Saturday, 17 October 2015

Jom Berhijrah

If you have the time PLEASE READ.
Aslmkm. Ustaz sangat tertarik dan bangga dg inisiatif salah seorang jamaah menulis nota ringkasan ceramah ust sempena "Ma'al Hijrah" di Surau Raudhatul Muttaqin Seksyen (4) Shah Alam mlm tadi.
Bersama ini ust fwrd ringkasan tsb untuk manfaat semua jamaah dan untuk lebih lngkp sila dengar Video atau U-Tube yg dikirim oleh TV Sunnah.
Ust. Abdullah Yassin
1 Muharram 1437





















Maal Hijrah
๐Ÿ’ฆ Maal Hijrah bererti bersama2 (maal) meninggalkan tempat yg pertama menuju ke tempat yg kedua (hijrah)
๐Ÿ’ฆ Hijrah ada 2 jenis:
1. Hijrah Hissiyah (fizikal)
2. Hijrah Maknawiyah (sikap)
~ Hijrah maknawiyah adalah lebih mustahak.
๐Ÿ’ฆ Sabda Nabi "sebaik2 orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."
~ Larangan Allah tidak terbatas kpd Larangan; ia meliputi semua Perintah Allah.
๐Ÿ’ฆ Dosa yg lebih besar diantara (1) melanggar larangan Allah & (2) tidak mematuhi perintah Allah ialah : melanggar perintah Allah.
~ Ini berdasarkan peristiwa Adam & Iblis:
Adam dilarang Allah menghampiri pokok larangan - larangan dilanggar (kerana tertipu)
Iblis diperintahkan sujud kpd Adam - tidak dipatuhi (kerana sombong)
~ dosa yg lebih besar ialah Iblis kerana melanggar perintah Allah (kerana sombong)
~ Definisi Taqwa : buat suruhan, jauhi larangan.
๐Ÿ”ธAl Muddatsir 74: 1 - 5
"Hai orang yang berselimut bangunlah; lalu berilah peringatan; dan Tuhanmu agungkanlah;
dan pakaianmu bersihkanlah; dan perbuatan dosa tinggalkanlah"
~ berhijrah kpd yg lebih baik
๐Ÿ”ธTaubah 9:18 "Hanya yg memakmurkan masjid2 Allah ialah orang2 yg beriman kpd Allah & Hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat & tidak takut selain kpd Allah, maka merekalah orang2 yg diharapkan termasuk golongan orang2 yg mendapat petunjuk."
~ makmurkan masjid dgn hissiyah (fizikal) & makanawiyah
๐Ÿ’ฆ Taqlid : dari kata asal "tali pengikat lembu". Dlm agama bermakna "ikut tanpa mengetahui dalil". Orang yg bertaqlid dipanggil "Muqallid".
Ittiba' : bermakna "ikut dgn mengetahui dalil"
Orang yg berittiba' dipanggil "Muttabi'."
๐Ÿ”ธ Alfatihah 1:6 "Tunjukilah kami jalan yg lurus"
~ Orang yg mendapat nikmat jalan yg lurus di terangkan dlm surah An Nisaa : 69 "Dan barangsiapa yg mentaati Allah & Rasul(Nya), mereka itu akan bersama2 dgn orang2 yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi2, para shiddiiqiin, orang2 yg mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."
~ 4 golongan yg mendapat nikmat Allah:
1. Nabi2,
2. Para siddiiqin,
3. Para syuhada,
4. Orang2 saleh.
๐Ÿ’ฆ Rasulullah saw adalah sebaik2 utk diteladani
๐Ÿ”ธ Ahzab 33:21 "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
๐Ÿ’ฆ  Allah melindungi & memberi cahaya taqwa kpd orang2 yg beriman
๐Ÿ”ธ 2:257 "Allah Pelindung orang2 yg beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kpd cahaya (iman). Dan orang2 yg kafir, pelindung2nya ialah syaitan, yg mengeluarkan mereka drp cahaya kpd kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."
๐Ÿ’ฆ Dosa : Gelap, diterangi oleh Taubat
Taubat : bermakna rujuk, kembali ke pangkuan Allah. Taubat ialah nikmat Allah yg besar.
Taubat Nasuha :
1. Tinggalkan dosa
2. Menyesali perbuatan itu,
3. Berazam utk tidak mengulanginya
~ Taubat mendahului Ibadah kerana "Membersihkan diri hendaklah didahulukan drp Menghias diri"
Taubat membersihkan diri, ibadah menghiaskan diri
๐Ÿ’ฆ Manik syarie : perkara yg boleh menghapus amal soleh, saperti :
~ syirik,
~ hasad dengki,
~ amal yg ditokok tambah
๐Ÿ”ธAz zumar 39:65 "... Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang2 yang merugi."
๐Ÿ”ธ"Kedengkian memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar” (HR Abu Daud dari Abu Hurairah)
๐Ÿ”ธHadith riwayat Muslim "Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...