Friday, 1 July 2016

Besar dan Kecil Perlu Selari

MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN

Sikap Atau Cara Hidup Orang Makrifat Yang Sebenar....

Makrifat itu, bukan sahaja bertujuan untuk mempelajari pelajaran pokok, pelajaran bunga pun perlu juga diambil berat!. Kita selalu terlepas pandang perkara-perkara kecil!. Sedangkan sekecil-kecil perkara itulah yang nantinya yang akan menjadi perkara besar!. Sekiranya kita tidak pelihara atau tidak menjaga perkara-perkara kecil, tuan-tuan tidak akan dapat sampai kepada perkara-perkara besar (makrifat).

Petua untuk menilai atau untuk melihat atau untuk mengukur orang yang benar-benar berilmu makrifat itu, hanya satu perkara sahaja!. Bukan lihat pada amal ibadatnya dan bukan lihat pada pakaiannya, tetapi lihatlah pada perbuatan “sekecil-kecil perbuatannya”

Lalu Tok Kenali pun beri contoh; Cuba tuan-tuan semua fikir, dalam masa kita punggah timbunan batu, mana yang kita ambil dahulu?. cuba jawab………….. Apakah kita ambil yang tengah-tengah dahulu atau kita ambil yang tepi-tepinya dahulu?.

Tentunya kita ambil yang kecil-kecil dahulu, yang ringan-ringan dahulu, baru disusuli dengan yang berat atau yang besar. Kita bermula dengan megambil batu-batu yang kecil-kecil (ringan) di bahagian tepi dahulu. Setelah ambil yang ringan dan yang tepi, baru boleh diambil timbunan batu yang dibahagian tengah dan yang besar!. Sekiranya tidak diambil yang tepi dan yang kecil terlebih dahulu, bagaimana mungkin nak ambil batu besar yang berada dibahagian tengah?.

SEKECIL-KECIL DAN SERINGAN ILMU

Begitu juga dengan ilmu makrifat!. Sebelum kita  berilmu makrifat yg besar, kita tidak boleh tinggal ilmu-ilmu yg kecil!. Ilmu yang kecil itu, bukan merujuk kepada sembahyang sunat, bukan merujuk kepada sembahyang fardhu, puasa, zakat atau haji. Perkara seumpama sembahyang, puasa, haji, zakat dan sebagainya itu, adalah perkara-perkara ilmu yang besar dan perkara ilmu berat. Yang dimaksudkan perkara ilmu yang kecil-kecil itu adalah seperti sifat:

Sabar, tawakkal, penyayang, pemurah, pembersih, pemaaf, iri hati, jaga tingkah laku, sikap berbudi pekerti, adat sopan, hormat orang tua, sayangi kanak-kanak, jaga kebersihan diri, jaga kebersihan kampung, kebersihan rumah, kebersihan pakaian dan lain-lain!.

Kebanyakkan dari kita, hanya mementingkan ilmu-ilmu yang besar, dengan meninggalkan yang kecil. Sedangkan yang kecillah sebenarnya yang menghidupkan yang besar. Seumpama kita tidak pernah meninggalkan pekerjaan sembahyang lima waktu, Puasa bulan Ramadhan dan Puasa Sunat.

Namun dalam masa yang sama sebagai contoh,  kita mencaci jiran, dalam masa yang sama kita melakukan zalim kepada binatang dan sebagainya!. Kita anggap mengumpat, mengata orang, menzalimi binatang, membuang sampah merata-rata, melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, tidak bertanya khabar terhadap adik beradik, tidak menjaga pakaian, tidak mengosok gigi dan biarkan mulut berbau busuk. Itu semua, tidak diambil kira oleh kebanyakkan kita.

Kita hanya mementingkan ilmu yang besar dan ibadah besar, sedangkan ibadah yanng kecil dan ilmu yang kecil, tidak tuan-tuan perhatikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...