Setiap kali jadi crew.
Setiap kali tu lah orang tanya.
"Kak, macam mana nak jadi crew?"
Kelu lidah nak jawab.
Dalam hati.
'Sekarang ni dah lah nak ambil crew tak ramai. Kalau ada yang baru, yang lama macam mana? Makin tipislah peluang nak jadi crew.'
Haip. X baik fikir macam tu.
"Tak tahu crew yang lain. Saya dapat invitation dari Richwork. Lepas tu daftar untuk hadirkan diri dan datang masa seminar kecil2an tu. Seminar yang setengah hari tu. Lepas tu, saya dapat invitation untuk jadi crew untuk intensif class IMKK. MMM tak pernah lagi dapat. Insya Allah MMM October 2015 ni dapatlah." Jawabku.
"Kira yang penting dapat je kena datang?"
"Macam tu ler gamaknya."
Baru2 ni ada seorang peserta tanya lagi soalan yang sama. Tapi berbeza mukadimahnya.
"Kak, MMM ni mahal kan? Kalau nak jadi crew macam mana?"
"Kau tak pernah attend MMM atau IJI dan AMP jangan harap nak jadi crew MMM"
"Kau ingat jadi crew ni masuk class free ke? Kalau aku nampak kau jadi crew MMM ni. Aku buli kau dik."
Guys,
Tolonglah.
Jadi crew bukan sebab nak masuk class free tapi sebab nak berbakti pada guru.
Kalau terdapat ilmu sewaktu sedang bertugas, itu bonus.
But mostly kita ada tanggungjawab dan tugas masing2.
Dalam masa yang sama kita belajar secara praktikal to handle issues.
Isu dengan peserta, kawan2, pengurusan dan paling utama diri sendiri.
Aku tak tahu pengalaman crew lain tapi ini apa yang aku alami.
Ada crew yang nak share apa yang dia rasa?
Sila komen dengan gembira.
Tq.
Regards,
No comments:
Post a Comment