Tuesday, 20 October 2015

10 Asas Formula Untuk Kaya dan Berjaya

Berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana di luar sana ramai yg biasa2.


Formula kaya berjaya:

1. Amalan sunat Fajar & seterusnya amalan DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..skrng ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat. Banyak manfaatnya namun jgn fikir kita lakukan utk dapat sesuatu.. Tapi.. Lakukan lah kerana inginkn kasih sayang & keredhaan Allah .. Allahu Akbar.. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah.

2. Solat Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat. Lakukan sepenuh hati.. Kenang kembali adakah kita layak memohon byk perkara dengan Allah sedangkn byk yang kita berkira dengan Allah.. Kita sentiasa mahu lebih sedangkn kita x beri lebih.. Amacam?Jadi, Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah.

3.Membaca Al-Quran. Bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu.. mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yg melampau pada kita untuk 1 hari.Jadi tiada istilah yg org selalu sebut "TIADA MASA" atau "TAK CUKUP MASA". Setiap org ada 24 jam..kenapa org lain boleh lakukan byk perkara sehari sedangkn kita asyik tak cukup masa/asyik tak ada masa? Tepuk dada, tanya minda.

4. Berzikir..Mohon mula amalkan zikir harian.. berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari berturut2.. Jika boleh jadi kan amalan.. Jadi kan hobi.

5.Solat Berjemaah. Terutama lelaki.. solat berjemaah di surau atau masjid. Jika boleh..datang awal 10 minit awal sebelum azan. Selain itu.. Jika anda seorang lelaki (atau wanita), mohon hubungi/telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih. Supaya ibu terasa dekat dengan anda.. Redha Allah terletak pada redha ibu & bapa.

Bila ibu terharu & merasa bahagia, bersiap sedialah untuk menjadi multi Jutawan dunia akhirat dan kehidupan anda akan sangat huru hara dengan limpahan rezeki luar biasa.. Jangan risaukan mcm mana meeting itu. Mcm mana urusan bisnes ini.. Tapi risaukan lah ibu yg merindui anda..Anda jaga hati ibu bapa anda..Allah pelihara rezeki anda..Allahu rabbi..

6. Berukhwah dan semai kasih sayang sesama ummah..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang tenang & lapang dada. Jiwa anda yg luhur pasti menjadi magnet rezeki yg kuat.. Inshaaallah..

7. Berinfaq (bersedekahlah) Amalan yang sangat dititikberatkan..Mulakan dengan RM1..Lg byk kita beri.. Lg besar saham kita di akhirat.. Urusan rezeki kita, serah pd Allah..kerana dia lah yg mengatur rezeki kita.. Adakala kalau kita beri 1,Dia beri 100, ada Kala kita beri 1, Dia beri 1000..Kita x ada kuasa..x ada hak.. Nk pertikaikan brp Allah nk beri..Tp kita konsisten mmberi.  Jdkan hobi.. Jangan kita lakukan sebab kita nak pahala tapi kita lakukan kerana inginkan kasih sayang Allah..Subhanallah..

8.Solatlah di awal waktu. Jangan suka bertangguh. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia.. Ada mslh.. Silakan ambil wudu' dan buat solat sunat mohon Allah berikan petunjuk dan dipermudahkn segala urusan kita dan team EHPS.. dlm mencari rezeki yg halal..melimpah2 & diredhaiNya.

10. Sudah usaha sehabis baik, panjatkan doa pada yang Esa, tawakkal lah kepada Allah.. Kita jgn hrpkn belas manusia.. Jangan jd pemalas asyik minta disuap..kita harus bertindak.. Jangan hanya NAK kaya & berjaya.. Tapi harus lakukan TINDAKAN pantas.
................................................
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Minumlah air masak yg cukup sekurang2nya 3 liter sehari.
Jika yg perempuan mulalah pakai stokin.Walau bukan sejuk.. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...