Friday, 25 December 2015

Istiqamah Setiap Masa

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. ...

ISTIQOMAH (dan berada) dlm agama Islam pada diri dan keluarga di semua tempat, semua waktu, semua masa dan setiap ketika dalam keadaan apa sekalipun.

Istiqomah ini yg disebutkan oleh Nabi saw ke atas umatnya terhadap agama Islam agar tidak berubah keadaan dirinya menjadi kafir dan sentiasa berada di dalam Islam. 

Beristiqamah pada amalan Islam adalah bagi memastikan dirinya kekal dgn siang pagi dan petang, siang dan malam.  Dengan berubahnya amal Islam kpd amalan kafir spt meniru2 cara dan gaya hidup org kafir maka akan berubahlah kedudukan agamanya dari Islam menjadi kafir. Sabda Nabi saw mafhumnya, "Barangsiapa yg meniru sesuatu kaum itu, maka ia termasuk gulungan mereka" (riwayat Abu Dawuud).

Islam telah sempurna kenapa harus ikut gaya dan cara hidup atau kebudayaan org2 yg KUFUR dgn Allah?

Atas dasar apa mengikuti amalan mereka samaada cara berpakaian,  berambut ala PUNK, mencukur botak kepala, gaya atau style hidup, cara makan, sambutan hari lahir dan cara beribadat mereka! Meniru2 dgn keadaan jahil munkin boleh dimaafkan tp sampai bila mahu dibiarkan perkara itu berlaku kerana ia berdosa dan boleh saja terkeluar dari Islam.

Beristiqamah inilah sesuatu yg paling sukar bagi sesiapa saja umat Islam kerana ia memang sukar tetapi itulah kehidupan beragama. Maka sesiapa yg telah mengaku ketuhanan ALLAH  swt dan kerasulan Nabi Muhammad saw maka hendaklah mereka dengar dan taat kpd apa yg mereka lafazkan dlm kalam syahadah yg agung itu melainkan mereka tidak yaqin atau terhasut dgn nafsu syahwat yg jahat dan bisikan2 iblis dan syaitan yg menyuruh mereka melakukannya.

Maka memelihara amal Islam mestilah dgn IMAN kerana tanpa Iman amal Islam itu akan dilihat sebagai sesuatu yg menyusahkan hidupnya kerana itu "tak boleh ini x boleh........" sdgkan agama itu adalah utk kebaikan dirinya di dunia dan di akhirat.

Janganlah mempermainkan perkara agama ini dgn alasan2 karut dan bodoh utk menjustifikasikan apa diinginkan oleh nafsu dan syahwat kerana itu membinasakan.

Carilah IMAN secepat munkin kerana Iman itu penyelamat kehidupan manusia. Jangan bermain dgn amalan kafir kerana ia membinasakan sesiapa sahaja.  Kafir itu bermakna kufur dan org2 yg kafir lagi kufur tempatnya di dlm neraka Allah.

Jaga diri dan keluarga supaya sentiasa berada di dalam Islam.
Selamat menyambut Maulidur rasul semoga kita semakin hampir dgn nabi saw kerana barangsiapa yg banyak berselawat ke atas baginda di dunia ini mereka akan berada hampir dgn baginda di padang mahsyar kelak.

Wallahuaklam

DARI
USTAZ AHMAD TAJUDDIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...