Tabung Kewangan
Diantara topik kegemaran saya didalam kelas IMKK ialah tentang startegi kewangan. Ia kerana melibatkan kewangan peribadi. Namun ia tetap sesuai digunakan dalam perniagaan. Salah satu yang diajar oleh Dr Azizan atau pun Tn Jerry ialah tentang 6 tabung kewangan. Macamana 6 tabung kewangan tu ye.
Ok mula mula kita sediakan 6 tabung. Tak kisah la nak pakai sampul surat ke, sampul duit raya ke, tin biskut ke tin milo ke. Apa saja asal boleh digunakan untuk menabung. Lagi bagus kalau dapat create 6 akaun bank.
Langkah kedua ialah kita labelkan setiap tabung seperti di bawah :
1. FFA : Free Financial Account (Tabung kebebasan kewangan) (10%)
2. LTSA : long term saving spending (Simpanan jangka panjang) (10%)
3. NEC : Necessity (Keperluan) (55%)
4. EDU : Education (pendidikan) (10%)
5. FUN : Entertainment (Hiburan) (10%)
6. CHARITY : kebajikan (5%)
Dah buat tabung cantik-cantik, Nak kena tahu pula macam mana nak masukkan. Kalau rasa malas nak kira secara manual, create 1 dokumen kat microsoft excel. Buat kotak2 nie. Dah apply format formula. Kalau yang gaji atau pendapatan anda masuk setiap hari, maka setiap harilah duit duit gaji anda diagih agihkan dalam ke enam enam tabung nie.
Baik, saya berikan contoh
Sehari total sales saya sehari biasanya RM 10,000. Jadi, setiap akaun akan dpt pecahan :
1. FFA RM 1000
2. LTSA RM 1000
3. NEC RM 5500
4. EDU RM 1000
5. FUN RM 1000
6. CHARITY RM 500.
Ini
contoh untuk sehari. Kalau nak tahu jumlah sebulan kali la dengan 30hari plak.
Contoh : bulan depan saya nak pegi ke Melbourne Australia. Dan kos nak ke Melbourne RM 5000. Saya perlu pastikan tabung ENT saya cukup RM 5000. Kalau tak cukup kena usaha lagi sampai capai target!
Kenapa nak buat tabung ni semua?

FUNGSI
TABUNG
Financial Freedom Fund (FFA)
Tabung ni tak boleh usik. Simpan dan lupakan. Ini adalah tabung untuk anda bebas kewangan. Anda hendaklah menetapkan berapakah sasaran kewangan untuk anda bebas kewangan. Saya akan kongsikan cara pengiraan pada topik yang lain yea. Tungguuu…

Long Term Saving Spending Akaun (LTSA)
Tabung nie pula untuk simpanan untuk beli sesuatu yang harga tinggi. Contoh : saya nak beli kereta BMW 3 series atau rumah idaman, duit dari tabung inilah yang saya akan guna untuk bayar down payment. Tabung ini juga anda perlu meletakkan sasaran jumlah yang perlu ada simpan. Sama seperti tabung FFA sebelum ini.
Necessity (NEC)
Tabung ini mendapat pecahan paling banyak. Ini kerana dari tabung inilah kita guna utk bayar segala jenis bil dan keperluan asas kita. Contoh : tabung NEC saya RM 5500. Maka, perbelanjaan saya tidak boleh lebih dari jumlah ni. Pastikan ia digunakan dengan sewajarnya. Kalau tak cukup bermakna anda perlu tingkatkan lagi pendapatan anda. Sama ada dengan berniaga secara part time bagi yang bekerja atau perlu tingkatkan sales bagi mereka yang ada bisnes sendiri.
Education (EDU)
Tabung education adalah tabung khas utk anda menimba elmu. Contoh : tabung edu saya RM1000. Kalau saya nak pegi Kelas MMM seat VIP iaitu RM 1997 saya perlu menyimpan selama dua bulan lebih awal. Tabung ini adalah untuk pendidikan diri sendiri.
Entertainment
(FUN)
Tabung ni kita gunakan untuk rewards diri sendiri. Dah penat bekerja diri sendiri perlu diberi ganjaran juga kan. Contoh : pegi tengok wayang atau pergi picnic. Sebaiknya tabung ini dihabiskan setiap bulan. Tetapi andainya anda merancang untuk percutian keluarga yang kos lebih tinggi seperti bercuti ke oversea. Anda boleh kumpulkan dari tabung ini.
CHARITY
Tabung ini pula digunakan untuk kita membuat kebajikan. Dari sini kita boleh gunakan untuk sedekah pada tabung masjid, mangsa banjir dan lain lain kebajikan yang anda mahu bantu.
Itulah dia berkenaan Tabung kewangan. Peratus pecahan tersebut adalah yang ideal. Anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian.

Sebagai
contoh, Necessity anda tinggi contohnya 70%. Jadi anda boleh kurangkan
dibahagian lain.
Tetapi anda mesti berusaha supaya ianya akan berkurangan agar dapat menambah dibahagian lain yang penting seperti tabung FFA anda.
Tetapi anda mesti berusaha supaya ianya akan berkurangan agar dapat menambah dibahagian lain yang penting seperti tabung FFA anda.
By:
Azrim FinancialDiver
No comments:
Post a Comment