Saturday, 2 July 2016

Doa Untuk Perjalanan Raya Ni

🔰🔰 *Kepada Para Perantau Sekalian Yang Ingin Bermusafir Pulang Ke Kampung Halaman Sempena Aidilfitri* 🔰🔰

🚨 *_Pulanglah Ke Kampung Halaman Dengan Jagaan Allah_* 🚨

📚 *[1]* Mulakan perjalanan dengan membaca *“Basmalah”* iaitu dengan bacaan yang biasa kita amalkan *"Bismillahirrahmaanirrahim"*, untuk mendapatkan keberkatan seperti janji Rasulullah SAW di dalam sabda Baginda :

كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَمْ يُبْدَأْ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ فهو أَقْطَعُ … فهو أبتر… فَهُوَ أَجْذَمُ

“Setiap perkara yang hendak dilakukan tidak dimulakan dengan Bismillah maka akan hilang keberkatan.”

📚 *[2]* Bacalah juga ayat yang diajarkan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, sebelum memulakan perjalanan.

سُبْحَانَ اللَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ وَ اِنَّا اِلَي رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

(Surah Az-Zukhruf, ayat 13-14)

📚 *[3]* Oleh kerana kita juga membawa muatan yang pelbagai, sama ada penumpang ataupun barangan maka ada baiknya kita amalkan doa Nabi Nuh AS walaupun pendek tetapi dicatatkan di dalam Al-Quran pada Surah Hud ayat 41 :

بِسْمِ اللهِ مَجْرِىهَا وَمُرْسَاهَا

“Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar (bertolak) dan berlabuhnya (tiba) Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

📚 *[4]* Oleh kerana kita akan memasuki kawasan merbahaya iaitu lebuhraya atau jalanraya yang menyaksikan pelbagai kemalangan berlaku maka kita diajari Nabi untuk berdoa :

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

(Hadis Riwayat Abi Daud, Ahmad dan Tirmizi)

📚 *[5]* Kita tutupi doa kita dengan penyerahan dan tawakal kita kepada Allah seperti yang diajari Baginda apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya maka bacalah :

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah, tiada suatu daya upaya dan kekuatan melainkan kekuatan Allah.”

(Hadis Riwayat Abi Daud dan Tirmizi serta taraf Hadis ini Hasan Sahih)

🚩 *SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI MASING-MASING* 🚩

🔴 *Semoga Sentiasa Selamat Dalam Jagaan Allah SWT* 🔴

🎉🎊 *_SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN_* 🎊🎉

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...