PERANAN
Kita sering berbincang tentang keindahan novel yg telah ditakdirkan dlm hidup kita. Sehingga kita mampu untuk menerimanya dengan hati yg lapang serta redha.
Namun begitu kita juga harus memahami setiap watak itu rupanya punya peranan yg tersendiri...walau sedar atau tidak ia tetap berlangsung.
Untuk apa kita dilahirkan ialah kerana ada peranan yg perlu dilaksanakan.Peranan org yg pernah mengecewakan kita nampak perfect saja. Secara tidak langsung ia mengerakkan kita dengan peranan yang lain pula. Persoalan dalam jiwa akan mula menghujani fikiran dan perasaan. Lalu timbul pertanyaan untuk apa aku dihadapkan dengan keadaan yg menyakitkan serta sulit. Apa yg Allah nak dari aku?
Soalan yg tidak punya jawapan itu akan membuatkan jiwa terasa hilang dan tiada harapan. Sedarilah peranan kita ialah kenal tuhan n berperanan sbg hamba...
Makrifat ialah persoalan tentang peranan dan ketulusan berperanan sebagai hamba yg mati ..sedangkan yg hidup itu Allah...
Melihat kenyataan pada yang zahir, memahami yang nyata itu pada batin. Memahami keadaan itu pada yang terzahir atau terjadi tetapi memahami sang ada itu pada batin.
Nampak gerak zahir itu pada tubuh tetapi yang menggerakkan itu bermula dari dalam yang dikenal sebagai sang batin.
Hidup adalah sebuah pilihan sama ada ingin mengikut kehendak diri atau mengikut kehendak Ilahi. Beruntunglah bagi yang menyerah diri kepada sang robbul izatti...kerana Dialah yang lebih mengerti..
Hidup adalah kurniaan...kalau bukan Dia siapa lagi?
Faham itu kunci,
tindakan itu sinar.
#Sinargy280914

No comments:
Post a Comment