LANGKAH MENUJU TAUHID DGN ILMU YAQIN
Kamu sudah faham langkah pertama iaitulah mengenal ILMU suatu "sifat" kejadian Allah bagi manusia mengenali setiap perjalanan kehidupan atas alam ini. ILMU ini di'design' oleh Allah khusus utk AQAL yg boleh berhubungan antara satu sama lain sbb itu AQAL itu dicipta bagi memikirkan ILMU atau PENGETAHUAN yakni suatu perkara yg tak nampak di mata kasar tapi dpt ditangkap hanya oleh AQAL manusia. Jadi setiap apa sahaja yg berada di atas dunia ini mampu di nilai dan difikirkan serta di olah oleh AQAL utk kepentingan manusia samaada yg baik atau jahat.
ILMU itu adalah "pelita" atau cahaya kerana dgn ILMU itu manusia mampu menyusun kehidupannya selama ia diberi nyawa oleh Allah utk hidup hinggalah ia mati. Antara AQAL & ILMU itu adalah saling lazim melazimi antara satu sama lain.
Kemampuan AQAL hanyalah boleh memikirkan ilmu2 "nazoriah" iaitu ilmu2 yg kena/boleh difikirkan; dan utk membezakan antara manusia dgn haiwan (haiwan tidak beraqal ttp mempunyai naluri/instinct semulajadi mengikut ciptaannya jenis kejadiannya).
Jadi AQAL tidak mampu memikirkan ILMU yang bersifat BATHIN atau GHAIB kerana sifatnya dijadikan hanya utk ILMU ZAHIRIAH. Maka bagi ILMU yg ghaib itu pula adalah pekerjaan hati/ruh.
Jadi ILMU itu adalah "PELITA/CAHAYA/NUR bagi AQAL & HATI.
ILMU ZAHIR PELITA BAGI AQAL.
ILMU BATHIN PELITA BAGI HATI.
ILMU ada 2 jenis:
1. Ilmu akhirat
2. Ilmu dunia
ILMU yg menuntun ke arah kejahatan maksiat dan kufur dijadikan drpd "Nurulzulmah" yakni cahaya kegelapan kerana sifatnya jahat; manakala ILMU yg membawa kpd kebaikan dan kebajikan dicipta dari "NURULLAH" dari cahaya rahmat dan pertunjuk Allah swt.
Maka manusia harus membuat pilihan dlm memilih ILMU2 ini supaya tidak tersesat jalan di atas dunia ini. Maka sebab itu manusia perlukan murabbi atau guru bagi menunjukkan jalan kebahagiaan dgn ILMU2 yg membawanya menuju redho Allah swt.
ILMU yg zahir mudah dikenali dgn AQAL yang waras namun AQAL masih memerlukan SYARAK sebagai guider dan guidelines utk menunjukkan JALAN2 KEBENARAN itu; kerana SYARAK itu adalah "penunjuk arah" dan dialah juga "pembimbing".
Manusia yg hidup TANPA SYARAK dia adalah org2 yg sesat dan pasti disesatkan kerana bila dia tak ade pertunjuk..... ke arah manakah hala tuju hidupnya itu; maka manusia itu adalah "majnun" iaitu ORG2 GILA yg tidak waras.
Berhenti sekejap.....tanyalah pada diri org yg membaca mesej ini apa itu SYARAK?
Fahamkah apa makna SYARAK?
Bila x faham SYARAK mcmana nak suruh AQAL bertindak atau bekerja atau melakukan apa2 perbuatan atas dunia ini yg tidak bercanggah dgn kehendak Allah swt! Maka berterusanlah AQAL itu jadi gila kerana ia hanya akan memikirkan sesuatu yg di "SUAP"kan kepadanya oleh NAFSUnya sahaja yg memang sedia ada dlm bathinnya dan di pandu serta dipantau pula oleh Iblis2 dan Setan2 yg memang telah berjanji dgn Allah utk menyesatkan mana2 anak Adam yg gila (yg tak punya syarak di sisinya).
Jadi kalau x faham syarak ramailah org2 gila atas bumi ini!
Jadi, jangan kita salah membuat nilaian atas diri kita sendiri asalkan kita boleh bekerja dan hidup sebagai manusia biasa walaupun tanpa SYARAK kita rasa kita sudah selamat! Itu sesuatu yg tersangatlah salah lagi majnun, wal 'aya zabillah. Jadi bagi yg jahil dan belum mengerti ttg SYARAK harus belajar mengenalinya dan berusaha sedaya upaya dan mampunya utk mentaati perintah2 SYARAK itu kerana SYARAK itu dari Allah kpd manusia dan utk kebaikan manusia.
JGN BERASA SUDAH SELESA DGN KEHIDUPAN INI MESKIPUN RAMAI YG SENANG LENANG DAN MEWAH HIDUP DGN HARTA "MILIK" ALLAH, WALAUPUN YG BERMEWAH2 INI JAHIL DAN TIDAK MENGENALI SERTA MENJUNJUNG SYARAK SEBAGAI TUNTUTAN YG FARDHU!
Kemewahan dan kesenangan itu bukan TANDA Allah sayang atau kasih kpdnya tetapi sebagai UJIAN atasnya samaada ia SYUKUR atau KUFUR.
Org yg di sisinya ada SYARAK ia akan (tahu) utk syukur akan segala nikmat2 pemberian Allah swt dgn melaksanakan perintah2 Allah yang WAJIB & yang SUNAT serta menjauhi yang HARAM & yg MAKRUH serta memilih yg HARUS; manakala yg tiada SYARAK padanya akan jadilah ia kufur dgn nikmat Allah kerana bila jahil menguasainya pastilah ia akan meninggalkan perintah2 yang Allah swt fardhukan atas dirinya.
Kenapa Allah utuskan para nabi dan rasulNya......sbb semata2 nak "remind" (peringatkan kembali) tujuan manusia dihidupkan atas muka bumi sebenarnya utk diuji samaada manusia itu beriman atau durhaka kpd Allah!
ILMU yg bathin pula x dpt kenali dan difikirkan oleh AQAL kerana sifat iLMU BATHIN itu berbeza dari ilmu yg nyata spt 2 + 2=4, dan tidak boleh di FIKIR kan.
Hanya HATI & NAFSU yang mengenali ILMU BATHIN ini. Sebagai cth "TAWAKKAL", AQAL hanya boleh bercakap ttg tawakkal tetapi utk memahaminya AQAL tidak mampu kerana sifatnya ghaib; sama juga dgn "hasad dengki" aqal boleh bercakap ttg apa itu hasad dengki ttp AQAL tidak memahaminya bagaiamanakah keadaan dan rupanya hasad dengki itu.....tetapi NAFSU dan HATI itu tahu...!
Demikianlah keadaan antara ILMU yg NYATA & ILMU BATHIN (ghaib); dan antara AQAL & HATI. Kedua2nya mempunyai peranannya yg tersendiri utk kebaikan manusia.
Maka SYARAK dtg utk menjustifikasikan kehidupan manusia itu agar manusia itu dapat melepasi UJIAN2 yg Allah telah tetapkan ke atas diri manusia masing2.
Maka kini kamu semakin mula memahami keperluan ILMU sebagai penyuluh kehidupan mu supaya kamu tidak tersesat jalan. SYARAK bukan sekadar ILMU malahan penunjuk jalan kepada kehidupan yg bahagia dan abadi di dunia dan di akhirat yakni jalan menuju ke redhoan Allah swt yg ganjarannya adalah SYURGA iaitu suatu kehidupan baru yg berkekalan selama2nya tanpa dan kesudahan sampai bila2.
Justeru, jgnlah kamu bersikap acuh tak acuh dan mengambil mudah soal kehidupan kamu terhadap hal2 ini. Tinggalkanlah sikap gila mu itu dan buangkanlah keangkuhan mu itu kerana kehidupan ini ada kesudahannya takut nanti kamu akan menyesal sesesal-sesalnya.
Ayuh, bersegeralah kpd Allah....jgn malu dan jgn jadi hina di sisi Allah. Kamu akan berjaya sampai kpd ALLAH bila kamu dpt membuang sgl ego2 yg ada dlm diri kamu itu.
Allahu akbar.
DARI
USTAZ AHMAD TAJUDDIN
FOUNDER OF IMP
HALALAN TOYYIBBAN
#SIDRATULCOPRATION
#SIDRATULEDAR
#HALIB'S
#COCOAGOLD
No comments:
Post a Comment