Thursday, 29 October 2015

Berniaga Adalah Tuntutan Islam

Berniaga adalah satu tuntutan bagi setiap orang islam dalam memartabatkan islam di peringkat paling tinggi di dunia.Kewujudan usahawan seperti Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Usman bin Affan di zaman Rasulullah banyak membantu kejayaan mencapai peringkat yang mana orang bukan islam senang bernaung di bawah pemerintahan islam.

Pada masa kini,erti kejayaan yang islam kehendaki kadang kala tidak difahami oleh kebanyakan orang islam itu sendiri yang menyebabkan kebanyakan orang islam terperangkap dalam bayang bayang sendiri dan senantiasa berada dalam tekanan pada setiap waktu dan ketika kerana erti kejayaan yang difahami masih dalam jerebu yang tebal.

Kejayaan yang sebenar di sisi islam adalah apa yang kita lakukan dan bukan apa yang kita dapat hasilkan dan perolehi.

Hari ini jika kita telah melakukan satu kerja yang baik dan tidak bercanggah dengan tuntutan islam,ia adalah satu kejayaan
Hasil yang kita perolehi dari kerja kita adalah satu UJIAN,bukan KEJAYAAN...

Master Khai

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...