Saturday, 16 July 2016

Salahkan Allah?

Ramadhan tiba.
Ramadhan tiba.

Bulan Ramadhan Allah akan angkat semua doa hamba-Nya.

"Ya Allah, ampunkan dosa2ku. Ibu bapaku. Adik-beradikku. Suamiku. Anak2 dan keturunanku. Guru2ku. Sahabat2ku dan sekalian muslimin dan muslimat. Yang hidup atau yanag telah meninggal dunia.

Allah, kayakan hartaku, imanku. Kayakan aku dunia dan akhirat.

Allah berikan kesihatan yang baik untukku, ibubapaku dan keluargaku. Hindari kami dari semua penyakit kronik.

Aamiin."

Dari sebelum puasa sampai habis puasa sampai sekarang kau doa benda yang sama.

Tapi?

Kau masih lagi sibuk. Rasa penat sampai rasa malas untuk solat, apatah lagi mengaji. Zikir dan selawat semua kau tak buat.

Suddenly, pergi klinik buat check up dan doktor kata sugar level tinggi. Diabetis.

Perniagaan makin merosot. Banyak masalah yang mendatang. Simpanan makin surut digunakan untuk menampung masalah kewangan syarikat.

Makin teruk.
Makin serabut.

Dan akhirnya kau tanya diri kau.

"Aku sedang protest ke? Aku protest dengan Allah? Aku salahkan Allah ke sebab tak makbulkan doa2ku? Aku salahkan Allah disebabkan rasa malas aku? Aku salahkan Allah sebab bagi aku sakit? Aku salahkan Allah ke bila perniagaan aku merosot?"

Aku salahkan Allah ke?!!!

Engkau dah kenapa nak salahkan Allah?

Kau yang malas. Allah gerakkan hati kau tak untuk solat? Mengaji? Zikir?

"Ada."

Kau buat tak?

"Tak."

Jadi? Salah Allah ke salah diri sendiri?

"Diri sendiri."

Good. Sedar pun diri.

Pergi cari ilmu macam mana nak handle sifat bertangguh. 
SEKARANG!!!


Kau sakit? Diabetis?

"Yup."

Masa sihat, ada kau beringat apa yang kau makan? Tidur kau jaga? 

"Tak."

Jadi? Allah ke salah? Allah tak bagi ilmu macam mana nak jaga kesihatan? Berapa ramai Allah hantar pada kau agar ingatkan kau untuk jaga kesihatan. Ada kau dengar? Berapa banyak kali Allah temukan kau dengan ilmu kesihatan. Ada kau hiraukan?

"Tak."

Masih kau rasa salah Allah?

Perniagaan kau sedang merosot. Pun salah Allah?

Kau cari ilmu tak?

"Cari."

Kau applikasikan tak ilmu tu?

"Ilmu tu tak sama dengan business aku. Dia ajar bidang lain. Aku bidang lain."

Asas bisnes ni sama je. Cuma ada adjustment pada sesetengah part. Gunakanlah otak tu. Untuk berfikir strategi. Kalau susah sangat. Pergi berguru dengan mereka yang dalam bidang yang sama. Kenal pesaing. Tengok apa pesaing sedang buat. Kaji. Make it even better.

Susah sangat ke?

Kau yang salah buat aturan dan caturan dalam hidup kau. Kenapa nak salahkan Allah?
Sebab Allah pegang segalanya di dunia ni?

"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu sehingga dia merubah dirinya sendiri."

Pandai pun. Bercakap pandai. Tapi tak bikin benda yang sama.

Jadi. Masih nak salahkan Allah?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...