allah dlm hukumnya. Pelaksana syariah ini akan memperolehi rahsia Allah bilamana mereka melaksanakan maqasid syariah ini pada diri dan keluarga. Dengan tertegaknya undang2 syariah ini atau Islamic law ini akan terzahirlah pancaran rahsia Allah. Maka hukum menegakkan undang2 ini adalah suatu kewajiban syari'e atas tiap individu yg ada padanya SYAHADATAIN.
Setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah maka HAK-HAK DUA KALIMAH SYAHADAH ialah menyempurnakan setiap kehendak2 Allah termasuklah maqasid syariah agar menjadi manusia yg beriman lagi bertaqwa di sisi Allah swt. Disamping menyebarkan kpd manusia lain yg masih kufur atau sesat dgn keduniaan ini agar segera kembali kpd berpegang dgn pegangan yg kukuh atau menambatkan jasad dan ruh mereka dgn "tambatan" atau "qawa'id" yg kukuh agar tambatan terhadap Allah tidak terungkai atau terlerai dgn tipu muslihat dunia, Iblis serta kuncu2nya.
Tambatan2 ini AMATLAH perlu kpd setiap manusia kerana Syaitan dan seterunya TIDAK pernah mendiamkan diri mereka utk membinasakan mana2 tambatan atau ikatan (keimanan) yg longgar dan terlerai (pada manusia beriman) agar menjadi pengikut mereka di dunia dan ke dalam neraka.
Menambat atau utk mengikat ikatan maknawiah ini bukan suatu perkara mudah kerana ia benda ghaib. MULUT manusia munkin boleh bercakap "aku beriman" atau "aku telah beriman".....adakah ini benar2 berlaku; sdgkan IMAN bukan "nyata" spt solat atau zakat. Iman perkara ghaib, jadi utk menyatakan dgn LIDAH & MULUT "aku beriman" adalah suatu kepalsuan yg nyata. Jadi Iblis akan memperdayakan manusia dgn mengatakan "bahawa sesungguhnya kamu telah beriman". Maka ramailah gulungan Melayu berperangsangka mereka telah beriman sbb dah sebut pun dgn mulut "aku telah beriman"......walhal itu semua adalah tipudaya syaitan2 terkutuk laknatullahi 'alaih.
Setiap Melayu perlu memahami dan membezakan antara Islam dan Iman kerana kedua2nya itu berbeza tetapi saling lazim melazimi antara satu sama lain.
Maka tanda keimanan itu ialah melaksana dan menyempurnakan maqasid syariah itu pada diri dan keluarga dgn semampu yg boleh agar kehidupan itu tidak menjadi sia sia.
Wallahuaklam
DARI
USTAZ AHMAD TAJUDDIN
KUALA KANGSAR
No comments:
Post a Comment