Saturday, 2 July 2016

Jangan Mencungkil Aib Orang

JAUHI CUNGKIL AIB ORANG

Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tak turun.

👉Seperti yg kita ketahui Nabi Musa as digelar dgn Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dgn Allah swt.

👉Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah swt menjwb,

"Antara kalian itu terdpt seseorg yg bermaksiat selama 40 thn dan tak pernah bertaubat."

👉Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kpa umatnya,

"Siapa antara kalian yg bermaksiat selama 40 thn dan tak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tak turun kerana org ini."

Org tersebut berasa bersalah kerana menjadi sbb hujan tak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yg tersorok selama 40 thn.

👉Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.

👉Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yg mengaku berbuat dosa 40 thn dan tiada yg meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.

Lalu Nabi Musa as bertanya kpd Allah swt lagi,

"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah ?"

Lalu, ALLAH swt menjwb kerana telah bertaubat org tersebut.

Nabi Musa bertanya kpd Allah,

"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orgnya itu ?

Allah swt menjawab,

"Selama 40 thn Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kpd Ku?" 😭

Banyak yg kita boleh belajar ya !

1⃣ JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG.

2⃣ TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA.

3⃣ UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA.

4⃣ DUNIA KINI DIPENUHI DENGAN PERKARA PERKARA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI.

✅ KITA JADILAH UMAT 
YANG MENYEBARLUASKAN HANYA PERKARA  KEBAIKAN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...